Musa Terkejut Didakwa Rasuah Nazri Sudah Jelaskan Di Parlimen Kes Tutup
Musa Aman didakwa 35 tuduhan rasuah melibatkan konsesi balak di Sabah. – Foto Kosmo
Tan Sri Musa Aman mempersoalkan Jabatan Peguam Negara kenapa mendakwanya dengan 35 pertuduhan rasuah berhubung konsesi balak hari ini, sedangkan kes itu sudah ditutup.
Bekas ketua menteri Sabah itu berkata, namanya dibersihkan daripada dakwaan rasuah pada 2012, susulan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen yang beliau tidak bersalah.
“Kenapa buka (kes), dakwa saya semula? Kes ini telah diselesaikan (dijelaskan) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di Parlimen.
“Saya tidak pasti ia (pendakwaan ini) berunsurkan politik atau apa,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, hari ini.
Pada 11 Oktober 2012, Nazri menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada elemen rasuah dalam dakwaan membabitkan Musa, selepas mengambil kira keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Nazri dilaporkan berkata, dana itu ialah sumbangan kepada Umno Sabah, bukannya untuk kegunaan peribadi Musa.
Hari ini, Musa mengaku tidak bersalah terhadap 35 pertuduhan rasuah dan membayar ikat jamin RM1 juta, manakala baki RM1 juta lagi akan dijelaskan Rabu ini.
Adun Sungai Sibuga itu didakwa melakukan kesalahan berkaitan konsesi balak di Sabah antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008 di Singapura serta Hong Kong, membabitkan transaksi AS$28,500 hingga AS$16,148,547 yang keseluruhannya berjumlah RM263 juta.
Lapan individu dikatakan merasuah Musa melalui syarikat dikaitkan dengan mereka: Lim Nyuk Foh, Looh Chai Boon, Chia Tian Foh, Mazlan Zakaria, Loh Man Heng, Nasir Yeo Guan Hock, Nip Wing Hon dan Ngui Ing Cheang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki enggan mengulas kenapa Musa didakwa semula hari ini.
“Tunggulah perbicaraan dan anda akan tahu butirannya nanti,” katanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah, Musa sudah disiasat sekian lama dan beliau tidak memberi alasan kenapa kes lama dibuka semula.
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta terhadap Tan Sri Musa Aman dengan pasportnya diserah kepada mahkamah.
Beliau tidak dibenarkan pulang ke Sabah sebelum membayar ikat jamin tersebut dan hakim menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Untuk rekod, Musa Aman sebelum ini disiasat polis atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah susulan isu pelantikan Ketua Menteri yang menjadi perebutan antara beliau dan Tan Sri Shafie Apdal.
KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq silap besar
KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang
KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak
KLIK BACA: Kenapa penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Musa terkejut didakwa rasuah, Nazri sudah jelaskan di parlimen kes tutup appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/189846/musa-terkejut-didakwa-rasuah-nazri-sudah-jelaskan-di-parlimen-kes-tutup/