Musa Aman Kena 51 Tuduhan


ISMA WEB Bekas Ketua Menteri Sabah mengaku tidak bersalah atas 35 tuduhan rasuah balak, 16 kes pengubahan wang haram babitkan AS$37.8 juta dan S$2.5 juta yang dilakukan antara Jun 2006 dan Mei 2008

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih AS$37.8 juta dan SGD2.5 juta antara Jun 2006 dan Mei 2008.
Pertuduhan itu menjadikan Musa kini berdepan 51 pertuduhan termasuk 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Musa, 68, yang memakai kot biru dan bersongkok mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan satu persatu oleh dua jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.
“Saya tuntut bicara,” katanya yang duduk dalam kandang tertuduh selepas Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan itu. Terdahulu peguam Francis Ng Aik Guan memohon supaya anak guamnya dibenarkan duduk ekoran masalah kesihatan.
Tertuduh yang memakai kot biru dan bersongkok menjawab “tuntut bicara” selepas Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan pertama Musa didakwa telah melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di Bank UBS AG Singapura di atas nama Richard untuk menerima hasil dari aktiviti haram di Bank UBS AG, Singapura pada 21 Jun, 2006.
Musa juga dituduh atas pertuduhan alternatif bagi pertuduhan pertama iaitu telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard untuk membuka satu akaun di Bank UBS AG Singapura melalui akaun atas nama Richard untuk menyembunyikan pemunyaan Musa ke atas hasil dari aktiviti haram di tempat dan pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Musa didakwa telah melibatkan diri secara tidak langsung dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing AS$16,148,547.00 dan AS$1,047,153.00 daripada Chia Tien Foh, melalui akaun di atas nama Richard di mana kedua-dua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Pertuduhan keempat dan kelima, Musa dituduh atas pertuduhan sama dengan menerima masing-masing AS$2,702,702.00 dan AS$2,180,673.00 daripada Young Generation Corp melalui akaun di atas nama Richard di mana wang berkenaan adalah hasil dari aktivit haram.
Pertuduhan keenam, Musa didakwa atas pertuduhan sama dengan menerima AS$4,044,956.82 daripada Lo Man Heng melalui akaun di atas nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram dan bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, dia didakwa atas pertuduhan serupa dengan menerima masing-masing AS$518,681.74 dan AS$895,000.00 daripada Mazlan Zakaria melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Pertuduhan kesembilan dan kesepuluh Musa didakwa pertuduhan serupa dengan menerima masing-masing AS$7,300,000.00 dan SGD2,500,000.00 daripada Axon Group Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Bagi pertuduhan ke-11 dan ke-12, Musa menghadapi pertuduhan sama dengan menerima masing-masing AS$862,000.00 dan AS$778,443.00 daripada Well Capital Finance Limited melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Pertuduhan ke-13, Musa didakwa pertuduhan sama dengan menerima AS$650,000.00 daripada Innovative Information Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Bagi pertuduhan ke-14, Musa didakwa pertuduhan serupa dengan menerima AS$406,003.29 daripada Portland Trading Pte Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Pertuduhan ke-15, Musa didakwa atas pertuduhan sama dengan menerima AS$311,332.50 daripada Well Capital Finance Limited melalui akaun di atas nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Bagi pertuduhan terakhir iaitu pertuduhan ke-16, Musa didakwa cuba untuk melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard untuk memindahkan kesemua aset dan kemasukan wang yang akan datang dari akaun di atas nama Richard ke atas akaun miliknya di Bank UBS AG Zurich di mana kesemua aset dan kemasukan wang tersebut adalah hasil dari aktiviti haram.
Mengikut pertuduhan kedua sehingga ke-16, Musa dituduh melakukan perbuatan itu di Bank UBS AG, Central Hong Kong Special Administrative Region of the Republic of China antara 21 Jun 2006 dan 14 Mei 2008.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/musa-aman-kena-51-tuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
His Brother Musa Aman In Court To Face 16 Money Laundering Charges Anifah Rushes To Meet Dr Mahathir Over Ma63 Rights

