My Bariatric Journey 3 1st Appoinment


Assalamualaikum.

Ini cerita 1st appoinment di HRPB Ipoh pada 29.08.2019. Kebetulan pada tarikh ulangtahun perkahwinan aku

Kami bertolak pukul 6.35pagi seusai subuh. Perjalanan lancar dan tiba di HRPB pukul 10.20..kiranya hampir 4jam perjalanan. Ujian pertama setibanya di sana adalah parking! Allahuakbar.. berpusing-pusing dengan jarak 1 pusingan hampir 2km.. 5kali pusing. Campur masa menunggu kalau-kalau ada kereta yang keluar parking.. akhirnya pukul 12.10tengahari baru dapat..itupun parking lot disebelah luar kawasan masjid. Parking yang dikhaskan untuk pengunjung hospital. Bayangkan.. 2 jam lebih masa terbuang untuk cari parking dengan jalan sehala

Menapak jauh juga nak ke bangunan rawatan harian. Pukul 12.15 aku masuk ke bangunan rawatan harian dan menunggu. Tak tahu lokasi Klinik Bariatrik,aku bertanyakan dengan staf dikaunter depan



Aku masuk ke ruangan di klinik tersebut dan diberitahu datang semula pukul 2. Yelah..masa tu dah time rehat. Suami ambil masa untuk lelap seketika dan solat. Pukul 2 aku kembali ke klinik dan pesakit mula tiba. Sampailah jam 2.30 ada nurse yang keluar dan bagitahu,semua pesakit kena daftar dulu di tingkat 2 dan sebelum itu diberi nombor ..malangnya aku yang sampai paling awal, dapat nombor 9..panas je hati.

Cepat-cepat aku naik ke tingkat 2, dan ke kaunter pendaftaran (sebelah kiri dari lif). Aku tunjukkan GL dan petugas tu berikan aku kad klinik


Dah selesai daftar,turun balik ke klinik di ground floor. Dan menunggulah untuk jumpa doktor. Pukul 4.30petang barulah nama dipanggil. Biasalah, 1st appoinment ni, kena soal itu ini.. dekat 20minit juga.  Aku minta sangat untuk percepatkan surgery sebab aku dah kesuntukan masa untuk buat ivf. Yelah, lepas surgery ni,at least perlukan masa untuk sembuh dan berat turun dalam tempoh 6-7 bulan . Dah turun berat barulah aku boleh balik ke O&G semula. Dan untuk buat ivf kurang-kurang 7-8bulan lagi..berapa agaknya umur masa tu. Takkan nak mengandung umur 41? Berapa percent peluang aku?? Aku stuck kat situ. Siapa yang boleh bantu aku percepatkan surgery ni

Doktor yang ambik kes aku ni cakap, dia cuba explainkan kat pakar lepas ni. So, tak tahulah aku apa nak jadi. Apa yang dia boleh bantu aku untuk percepatkan surgery. Lepas selesai interview dengan doktor tu, tunggu pulak untuk jumpa dietitian. 
Part ni aku sedih. Aku tau, dietitian tu ingat aku ni bohong dia. Muka dia pun aku dah nampak macam tak percaya bila aku cakap, aku tak minum manis,kurang makan benda merapu. Breakfast aku biasanya sepotong buah betik yang aku beli di kantin ofis. Hari-hari betik je aku telan waktu pagi. Pukul 10 atau 11 barulah aku makan nasi. Nasi aku wajib ada sayur. Berapa senduk sangatlah nasi aku nak ceduk kalau beli tapau. Bekas tapau tu besar mana sangat. 
Dan lepas makan nasi tu,aku memang tak makan apa-apa sampailah balik rumah. Kat rumah biasalah masak nasi dan lauk untuk suami. Kalau makan pun..mungkin adalah sekali dalam seminggu tapi bukan rutin. Makan pun bukan nasi,mee atau yang berat. Aku akan makan sebelum pukul 7. Dan tiada juga istilah supper. Melainkan aku minum air kosong sebelum tidur. Itulah rutin makan aku. Tercalar jugak hati ni,bila perasan muka dietitian macam tak berapa percaya bila aku cerita rutin makan aku..dan pada ketika aku bercerita hal rutin makan aku tu,jam ditangan dah hampir pukul 5... aku belum makan tengahari..hanya sarapan nasi lemak pukul 8.30pagi di R&R Gunung Semanggul. Kecikkan hati bila cerita orang tak percaya

