Polis Ketatkan Kawalan Berikutan Pendengaran Keputusan Kes Saman Musa


THE MALAYSIAN TIMES 


KOTA KINABALU: Polis Sabah akan memperketatkan kawalan di beberapa kawasan di Kota Kinabalu berikutan pendengaran keputusan mahkamah melibatkan saman bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 7 Nov ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata selain sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pihak polis juga meningkatkan kawalan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dan beberapa kawasan lain, namun enggan mengulas kawasan lain itu.

“Saya ingin menasihatkan agar penyokong kedua-dua pihak (Musa dan Mohd Shafie) supaya menghormati keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan gangguan terhadap keselamatan orang lain dan prosiding mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah antara Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Sabah SAC Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, yang memangku Timbalan PJP Negeri, dan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Zaini Jass di sini hari ini.

Pada 6 Jun lalu, Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie 17 Mei lepas memohon pengisytiharan Musa kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Mengenai kekecohan pada pemilihan PKR di Keningau Sabtu lepas (3 Nov), Omar berkata beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau untuk merakamkan keterangan saksi mengenai kejadian itu.

Pemilihan Cabang PKR Keningau kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, Omar memberitahu pihak polis telah menyelesaikan siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di sebuah pusat tahanan sementara di Papar dan akan menyerahkan kes itu kepada Pejabat Pengarah Pendakwa Raya Sabah untuk tindakan lanjut.
 
Katanya, seorang suspek yang dipercayai bertugas sebagai salah seorang pengawal pusat tahanan itu ditahan polis dan dipercayai mangsa dan suspek saling mengenali satu sama lain.

Mangsa, yang ditahan di pusat itu sejak November tahun lepas dan telah dihantar pulang ke negara asalnya Filipina selepas kejadian, didakwa dirogol di pusat itu pada Mei lepas dan hamil enam bulan.—Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/polis-ketatkan-kawalan-berikutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 397 hits
JAWATANKUASA Pemilihan Pusat terpaksa menggantung keputusan pemilihan cabang Julau Sarawak selepas pihak polis merampas 7 tablet yang digunakan untuk mengundi Perkara itu diberitahu oleh ketua jawatankuasa itu Datuk Rashid Din Katanya penan...
Musa Terkejut Didakwa Rasuah Nazri Sudah Jelaskan Di Parlimen Kes Tutup

Musa Terkejut Didakwa Rasuah Nazri Sudah Jelaskan Di Parlimen Kes Tutup

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 443 hits
Musa Aman didakwa 35 tuduhan rasuah melibatkan konsesi balak di Sabah Foto Kosmo Tan Sri Musa Aman mempersoalkan Jabatan Peguam Negara kenapa mendakwanya dengan 35 pertuduhan rasuah berhubung konsesi balak hari ini sedangkan kes itu sudah d...
Musa Persoal Tuduhan Rasuah Dibuat Selepas 14 Tahun Kes Berlaku

Musa Persoal Tuduhan Rasuah Dibuat Selepas 14 Tahun Kes Berlaku

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menuduhnya terlibat dalam rasuah berhubung konsesi balak selepas 14 tahun kes tersebut berlaku Menurutnya kes itu te...
Musa Dibawa Ke Mahkamah Untuk Pendakwaan Kes Rasuah

Musa Dibawa Ke Mahkamah Untuk Pendakwaan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 339 hits
05 November 2018 1 11 PM PUTRAJAYA Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini untuk ke Kompleks M
Kes Altantuya Polis Ambil Tindakan Jika Najib Rosmah Terbabit Muhyiddin

Kes Altantuya Polis Ambil Tindakan Jika Najib Rosmah Terbabit Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 448 hits
Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada bukti menunjukkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah melih...
Polis Bertindak Jika Deepak Kaitkan Najib Rosmah Dalam Kes Altantuya Ada Sabitan

Polis Bertindak Jika Deepak Kaitkan Najib Rosmah Dalam Kes Altantuya Ada Sabitan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 413 hits
Muhyiddin Yassin berkata polis tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor jika ada bukti mereka terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu Foto NSTP KUALA LUMP...
Kes Saman Fitnah Neelofa Setuju Selesai Cara Baik Dengan Omm Dan Rotikaya

Kes Saman Fitnah Neelofa Setuju Selesai Cara Baik Dengan Omm Dan Rotikaya

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 432 hits
Pelakon Neelofa bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman yang dikemukakannya terhadap dua pengendali portal hiburan yang didakwa telah memfitnahnya melalui penerbitan dua artikel membabitkan namanya Lapor persetujuan bagi menyelesaikan...
Polis Tingkat Kawalan Di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Polis Tingkat Kawalan Di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 543 hits
KOTA KINABALU Pasukan polis mula memantau pergerakan orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini menjelang beberapa jam lagi Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan berkaitan isu pertikaian Ketua Menteri Sabah Anggota polis dilihat...
Polis Ambil Tindakan Saman Tertunggak Dan Tawar Diskaun

Polis Ambil Tindakan Saman Tertunggak Dan Tawar Diskaun

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 372 hits
Polis Ambil Tindakan Saman Tertunggal dan Tawar Diskaun Polis Diraja Malaysia PDRM telah pun keluarkan saman trafik tidak kira kepada rakyat Malaysia ataupun warga asing yang melakukan kedalahan di jalan raya Malangnya untuk warga asing sah...
Cuti Panjang 2026

Puma X Ros Drop Metallic Speedcat Launches This August

The Parc Nilai Impian

Navigating Legal And Regulatory Challenges

Resepi Aiskrim Homemade Blend

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi

Betul Ke Insulin Boleh Rosakkan Buah Pinggang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tipu Dan Fitnah Ibu Dan Waris Zara Qairina Nafi Kenyataan Menteri Dalam Negeri Isu Bedah Siasat

Biodata Qistina Rania Pelakon Cantik Dari Kelantan

Habis La Timbalan Perdana Menteri Kita

Kotak Pizza Fast Food Custom Murah Tahan Lasak Branding Lebih Menonjol

Kerjasama Erat Pemimpin Negeri Persekutuan Penting Demi Kesejahteraan Rakyat Pm

Alcarez Menang Percuma Terbuka Atp Cincinnati