Muslim Volunteer Malaysia Perlukan Sumbangan Untuk Kem Pelarian Syria
Seperti yang telah Fiza ceritakan sebelum ini tentang Muslim Volunteer Malaysia, rasanya tidak perlu Fiza perkenalkan lagi Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini lagi. Jika belum baca, boleh klik link ini " Bantu dan Sertai Muslim Volunteer Malaysia". Harapan Fiza selepas Fiza kongsikan artikel itu, mungkin ada yang tergerak hati ingin daftar Muslim Volunteer Malaysia. Untuk artikel kali ni akan Fiza akan kongsikan aktiviti sukarelawan MVM seterusnya, iaitu Winter Mission Syria 3.0
Sidang Media Winter Mission 3.0 & Ikon MVM 2019 pada 6 December 2018 di De Palma Hotel, Shah Alam
Kita semua tahu bahawa Syria masih lagi bergolak dengan konflik peperangan yang terus berlanjutan sehingga ke hari ni. Rakyat Syria yang tidak bersalah dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh. Boleh dikatakan setiap hari keluar berita tentang rakyat Syria yang dibom dan ditembak mati. Beruntungnya kita berada di negara yang masih aman. Apa yang mampu kita buat pada saat ini adalah mendoakan kesejahteraan rakyat Syria agar Syria kembali aman dan tidak berlaku lagi tragedi pertumpahan darah rakyat yang tidak berdosa
Berikan kegembiraan kepada mereka
Sebagai rakyat Malaysia yang sangat prihatin, sudah tentu kita ingin menyumbangkan sesuatu bagi membantu rakyat Syria yang kini sedang bertarung meneruskan kehidupan yang entah sampai bila perlu diharungi. Segala kemungkinan yang akan berlaku di kem pelarian Syria. Dengan cuaca yang semakin hari semakin sejuk sehingga suhu cuaca mencecah ke paras bawah sifar dan tiada bekalan baju sejuk serta makanan yang semakin berkurangan.
Bayangkanlah!Kita di Malaysia baru sejuk sikit dan tak boleh tahan, inikan mereka yang sejuk disana. Disebabkan itu, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) telah bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) dalam menghantar bantuan seperti baju sejuk dan kotak makanan di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria, Turki yang seramai 6000 orang.
MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA DALAM WINTER MISSION SYRIA
Winter Mission Syria 1.0 : Sejumlah RM100,000 bantuan yang dihulurkan termasuk bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).
Winter Mission Syria 2.0 (Jan 2018) : Sebanyak RM200,000 bantuan disumbangkan termasuk bantuan baju sejuk, selimut dan susu bayi. Sekali lagi dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) dimana jumlah bantuan ini dapat diberikan kepada 3000 orang di kem pelarian Syria di Turki dan Syria
Pengasas turut serta dalam memberikan bantuan
PERSEDIAAN WINTER MISSION SYRIA 3.0Dalam merealisasikan Winter Mission Syria 3.0 yang akan datang ini, MVM sebagai contoh badan sukarelawan di Malaysia telah mengambil inisiatif dalam mengadakan hubungan strategik dengan beberapa orang usahawan terkemuka di Malaysia dan juga selebriti tempatan bagi meluaskan lagi hebahan tentang misi ini. Dalam sidang media yang telah diadakan baru-baru ini pada 6 Disember di De Palma Hotel, Shah Alam, MVM telah melantik beberapa ikon daripada usahawan dan selebriti
Antara selebriti dan usahawan yang terlibat adalah:
Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia)Noorsyarmilla Binti Jirin atau lebih dikenali dengan nama Mila Jirin (Penyanyi dan Usahawan)Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia)Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)
Ini adalah pemilihan Ikon MVM kali yang ke-3 untuk MVM dengan usahasama selebriti-selebriti terkenal tanah air. Pada tahun 2017, MVM telah bekerjasama dengan Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat yang telah berjaya sehingga hari ini.