Itulah cabaran jadi orang plussize ni. Bab makan memang orang takkan percaya kalau kau cakap kau tak kuat makan. Bila dah ditanya, aku cerita. Percaya atau tidak terpulanglah. Kalau bukan sebab nak buat operation ni..aku tak pun tak minat nak hadap semua ni

Ok, sebelum berakhir sessi cerita tapi orang tak berapa nak percaya tu, dietitian ada bagi senarai makan yang aku kena makan sebelum operation

Dicadangkan minum susu Ensure yang dicampur dengan Nutrenfiber

Sessi selesai pukul 5. Dan menunggu lagilah aku untuk dapatkan surat rujukan untuk buat test sebelum surgery dan kad appoiment. 
Kad appoiment.. tengok je tarikh di kad ni.. berkecai lagi hati..next appoiment untuk jumpa pakar 12.12.2019..what??? Allahu.. lagi 4 bulan??? Dah tu bila lah operationnya? Harapan untuk buat ivf sebelum umur 40 dah makin kabur.. lebur.

Surat rujukan untuk buat ujian saringan. Tengoklah keadaan, aku akan ke HSB untuk uruskan ujian ni. 
Semua selesai hampir jam 6 petang. Aku beransur pulang ke Alor Setar. Disebabkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan aku, aku ajak suami singgah di Penang. Panjang sungguh perjalanan hari ni. Sampai di Padang Kota pukul 8.30mlm..barulah aku menjamah nasi

Nantikan catatan perjalanan bariatrik aku yang seterusnya


PEN BIRU...menulis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2019/09/my-bariatric-journey-1st-appoinment.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dashing 1st Semburan Deodoran Wangian Badan Untuk Lelaki

Dashing 1st Semburan Deodoran Wangian Badan Untuk Lelaki

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 231 hits
Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki
Happy 1st Anniversary Kisahsidairy Com

Happy 1st Anniversary Kisahsidairy Com

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 236 hits
Happy 1st Anniversary Kisahsidairy com Kenapa baru 1st Anniversary kalau dah mula blogging since 2010 Jom baca sebabnya di bawah Seriously The post appeared first on
The 7 Indonesian Immigrants Illegal Gold Mine In Kroway Papua Were Killed By Papuans Lands Owner On September 1st 2019

The 7 Indonesian Immigrants Illegal Gold Mine In Kroway Papua Were Killed By Papuans Lands Owner On September 1st 2019

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 457 hits
Papuans were killed 7 Indonesian Immigrants as an Ilelagal Gold Mine in Kroway Papua on September 1st 2019 because Indonesian immigrants came to Papuans lands and stole the gold from a group of indigenous Papuans lands And this killing was ...
Dari 2010 Hingga 2019 Ini Journey Pasangan Suami Isteri Miliki 8 Buah Rumah Dengan Gaji Rm 2 800

Dari 2010 Hingga 2019 Ini Journey Pasangan Suami Isteri Miliki 8 Buah Rumah Dengan Gaji Rm 2 800

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 391 hits
Benarlah kata orang tiada apa yang mustahil jika kita berusaha keras bagi mencapai impian Anything dreamable is realizable Apa yang penting ialah sejauh mana kita sanggup bertahan setelah jatuh berkali kali demi mencapai cita cita Tanpa ket...
Nuha Food Journey Panna Cotta Coklat

Nuha Food Journey Panna Cotta Coklat

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 334 hits
BismillahSelama hidup tak pernah aku buat benda alah nama panna cotta ni Tapi kerana Nuha aku sanggup buat apa saja Hahahahha Kali ni aku nak share resepi yang aku try semalam Nama sangat gah panna cotta Tapi bila dah lihat kejadiannya pann...
Nuha Food Journey Steamed Cake Sweet Potato

Nuha Food Journey Steamed Cake Sweet Potato

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 349 hits
BismillahLamanyaaa tak menulis Amak agak sibuk lately Tak sempat nak buat stok entri Hari ini digagahkan juga sebab teruja nak kongsi resepi steamed cake ni Bahan 1 100g sweet potato steam dan lenyek2 300g unbleached flour Faiza3 220ml air ...
Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 239 hits
Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa Assalammualaikum semua Kali ini Ruby ingin kongsikan sesi Perkongisan Kesedaran Kesihatan bersama Dr Mustafa Ia membuka minda dan lebih jelas difahami apabila
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah