Murtabak Mengkasar Murtabak Sedap Menjadi Pilihan Ramai Di Kuantan


Murtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Menjadi Pilihan Ramai Di Kuantan  |  Nampaknya projek jalan-jalan cari makan geng-geng blogger pantai timur pada hujung minggu yang lalu bukan terhenti setakat di Restoran Bummbu Nasi Singgey sahaja tetapi diteruskan pula dengan minum petang di gerai Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau pula.. Dah agak lama jugak aku tak merasai keenakan Murtabak Mengkasar ni.. Tak dinafikan, Murtabak Mengkasar adalah murtabah sedap yang menjadi pilihan ramai orang di Kuantan ni malah mereka dari luar kuantan juga..


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau

Murtabak Mengkasar di Jalan Bukit Sekilau ni sebenarnya sudah lama beroperasi iaitu lebih kurang 17 tahun lamanya.. Sememangnya murtabak mengkasar ini sangat terkenal di Pekan dan juga Kuantan malahan ia juga sudah menjadi satu jenama murtabak di Negeri Pahang.. Kalau korang nak tahu, Murtabak Mengkasar ini telah menjadi santapan kegemaran bagi kerabat Diraja Pahang dan ramuan istimewanya juga telah diturunkan oleh Tukang Masak Sultan Pahang.. Hurmm patutlah Murtabak Mengkasar ini sangat istimewa dan menjadi kegemaran orang ramai..


Kalau dari rumah aku ke gerai Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau ni memakan masa selama 30 minit sahaja  sekiranya trafik berjalan lancar... Kalau jalan sesak, faham-faham saja la kan.. Hehe.. Ok, gerai ni sangat mudah dicari kerana dia bersebelahan dengan Kampus UiTM Bukit Sekilau.. Alah ape susah, sekarang ni kan ada aplikasi waze atau google map yang boleh tolong kite cari lokasinya.. Jadi tak perlu nak runsing bagai takut sesat atau tak jumpa.. Kat bawah ni aku upkan alamat untuk korang..


ALAMATGerai Murtabak MengkasarPusat Jaja UiTM,Jalan Bukit Sekilau,26060 Kuantan, Pahang
NO. TELEFON012-963 0448
WAKTU OPERASI3.00 Petang - 1.00 Pagi
PRODUKMurtabak Mengkasar & Murtabak Frozen
LOCATIONhttps://goo.gl/maps/jyXjYkuReoL2


Selalunya kalau sebut aje murtabak, mesti ingat bulan puasa atau pasar malam kan.. Kebiasaannya, time bulan puasa memang makanan ini sangat dicari dahulu sebagai pembuka selera berbuka puasa.. Di pasar-pasar malam juga ada dijual murtabak dengan pelbagai varisi tetapi sudah semestinya tak sama dengan Murtabak Mengkasar ni kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti rempahnya adalah homemade, bentuknya juga berbeza dari yang lain iaitu segiempat memanjang dan ia memiliki tiga lapisan berintikan daging atau ayam yang diadun bersama rempah ratus yang berkualiti.. Sebab itulah Murtabak Mengkasar ini menjadi pilihan ramai..


Menu Istimewa Di Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau

Ok, Murtabak Mengkasar ni ada 5 jenis kesemua iaitu Mix Special, Daging Special, Ayam Special, Daging Biasa dan Ayam Biasa.. Harganya pula adalah dari RM8 hingga RM12 sahaja.. Memang murah setanding dengan saiznya yang agak besar.. Kalau dilihat akan ketebalan murtabaknya, aku yakin ramai yang beranggapan ia memuakkan.. Sebenarnya tidak kerana selepas satu suapan, korang akan menyuapnya lagi sehingga habis.. Hehe.. Memang sedap dan puas hati..


Oh ya, di gerai Murtabak Mengkasar juga terdapat menu sampingan seperti Roti Canai, Roti Telur, Roti Telur Bawang, Roti Planta, Roti Bawang dan juga Roti Boom.. Kot la ada yang datang tetapi tak nak makan murtabak kan, jadi bolehlah order menu sampingan yang ada..

