My Favorite Sendu Song All The Time
some people said, kalau tengah broken jangan layan lagu sendu. nanti luka dalam hati tu lagi parah. orang kata la. however, sometimes aku rasa layan lagu sendu ni satu keperluan bagi aku. lepas dah settle layan kesenduan sorang-sorang sambil dengar lagu sendu yang most-relatable, then comes satu rasa puas dalam diri sendiri. macam selama ni asyik terbuku dalam hati je, now you can let them go. kau lepaskan semua yang kau pendam selama ni, through a song.
some people choose to not share semua problems dia kat orang lain. bagi dia, orang yang menyanyikan lagu sendu ni lagi faham apa yang dia rasa waktu tu. so he/she will keep playing the song time dia rasa sendu sebab bagi dia lagu tu je yang faham perasaan dia.
*pentingnya memahami maksud lagu
mostly lirik lagu broken yang ditulis pun kebanyakannya wujud daripada pengalaman penulis tu sendiri. fun fact, bila kita tengah broken, otak akan automatik jadi kreatif mengarang ayat-ayat puitis. hareyy betul. time cikgu kat sekolah suruh karang puisi jenuh 40 hari 40 malam fikir idea cari ilham semata nak pastikan puisi yang dikarang menjadi puisi yang paling menyentuh hati dalam kelas.
so, what is my favorite sendu song all the time?
i would say, Aishiteru by Zivilia.
eleh tahu dah cliche. lagu lama pulak tu. but this song has never fail to spoil me tsk tsk. aku start layan lagu ni masa darjah 6, lepas upsr. kemain kau maisarah ehhh darjah 6 dah layan lagu broken sendu. kau sedih nak tinggalkan boyfriend sebab dah masuk asrama ke hape.
huhuhu.
taklah, that time my 'boyfriend' yang tinggalkan aku.
2 weeks before result upsr keluar, my dad outstation kat germany seminggu. dia ada job training kat sana. that trip was the longest ever yang dia pernah tinggalkan kitorang. biasa dia outstation sebelum tu paling lama 4 hari je. but that time dia pergi seminggu, JAUH pulak tu.
so kepulangan dia tu menjadi satu penantian besar bagi kami semua. my mom, my sisters, hari-hari tak sabar nak tunggu dia balik malaysia. but, masa hari dia sampai malaysia tu, he already 'dead'. he used to be cheerful all the time, jarang sakit, selalu bising, riuh sana-sini.
kitorang jumpa dia kat airport masa dia baru sampai malaysia tu, muka dia dah pucat teruk. i remember that time i even asked myself,
"eh, betul ke tu ayah? macam lain je muka."
ayah kata dia start demam masa last day kat germany. ibu pernah cerita, masa tahun 2011 tu, germany ada wabak virus apebende ntah & doctor cakap ayah kena virus tu masa seminggu dia kat sana. so long short story, dia sampai malaysia hari isnin masa tu, dalam keadaan yang lemah and pucat. sampai malaysia terus kena warded.
dah lah seminggu tunggu ayah balik malaysia, lepas tu kena tunggu lagi how-many-days yang i-don't-even-know untuk dia discharge dari ward. that was the time i learned that,
''penantian tu satu penyeksaan"
but apparently, dia cuma bertahan kat malaysia cuma 5 hari. hari jumaat tu, he is totally dead. maybe Tuhan bagi dia extra 5 hari just untuk jumpa anak-anak & spend time dengan wife dia for the very last time. me and my sisters kat rumah, yang total almost 2 weeks tunggu dia yang 'sihat' untuk balik rumah, end up diorang bawak balik mayat and tiba-tiba aku kena cium dahi mayat tu sebab diorang cakap tu ayah aku. smh.
baru nak dengar dia story pasal experience dia kat sana :')
even lepas dah settle kebumi dia pun, aku still tunggu dia balik. balik dari mana ntah aku pun tak tahu. sebab aku rasa yang balik malaysia hari isnin haritu adalah 'orang lain', bukan ayah. aku rasa macam dia masih ada kat sana (germany) lagi, or somewhere else. sebab tu aku still tunggu dia 'balik'. haih susah betul budak darjah 6 ni nak move on.
sooooooo, macam mana lagu ni boleh jadi related dengan this most-worst-heartbroken event yang pernah jadi dalam life aku?
lepas result upsr keluar, kakak saudara aku bagi aku hadiah phone blackberry (masa tu paling hottt henfon blackberry kan) sebab aku dapat straight A's. then aku createlah playlist sendiri dalam phone tu. masa tu pun lagu aishiteru ni memang tengah hit teruk. aku pun masukkan sekali lagu tu dalam playlist.
bila banyak kali aku dok ulang-ulang lagu aishiteru ni, siap study lirik dia kat internet, aku sedar yang lagu ni sangat related dengan apa yang baru jadi waktu tu. dalam lirik lagu ni, perkataan paling first dia pun dah spoil mood aku sebab masa tu aku still tunggu dia 'balik'.
paham-paham jelah kenapa lirik dia menyentuh hati aku sangat. tiap kali aku nyanyi lagu ni mesti meleleh air mata. sendu-sendu pun, lagu ni lah yang paling favorite aku dengar sampai sekarang walaupun since LAPAN tahun yang lepas. layan-layan lagu sendu ni takdelah best mana tapi feel dia lain macam tau.
lantaklah kalau lepas ni ali gatie, james arthur, lewis capaldi ke, sam smith ke nak keluar lagu sendu omputih yang baru yang boleh hit worldwide, i tetap akan stan lagu aishiteru sampai bila-bila
at least, dia tahu yang aku still tunggu dia balik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.messarah.com/2019/08/my-favorite-sendu-song-all-time-and-why.html