My Pregnancy Journey



Sepatutnya aku siapkan entry ni masa 1st trimester tapi tup tup sekarang dah 8 bulan dah usia kandungan dalam perut. Kena juga write down kat sini sikit sebelum semua memori memori lesap dari kepala lepas banyak urat putus bersalin japgi hehehehe..

Betul lah orang cakap, setiap orang mengandung ni, tak sama, unik sangat tuhan buat. Ada yang alah teruk ada yang smooth je. Pengalaman aku? Okay, aku divide by trimester la senang..




1st trimester (April-June)
Masa awal peknen aku bulan puasa, awal 15 hari puasa aku okay, Alhamdulillah. Tapi masuk 15 hari terakhir, memang aku tak dapat nak makan sgt, xde selera. makan pun sikit sikit je. Aku kantoi 8 hari puasa. Ikutkan hati memang sayang sangat nak tinggal puasa, tapi aku punya level lapar, takleh tahan dah. Aku risau baby lapar, so terpaksa buka puasa. 
Seminggu lepas hari raya, bermula lah journey checkup. Buka buku pink and scan baby (11w), Alhamdulilllah dah nampak n dengar degupan jantung baby. Cam tak caya je, sebak sangat rasa time ni. Ade baby dalam peyuttt wuwuwu. 
1st trimester, 2x je aku muntah tapi aku punya alah bau fuh sensetif gila. Cuti masak berbulan jugak, masak2 macam tu je. Takleh bau. Sabun mandi n shampoo pun aku tukar baru, tak share dah dengan suami sebab takleh guna yang lama. Tapi Alhamdulillah, bau suami okay je takde busuk pun, kalau tak habislah suami kena halau hihi. Masa ni nafsu makan memang bawah 30% je, banyak nya nak makan sup2/mee hoon sup. Tapi beli makanan, dapat makan separuh je, then suami habiskan. Buah mangga putik, almost setiap minggu.   
Emosi? Ya Allah, aku sendiri terkejut dengan diri aku masa ni. Aku macam hilang myself. Level sensetif aku almost 80% high. Suami buat salah sikit je, terus aku nangis, merajuk, mengamuk hempas pintu. Memang ada je benda suami buat yang tak kena kat mata aku. Huhu seb baik suami kita tak garang, sabar je. Thank youuu suami sebab memahami T_T
2nd trimester (July-September)
Alhamdulillah, im getting better. Dah boleh makan, dah boleh masak. Level lapar masa ni 2x ganda dari zaman anak dara. Kalau dulu makan satu portion nasi pun dah kenyang sangat dh. Sekarang tak leh, kena makan lebih, lapar, tak cukup. Craving makanan manis fuh takyah cakap la tapi terpaksa tahan sikit sebab taknak kantoi gdm. Alhamdulillah dua-dua kali test air gula aku lepas, tak kantoi, takde gdm. Ya Allahhhhh, pengalaman minum air gula? Sumpah taknak repeat. Yang 1st tu macam ok sikit, minum yang kedua, seriously rasa nak muntah depan nurse. 
Sepanjang checkup, aku takde masalah. Cuma kerap sangat sakit kepala, sakit yang tahap kena baring. Memang takleh buat kerja. Doctor cakap normal, masa pregnant, power mata akan berubah sikit sebab tu asyik pening. 
Mengidam? takde sangat kot yang pelik-pelik. Semua yang senang-senang dapat. Start bulan Ogos, aku dah start buat kuih balik. Alhamdulillah dapat sambutan, dapat la saving sikit untuk baby. 
Masa 6 bulan, dah start rasa baby gerak-gerak dalam peyut 💕2x scan, tapi tak nampak lagi gender baby. Baby nyorok hihi. 
Alhamdulillah, 2nd trimester aku smooth. 

3rd trimester (October-December)
By the time aku tulis ni dah masuk bulan November, usia kandungan dah 8 bulan. Perut pun dah memboyot ke depan. Sakit belakang, sakit kaki semua dah ada. Kaki kembang semangkuk. Muka pun sama hehe. Sekarang gain weight dah dalam 11kg. Start buka buku 60kg sekarang 71.5kg. Ni memang calculation berat naik yang normal. Every month memang nak kena gain weight. Alhamdulillah bacaan checkup aku semua cantik. Nurse, doktor puji tiap kali checkup. Bp cantik, takde gdm, hb cantik, takde bleeding, air ketuban cukup, nadi baby okay. harap2 baby keluar cukup bulan. 
Sekarang ni aku still aktif buat kuih, cod almost setiap hari. Alhamdulillah rezeki baby, kaki n badan pun dah still rasa sakit. Nak rest tapi tak mampu  nak tolak bila orang pm nak order kuih hehehe. Inshaallah kita pulun sampai end of November. 
Preparation? Aku memang zero la ilmu nak kena prepare ape. Seb baik ade kaklong n kak ain. Mostly aku tanya diorang je apa yang perlu apa yang tak perlu. Aku laki bini 1st time masuk kedai baby dulu, keluar balik tangan kosong hahahhaha culture shock tak tahu nak beli yang mana. Tapi sekarang Alhamdulillah dah almost 80% preparation barang. Preparation mental je yang belum cukup. Cam tak ready pun ada nak jadi parents. Huhuhuhu. Eh, sebelum nak jadi parent, preparation mental nak bersalin duluuuu, adoi takuuuuuuuuuuuuuutt! Semoga selamat la semuanya, baby dan mami. 
Okay, apa lagi nak tulis...ni je la kot buat masa ni. Nak share pasal mabuk-mabuk alahan pregant memang takde sangat. My pregnancy journey boleh dikatakan 85% smooth Alhamdulillah. Sakit-sakit tu biasa la kan, as long as tak kena admit wad sepanjang mengandung ni dah bersyukur sangat dh. Semoga mengandung kali kedua japgi as smooth as this time. Ehhhh apa ni. hahahaa



Orait till the next entry! which will be with the picture of baby. Inshaaaaallaaaaaaaaaahh!! Doakaaaaaaaaannn sisss! 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nonontruestory.blogspot.com/2020/11/my-pregnancy-journey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Beli Adidas Adilette Platform Slides Masa Sale Berbaloi

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Haqiem Rusli Nostalgila Chord

Vaping In Mid Air From Kl Kk Lands 30 Year Old Medic In Court Rm5 000 Fine And A Four Month Jail Term

Move Resources To University Courses With Higher Demand

Shouldn T Dapsy Chief Stay Out Of Combustible Kg Sg Baru Affairs Just Let Umno Youth Defend Madani Gov T

Kerabu Maggi Boat Noodle Yum Mama Sentiasa Dihati

Zaman Dulu Lebih Seronok Blogging Dari Zaman Sekarang