My Year 2018 In Books
Aku mengenali aplikasi Goodreads pada tahun 2016 dan sejak itu Goodreads merupakan salah satu aplikasi kegemaran dalam phone aku. Selalu juga aku open Goodreads untuk melihat bahan bacaan rakan-rakan. Mana buku yang aku berkenan tu, akan terus aku add to TBR (to-be-read) list.
Dan sejak itu, makin bertambahlah buku yang aku add to TBR list. Hihi. Setakat sekarang, buku dalam list TBR di Goodreads adalah sebanyak 330 buku. Haha. Gila ke apa kan. Tapi takpe, add to TBR je. Senang nak rujuk balik in future.
Aku baru perasan yang aku tak update blog mengenai My Year 2017 in Books. Sungguh aku dalam blogging slump tahun lepas nampaknya. Huhu. Tahun ni, aku berniat untuk berkongsi mengenai topik buku yang dibaca dalam tahun 2018 sebelum berakhirnya bulan Januari 2019. Semoga menjadilah hendaknya :D
Berikut adalah My Year 2018 in Books secara sinopsis lah senang kata yang dibuat oleh Goodreads. Based on what I've read in 2018 😊
My Year 2018 in Books
Aku telah baca 60 buku pada tahun 2018 dan melebihi target aku setiap tahun untuk baca 50 buku saja. I read 18,977 pages across 60 books. Banyak jugak kan. Pilihan buku yang aku baca bukan hanya pada novel saja, ada juga buku poetry dan non-fiction books yang mengandungi jumlah muka surat yang kurang daripada 200 pages.
Maybe, that's the reason why I can read up to 60 books in 2018. Hihi. Kalau semua buku tebal, rasanya tak sampai lah 60 buku 😅
My average rating for 2018 adalah 3.7. Rasanya banyak jugak buku yang aku rated 4 dan 5 ★ tapi rupanya lagi banyak buku yang aku rated 3 ★.
Dan highest rated on Goodreads adalah buku biografi Siti Nordiana bertajuk Life Goes On. Review buku boleh dibaca dalam ENTRI INI.
Review pertama dan terakhir dalam tahun 2018 telah diberikan khas untuk penulis tempatan. Aku sangat suka akan karya Ramlee Awang Murshid dan Syu Ariani pula adalah penulis tempatan yang aku baru masukkan dalam list penulis tempatan kegemaran. Aku dah baca dua karya Syu Ariani bertajuk Aku Ada dan Anastasia dan tak keterlaluan jika aku katakan yang kedua-dua novel Syu Ariani menarik dan yang pasti, jalan ceritanya adalah bukan cliche dan kisah cinta biasa.
MY 2018 BOOKS
Senarai 60 buku yang telah dibaca pada tahun 2018. Kebanyakan buku yang aku baca adalah dalam genre romance, mystery/thriller, poetry, fiction, dan non-fiction.
Aku akan berkongsi mengenai buku kegemaran dan penulis kegemaran pada tahun 2018 dalam entri yang berlainan mengikut genre. Rasa macam banyak nak cerita ni. Hihi. 😁
That's all for My Year 2018 in Books. I'm looking forward to read more on non-fiction category and some fantasy book this year. Banyak buku non-fiction masih berada kemas di rak buku dan aku nak cuba baca sebenarnya satu buku fantasy yang agak popular bertajuk Six of Crows 😊
Share about books in comment section below. Maybe your favourite book, favourite author, genre, anything ^_^
Write later,
Have a nice weekend.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siqahiqa.com/2019/01/my-year-2018-in-books.html