Sebelum aku terlupa Murtabak Mengkasar ini cawangan utamanya adalah di Pekan, Pahang.. Jadi, bagi korang yang menghala ke Pekan, Pahang bolehlah singgah Murtabak Mengkasar di Pekan, Pahang untuk merasai keenakannya.. Rugi kalau pulang tanpa rasa terlebih dahulu Murtabak Mengkasar ni..

Menu Murtabak Mengkasar Pilihan Aku

Antara menu murtabak yang menjadi pilihan aku di gerai Murtabak Mengkasar ini adalah Murtabak Daging Biasa, Ayam Biasa, Daging Special dan Ayam Special.. Yang Mix punye aku tak sempat nak rasa sebab perut dah penuh.. Haha!! Jom aku belanja gambar..

Murtabak Ayam Biasa
Murtabak Daging Biasa
Murtabak Daging Special
Murtabak Ayam Special
Yang ni Mix Special punya..
Murtabak Mengkasar ni memang besar saiz dia.. Jadi, sekeping boleh makan dua orang.. Isinya juga sangatlah meriah weh!! Dengan bersalut telur lagi kalau yang special.. Memang terbaiklah rasa dia.. Kuahnya pula didatangkan dalam dua jenis iaitu kuah kari dan juga bawang jeruk pink tu (tak tahu orang panggil apa.. haha!!)


Bagi aku memang sangat berpuashati dengan murtabak di gerai Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau ni.. Saiznya besar, harga berpatutan dan rasanya sedap... Layanan juga terbaik dari pekerja-pekerjanya.. Paling best, gerai ini dibuka pada setiap hari.. Jadi, sekarang ni kalau nak makan murtabak dah tak perlu nak tunggu bulan puasa atau tercari-cari di pasar malam dah.. Pergi aje terus kat Gerai Murtabak Mengkasar ni dan nikmati murtabaknya yang enak.. Seronok weh!!


Murtabak Mengkasar Frozen

Bila dah menjadi terkenal dikalangan masyarakat malah rakyat Malaysia, tak mustahil kalau murtabak pun disediakan dalam bentuk sejuk beku.. Begitulah juga dengan Murtabak Mengkasar ini, dimana korang dah boleh dapatkannya dalam bentuk frozen... Mudahlah untuk dibuat stok di rumah dan dimakan pada bila-bila masa sahaja..


Kata Tuan Hj. Din, pada awalnya, murtabak frozen ini dibuat secara kecil-kecilan sahaja sehinggalah ia mendapat sambutan yang luar biasa dan mula membuatnya secara besar-besaran dengan memasarkannya sehingga ke Jeddah.. Packagingnya juga dah menarik sekarang tidak seperti mula-mula dahulu.. Yelahkan, kalau dah dipasarkan ke luar negara, packagingnya juga haruslah menarik.. Barulah pelanggan yakin untuk membelinya.. Harga pun tak mahal mana, yang special cuma RM15 sahaja manakala yang biasa pula RM12...

Packaging yang menarik
Setiap produk yang dikeluarkan oleh pengurusan Murtabak Mengkasar, kualiti produk makanan yang dipasarkan sangat dititikberat dan dijaga dengan baik.. Sebab itu juga, ramai yang percaya dengan produk keluaran Murtabak Mengkasar Sdn. Bhd. ni..

Haa berita baik buat korang di luar sana yang berminat untuk menjadi ejen bagi menjual Murtabak Mengkasar Frozen, bolehlah buat permohonan sekarang kerana mereka sedang mencari ejen bagi seluruh Semenanjung Malaysia bagi meluaskan lagi perniagaan mereka..

Eh, aku pun ada bawa balik sekotak murtabak frozen ni tau.. Cuma belum ada masa nak masak lagi.. Mungkin hujung minggu ni kalau tak keluar kemana-mana.. Hehe..