His Brother Musa Aman In Court To Face 16 Money Laundering Charges Anifah Rushes To Meet Dr Mahathir Over Ma63 Rights

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 394 hits
Former Sabah chief minister Musa Aman today claimed trial to 16 money laundering charges amounting to over US 37 million The charges under Section 4 of the Anti Money Laundering Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities A...
Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 335 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan tambahan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS 37 8 juta Musa 68 yang sebelum ini didak...
Lawyer Cites Icac Letter Clearing Musa Aman Of Corruption Charges

Lawyer Cites Icac Letter Clearing Musa Aman Of Corruption Charges

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 257 hits
Defence counsel for former Sabah chief minister Musa Aman has indicated that they will fight the money laundering and corruption charges mounted against the Sungai Sibuga assemblyperson Lawyer Ng Aik Guan also questioned two certifications ...
10 Usulan Perbaikan Buat Lalala Fest Tahun Depan Biar Musik Hutan Dan Penontonnya Tetap Aman

10 Usulan Perbaikan Buat Lalala Fest Tahun Depan Biar Musik Hutan Dan Penontonnya Tetap Aman

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 324 hits
Nggak perlu marah marah cukup istirahat dan kemudian memberikan usulan buat panitianya tahun depan Tentu kalau akan diadakan lagi LalalaFest2019
Tok Aman Bali Beach Resort Pilihan Destinasi Percutian Kami Sekeluarga Buat Kali Kedua

Tok Aman Bali Beach Resort Pilihan Destinasi Percutian Kami Sekeluarga Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 374 hits
Assalamualaikum Kunjungan kali kedua kami ke sini Tidak tahulah kenapa keluarga mertua juga sangat berminat untuk menginap di sini untuk kali kedua Maka cuti tahun baru cina baru baru ini kami sepakat sekali lagi untuk berkumpul adik beradi...
Ketum Golkar Suara Jokowi Ma Ruf Di Pulau Jawa Relatif Aman

Ketum Golkar Suara Jokowi Ma Ruf Di Pulau Jawa Relatif Aman

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 318 hits
Airlangga Suara Jokowi Ma ruf di Pulau Jawa Relatif Aman Airlangga menyebut dukungan untuk Jokowi Ma ruf Amin di Pulau Jawa saat ini sangat solid Khususnya di Provinsi Jawa Timur dalam Pemilihan Presiden 17 April 2019 mendatang
5 Jenis Masker Perawatan Kulit Yang Aman Dan Cocok Untuk Semua Jenis Kulit

5 Jenis Masker Perawatan Kulit Yang Aman Dan Cocok Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 355 hits
Sejak dahulu masker perawatan kulit dari buah buahan adalah metode perawatan kecantikan yang banyak wanita sukai dan terapkan Karena buah buahan alami aman untuk kulit dan efisiensi tinggi tetapi juga penerapannya sangat sederhana dan membu...
Menkes Siapkan Layanan Aborsi Aman Sesuai Uu Kemen Pppa Nilai Pelanggaran Hak Anak

Menkes Siapkan Layanan Aborsi Aman Sesuai Uu Kemen Pppa Nilai Pelanggaran Hak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 240 hits
Penyelenggaraan pelayanan aborsi diatur lebih detail dalam Peraturan Menteri Kesehatan Nomor 3 Tahun 2016 tentang Pelatihan dan Penyelenggaraan Pelayanan Aborsi Atas Indikasi Kedaruratan Medis dan Kehamilan Akibat Perkosaan
Himpunan Aman Bantah Penghinaan Nabi Di Batu Kawan Semalam

Himpunan Aman Bantah Penghinaan Nabi Di Batu Kawan Semalam

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 431 hits
Lagi himpunan aman diadakan malam semalam di hadapan Balai Polis Batu Kawan SPS Sekitar 200 orang para aktivis umat Islam berkumpul beramai ramai bagi membantah tindakan menjadi jadi segelintir kecil pihak non Muslim Yang menghina Nabi Lapo...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights