My First Book Dan Audio Islamic Mommyhana Untuk Si Kecil
My First Book dan Audio Islamic MommyHana Untuk Si Kecil | Assalamualaikum semua.. Pernah dengar tak produk MommyHana?? Honestly sebelum ni sis tak tahu pun sampai la sis nampak anak-anak saudara sis duk mengusung produk ni masa balik kampung tempoh hari. Ada 2 produk iaitu My First Book untuk si kakak dan Audio Islamic untuk si adik. Kemain ye mereka ni, asyik berkepit je dengan kedua-duanya. Kata kakak ni hadiah dari mama.
Bagus betul adik ipar sis ni. Memang pilihan yang bijak bila memberi My First Book dan Audio Islamic MommyHana kepada anak-anaknya kerana sejak ada produk ni mereka dah kurang bermain dengan telefon. Bukan apa, tak elok kalau anak-anak ni terlalu terdedah dengan gadget macam telefon or ipad kan. Sambil-sambil bebudak tu main, sis sempat la jugak membelek-belek. Serius best dan banyak kelebihan produk My First Book dan Audio Islamic MommyHana ni. So, sis sarankan kepada ibu bapa beli la produk ni untuk anak korang. Oh ya, meh sis kongsikan mengenai kedua-dua produk ni. Mana la tahu kot-kot korang pun berminat nak beli kan
My First Book MommyHana
Actually My First Book MommyHana ni bukan la macam buku biasa tu sebaliknya ia adalah buku elektronik berinteraktif dengan bunyi yang menarik bagi membantu proses pembelajaran anak yang merangkumi semua sukatan pelajaran. Ha, kan budak-budak ni diorang lebih tertarik dengan bunyi dan lagu, jadi inilah pendekatan yang diambil oleh My First Book MommyHana ni. Lagipun budak-budak ni lebih cepat pick-up kalau ada bunyi di samping mengasah skill untuk menulis. So, mereka akan lebih fokus dan tekun bersama My First Book
Dari segi pengisian dalam My First Book ni mempunyai dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dan juga diselitkan Bahasa Arab. Boleh la bagi pendedahan awal kepada anak-anak sambil mengisi masa terluang kan. Oh ya, dalam My First Book MommyHana ni pun ada panduan untuk berwudhu' dan solat tau. Jadi dapatla kita latih anak-anak menghafal Bacaan dalam solat dan doa harian dengan mudah. Bagus kan. Nah sis listkan kandungan yang ada dalam My First Book MommyHana ni :
✅🎶5 LAGU KANAK KANAK🎶
• MommyHana Deeja Moss• ABC• Clap your hand• Mengenal haiwan• Kenali alif ba ta• 123
✅ 15 BACAAN SURAH LAZIM>Dari surah Al-'Adiyat hingga An-Nas
✅ 20 PAGES
Pengenalan huruf ABC, Huruf Hijaiyah (اب ت),nombor, haiwan, buah-buahan, kenderaan (disertakan bunyi) dan banyak lagi 🐢🐤🌽🍍🍓🚒🚓✈️
✅ 6 PAGES PENDEKATAN ISLAMIK
1. Rukun Islam & Iman2. Cara berwudhuk & bacaan (7audio + gambar)3. Niat Solat 5 waktu4. Cara Solat (audio + gambar)5. 25 Rasul di dalam Al Quran6. Doa doa Harian (audio + gambar)
Bagi sis boleh dikatakan My First Book MommyHana ni pakej lengkap untuk permulaan pembelajaran anak-anak. Ye la dari duk main gadget je apa kata kita tukar kepada My First Book ni. Lagi banyak manfaatnya. Ha, ni sis kongsikan juga beberapa testimoni My First Book MommyHana ni.
Audio Islamic MommyHanaUntuk Audio Islamic MommyHana ni pula lebih kepada terapi dan merangsang minda melalui bunyi dan lagu. Ada banyak kelebihan dalam Audio Islamic MommyHana ni yang bagus bukan sahaja untuk kanak-kanak malah sesuai juga untuk orang dewasa dan bayi. Pendek kata satu keluarga boleh guna tapi jangan sampai berebut dah la ye.. oppsss..hehe.
Antara pengisian yang ada dalam Audio Islamic MommyHana adalah seperti berikut :
- Ayat Al-Quran yang sesuai untuk ibu mengandung, bayi di dalam kandungan, anak-anak kecil serta seisi keluarga
- Mengandungi melodi dodoi (lullaby) yang tenang untuk memudahkan bayi tidur lena. Bayi akan tahu waktu tidur sekiranya rutin lullaby dipraktik sebelum tidur.
- Mengandungi melodi Mozzart untuk perkembangan otak anak, memberi kecerdasan IQ dan meningkatkan fungsi otak.
- Zikir dan selawat ciptaan MommyHana. Irama yang mudah diikuti untuk melatih anak kecil berselawat dan zikir setiap hari.
- White noise khas utuk membantu bayi yang baru lahir dengan memberi ketenangan dan keselesaan persekitaran yang baharu
Kelebihan Islamic Audio Device pula adalah :
- Direka KHAS menggunakan alunan yang sesuai untuk menenangkan bayi dalam kandungan , anak-anak dan seisi keluarga
- Terapi minda yang sangat sesuai untuk beristirehat
- Alunan yang merdu untuk mendapatkan tidur yang sempurna
- Audio yang mudah dilaras
- Boleh di bawa ke mana-mana kerana saiznya yang comel
- Mempunyai dua pilihan, boleh terus dipasang ke plag atau menggunakan bateri cas semula
- Tiada radiasi seperti handphone dimana bahaya untuk diletakkan pada kandungan, bayi, anak atau ibubapa
- Mempunya USB port yang boleh digunakan untuk mengecas handphone dan sebagainya
- Menggunakan speaker yang berkualiti tinggi serta bateri rechargeabe yang tahan lama
- Tidak perlu mencari soket elektrik untuk dimainkan
- Boleh di letakkan di kerusi bayi atau stroller ketika keluar dari rumah
Ha, nampak tak betapa bagusnya Audio Islamic MommyHana ni. Sis perasan si adik tu pun memang suka bila mendengar alunan Audio Islamic MommyHana ni. Kadang tu sampai tertidur dibuatnya. Tak payah la susah-susah nak kena nyanyi bagai. Nah, ni pula testimoni untuk Audio Islamic MommyHana. Ramai yang dah guna dan menyukainya.
Serius sis cakap sangat-sangat berbaloi jika memberi My First Book dan Audio Islamic MommyHana untuk si kecil. Anak-anak pasti suka. Lagipun kandungannya dah tak perlu diragui. Kalau korang perasan lagu-lagu yang digunakan juga adalah dari siri animasi Omar Dan Hana. Jadi kalau korang berminat nak beli untuk anak-anak korang boleh rujuk di bawah ni :
Whatsapp: wasap.my/60136448443/
Ig: @mommyhana.perak
Fb: @myfirstbook.manjung
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2020/11/my-first-book-audio-islamic-mommyhana.html