My Masak Sawi Dengan Tauhu Telur
Sayur Pak choy ni juga dipanggil Pok choi, Bok Choy, sawi pendek, sawi mini, dan beberapa lagi nama lainnya mengikut loghat masyarakat setempat.Mama Yan memang suka sangat sangat sayur sawi yang ni sebab dia kurang pahit berbanding dengan sawi yang panjang tu.Kalau MY yang pergi beli barang dapur,Memang akan ambil sayur ni je...Tak jemu pun..Kadang kadang hiris letak dalam nasi goreng, dan selalu juga letak dalam megi.
Masak pun ada macam macam cara.ada yang celur, kemudian toskan.Lepas tu siram dengan bawang putih tumis dengan sos tiram.ada yang buat sayur campur dengan lobak merah, brokoli, jagung.Ada yang masak bening atau tumis air air.Masak mana mana pun sedap pada MY.
Jadi sebab takut blog MY takde entry,selalu la MY bawa handphone ke dapur.Sebab nak ambil gambar masa tengah masakSelain daripada tu, untuk buka Spotify lagu-lagu BSB, N'Sync, Britney Spears dan lain-lain 2000s hits song
Resipi Sayur Sawi Pak Choy
1 ikat sawi Pak Choy (dalam 4-5 pokok)1 tiub tauhu telur2 sudu besar sos tiram2 tangkai cili hijau besar1 biji bawang kecil 2 ulas bawang putihgaramsedikit tepung jagungminyak untuk menumisAir untuk buat sedikit kuah.(kalau suka stir fry kering tanpa kuah jangan letak air)
Cara masak:-
Potong tauhu telur bulat bulat.Tabur dan salut dengan tepung jagung.Kemudian goreng tauhu telur dengan minyak panas sehingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.Tumis bawang dalam sedikit minyak yang telah dipanaskan.Bila bawang dah layu,masukkan batang sawi dahulu.Kemudian, masukkan sedikit air untuk lembutkan batang sawi.Ada orang tak suka letak air, tak suka tak payah letak.suami tak suka sayur krup krap, dia dah terbiasa makan menu orang takde gigi.Masukkan garam dan sos tiram untuk memberi rasa kepada sayur kita.Kalau takde sos tiram, letak garam je pun boleh.Lepas tu masukkan hirisan cili hijau.Gaul rata.Last sekali masukkan pula daun sawi.Kacau rata sehingga daun sawi layu.Tutup api dan terus pindahkan ke dalam mangkuk.
Baru perasan, susunan gambar nombor 3 dan 4 tu terbalik.Hahaha..Lantak situ.Mama Yan baca tips tips untuk tak bagi blog lambat loading,kena kurangkan gambar.Tu yang MY buat kolaj je gambar gambar masak ni.Kita ni suka letak gambar gambar dalam blog.Nampak meriah sikit blognya.Tapi sekarang, dah lain algoritmanya.Kalau banyak banyak gambar nanti tak naik rank, orang susah cari,Nak buka lambat dan lain lain lagi.Tapi betul lah tu kan...nak letak banyak banyak gambar pergi lah kat lain lain apps macam Instagram, Lemon8, Pinterest tu semua.Kat blog untuk orang yang nak baca baca je...agaknya la...
Biasa masak sayur ni untuk makan malam je.Sebab Mama Yan dengan suami aje pun yang makan sayur.Anak tak makan sayur,masak penat penat bukan diorang makan pun.Jadi tunggulah untuk makan malam baru masak sayur.Tengahari, suami tak balik makan nasi kat rumah .
Okaylah.. nanti bila bila free MY datang blog korang pulak ye..Yang takde blog, bagi nama fb,nanti kita komen2 kat fb.Silent reader ada?Teruskan reading kay.. I love you all..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/09/my-masak-sawi-dengan-tauhu-telur.html