Nampak tak hubungan ini sedikit sebanyak sangat membantu niat murni MVM dalam membantu mereka yang memerlukan. Dengan adanya usahasama ini juga dapat memberi peluang kepada selebriti mahupuan usahawan yang mahu melakukan aktiviti kebajikan dan boleh dijadikan sebagai contoh ikutan kepada masyarakat
Umum kita tahu yang pengaruh selebriti dan usahawan berjaya sangat kuat sehingga boleh mempengaruhi fikiran masyarakat di luar sana untuk turut serta. Jadi, peluang ini secara tidak lansung dapat mengajak masyarakat diluar sana membuat amal kebajikan. Mungkin dengan kuasa viral di zaman teknologi ini dapat meluaskan lagi hebahan ini dan dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan bantuan
MISI UTAMA WINTER MISSION SYRIA 3.0 (JAN 2019)Bermula 2 bulan dari sekarang Muslim Volunteer Malaysia akan menjalankan kempen mengumpul dana melalui media sosial (crowd funding) dalam menjayakan Winter Mission Syria 3.0 bagi mengumpul dana sebanyak RM300,000. MVM akan menghantar beberapa sukarelawan Malaysia dari GPM untuk menghantar bantuan secara terus kepada rakyat Syria di sana pada 16 Jan sehingga 25 Januari 2019 akan datang.
Sebagai rakyat Malaysia, ini lah cara menyumbang di Muslim Volunteer dengan menghulurkan sumbangan yang diperlukan. MVM juga sangat berbesar hati jika ada badan-badan korporat yang ingin turut menyumbangkan bantuan ataupun tajaan, boleh terus hubungi atau layari website donation MVM iaitu:
www.donation.mvm.org.my
AKAUN SUMBANGANNama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)CIMB (8602 5378 07)Bank Islam (1230 0010 0030 65)Emel :
[email protected] MEDIA SOSIALLaman Rasmi
http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan
https://donation.mvm.org.my/
Facebook
https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram
https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter
https://twitter.com/volunteermvm
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:Emel:
[email protected] Telefon: 603-8074 0434
ALAMATPejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Sekiranya berminat untuk menyumbangkan tenaga menjadi sukarelawan, boleh daftar Volunteer Malaysia serta mengikuti Program Volunteer Malaysia yang telah disediakan. MVM antara senarai pertubuhan sukarelawan di Malaysia yang menjadi contoh pertubuhan sukarela terbaik. Kenapa Fiza cakap yang terbaik? Boleh baca fakta tentang MVM di bawah ini
TENTANG MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berdaftar pada 30 Disember 2014. Pendaftaran Sukarelawan NGO ini mempunyai lebih 50,000 sukarelawan muda di Malaysia dengan lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun. 2017 : MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO semasa Majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 dimana Anugerah Perdana Menteri ini dianjurkan oleh IM4U dan telah disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). 2016 : MVM telah berjaya mengadakan 33 program dan jumlah itu meningkat pada tahun 2017 iaitu sebanyak 55 program. Dengan adanya sokongan daripada semua, tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.MVM antara senarai badan sukarelawan di Malaysia yang memberi bantuan secara tindakan dan juga penerangan. MVM membantu sesiapa juga yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama, mahupun berbeza pandangan politik. Pembangunan sosial secara bersepadu dipratikkan juga melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. MVM terus berjaya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauanekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringakan beban penderitaan golongan yang memerlukan.
Rasanya dah cukup banyak fakta untuk diberitahu pada semua tentang tanggungjawab yang digalas oleh MVM dan kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ini. Jadi, kita perlu sokong dan membantu apa yang termampu seikhlas hati. Harapan Fiza dan semestinya harapan rakyat Malaysia juga agar nasib golongan yang memerlukan bantuan ini terbela.
Satu lagi yang Fiza kagum sangat tentang MVM ni adalah pengasas MVM itu sendiri, iaitu Muhammad Bin Jantan. Kalau kau orang google nama dia dan baca sejarah hidup dia, mesti kau orang sendiri akan rasa kagum dengan kejayaan dia dalam umur yang masih muda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2018/12/muslim-volunteer-malaysia-mvm-perlukan-sumbangan-untuk-syria.html