My Gadget Nikon D5300 For Blogging
My Gadget Nikon D5300 For Blogging. Hai assalamualaikum..zaza sebenarnya kan memang minat sangat tentang photography...so sedikit-sedikit zaza belajar dan bertanya dari kawan-kawan dan juga youtube.
Walaupun memang tak mahir lagi..tapi bila dah minat tu, kena la usaha belajar..so perkara utama yang perlu adalah mendapatkan sebuah kamera. Memang la zaman sekarang guna hp je dah boleh hasilkan gambar yang cantik, tapi zaza still tak rasa puas. So zaza decided nak beli kamera untuk kegunaan blogging juga.
Selepas bertanya rakan-rakan tentang kamera, tengok hasil review di youtube dan lain-lain, akhirnya zaza memilih jenama Nikon. Entah kenapa memang jatuh hati dengan jenama Nikon ni sejak beberapa tahun lalu..
Selepas zaza buat perbandingan dengan semua kamera, akhirnya zaza beli Nikon D5300. Paling utama zaza pilih sebab body dia ringan dan kamera nya boleh flip depan belakang, atas dan bawah. Kiranya boleh putar dalam pelbagai sudut. Kamera boleh flip depan tu penting sebab macam zaza tak ada patner yang boleh tolong zaza shoot, so terpaksa lah shoot sendiri..
Screen boleh flip dalam pelbagai sudut yang sulit
Ukuran bagi Nikon D5300 ini ialah 98x125x76mm dan beratnya hanya 480g. Memang sesuai sangat la dengan zaza sebab ringan.. Ukuran LCD pula besar sikit iaitu 3.2" dengan user interface baru yang mudah untuk digunakan
Nikon D5300 mempunyai sensor sebesar 24.2 Megapixel CMOS ( 14 bits ) dan EXPEED-4 Image Processor. begitu juga dengan ukuran image sensor 23.5 x 15.6 mm CMOS. So dengan processornya yang canggih, Nikon D5300 ini mampu mengambil gambar dengan cepat dan lebih tajam tanpa low pass filter
Titik fokusnya adalah 39 points. Maksudnya bila photographer mengambil gambar menggunakan kamera ini, ia dapat mengindetifikasi bahagian yang paling tepat untuk difokuskan ketika menggunakan mode otomis. Nikon D5300 ini juga dilengkapi dengan filtur 3D tracking AF
Prosesor EXPEED-4 yang ada pada Nikon D5300 ini juga mampu mengoptimalkan fungsi ISO. ISO terdapat dalam angka 100-12800 dengan noise minimal. Bagaimanapun ia juga boleh ditinggi kan lagi sehingga ke angka 25600. Walau bagaimanapun, penggunaan ISO yang tinggi Kn mempengaruhi kesan pada gambar
Nikon D5300 juga menghasilkan resolusi gambar yang tinggi iaitu 6000x4000 Mega-Pixel dengan format JPEG dan RAW.
Untuk video pula, Nikon d5300 hadir dengan 60fps pada resolusi 1080p. So zaza pun dah test ambil video dan memang puas hati la guna. Nikon D5300 juga mempunyai kelebihan auto fokus yang cepat dan halus.
ia juga antara kamera yang mempunyai Wifi dan GPS. GPS memudahkan photographer untuk membuat pemosisian global dan berguna untuk peta, penandaan geografi dan aplikasi navigasi. WiFi pula digunakan untuk memindakan gambar ke telefon atau boleh dijadikan sebagai Remote.
D5300 antara kamera yang sesuai dan lengkap bagi pemula. bagaimapun setiap kamera ada kelemahannya dimana ia tidak mempunyai touch screen pada layar LCD.
Baterinya juga tahan lama..kalau seharian zaza guna pun memang tak habis. Beberapa contoh gambar yang zaza ambil menggunakan 18-55mm Kit Lens.
Dengan 18-55mm Kit Lens
18-55mm Kit Lens
18-55mm Kit Lens
Untuk suasana malam zaza belum ambil..tapi zaza nak share hasil photo-photo lain yang menggunakan kamera D5300 dengan lens berbeza.
50.0mm f/7.1 1-/16000s ISO 400
195.0mm f/5.3 1/500s ISO 1250
50.0mm f.18 1/500s ISO 500
18.0mm f.3.5 1/640s ISO 100
35.0mm f/1.835.00 f/1.8 1/400s ISO 640
50.0mm f/1.850mm f/2.8 1/80s ISO 200
16.0-80.0 mm f/2.8-4.080.0mm f/4.0 1/400s ISO 100
35.0mm f/1.835.0mm f/20.0 25s ISO 100
Insyaallah, nanti ada rezeki lain zaza target nak beli lens 50mm pula dan mahirkan lagi menggunakan pelbagai setting yang ada pada D5300 ni..
Zaza beli ni dengan harga RM2.5K termasuk beberapa aksesori tambahan. Sekarang ini pun zaza banyak rujuk rakan zaza yang juga guna nikon dan kerap tengok dekat youtube.. Selain tu ada alatan lain zaza tambah hasil pemberian dari rakan juga iaitu Speedlite Yongnuo.
Speedlite Yongnuo tu pun zaza baru nak belajar guna.. ada beberapa funtion yang zaza tak berapa faham..but its okay..belajar sikit-sikit..lama-lama esok reti lah kan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2019/01/my-gadget-nikon-d5300-for-blogging.html