Apa Kata Aku Tentang Murtabak Mengkasar


Bagi aku, rasa dan keenakan yang ada pada Murtabak Mengkasar ni sudah cukup bagi menarik orang ramai untuk singgah dan makan di gerai mereka.. Aku sendiri sangat teruja dengan rasanya.. Pada aku, ia memang sedap.. Bagi korang pula aku tak pasti sebabnya setiap orang selera masing-masingkan berbeza.. Jadi, untuk tau sedap ke tidak, korang kena datang sendiri dan rasa..


Saiznya memang puashati sampaikan sekeping kena makan dua orang baru boleh habis.. Isinya pun sangatlah banyak dan padat.. Paling penting murtabak ni tidak mendatangkan rasa muak ye.. Sekali makan, rasa nak lagi dan lagi.. Servis yang diberikan oleh pekerja-pekerjanya pun sangat bagus.. Memang tak perlu tunggu terlalu lama di meja.. Sekejap saja, murtabak dah sampai.. Hehe..

Sempat beramah mesra dengan owner Murtabak Mengkasar
Bagi mereka yang datang dari jauh tu, bolehlah beli yang frozen.. Nanti bolehlah menikmatinya kat rumah pulakkan.. Kalau ada yang nak buat stok kat rumah pun boleh.. Borong banyak-banyak simpan dalam peti ais.. Bila rasa nak makan, bolehlah terus masak.. Dah tak perlu nak mencari lagi..

Oklah, secara keseluruhannya aku berpuashati dan aku doakan semoga perniagaan Murtabak Mengkasar ini terus maju dan berjaya.. Nak bagi ratinglah.. Hehe.. Aku bagi 4.5/5 untuk keseluruhannya.. Lain kali aku pasti akan singgah lagi.. Insyaallah..


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-
Facebookhttps://www.facebook.com/murtabakmengkasarsdnbhd
Instagramhttps://www.instagram.com/murtabakmengkasarofficial/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/01/murtabak-mengkasar-murtabak-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Di Tempat Ke3 Asia Menjadi Pilihan Pelancong

Malaysia Di Tempat Ke3 Asia Menjadi Pilihan Pelancong

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 285 hits
Menurut satu laporan tahunan dari World Travel Monitor Malaysia dilihat tersenarai di tempat ke 3 sebagai tempat paling dilawati ppelancong Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan bandar dan negara paling banyak menjadi pilihan pelancong di Asi...
Siapa Pilihan Azmin Sebagai Timbalan Jika Beliau Menjadi Perdana Menteri

Siapa Pilihan Azmin Sebagai Timbalan Jika Beliau Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 517 hits
Di sebalik satu demi satu Ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti di mana sehingga ini jumlahnya sudah mencecah 16 orang dalam waktu yang sama disahkan seramai 36 Ahli Parlimen BN juga telah menandatangani akujanji menyokong kepimpinan Tu...
Tahun Baharu 2019 Semestinya Traveloka Menjadi Pilihan

Tahun Baharu 2019 Semestinya Traveloka Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 370 hits
Teruja juga dengar kawan aku yang suka travel sana sini bercerita tadi setiap tahun dia dan kawan kawan akan ke Thailand untuk celebrate salah satu festival terbesar iaitu perayaan Songkran Perayaan Songkran ini adalah untuk menyambut Tahun...
Jambangan Bunga Tangan Dan Pelbagai Pilihan Gubahan Bunga Segar Di Kedai Bunga Kotakinabaluflorist Com

Jambangan Bunga Tangan Dan Pelbagai Pilihan Gubahan Bunga Segar Di Kedai Bunga Kotakinabaluflorist Com

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 3076 hits
Tidak dinafikan bunga yang segar memang harum baunya terutamanya bunga Ros Jambangan bunga segar jika diberikan kepada yang tersayang akan membuatkan si dia bertambah sayang Sincerity RoseJambangan bunga tangan dan pelbagai pilihan gubahan ...
Video Pengantin Wanita Menangis Hendak Balik Ikut Ibu Bapa Kerana Tidak Pernah Berpisah Menjadi Perhatian Netizen

Video Pengantin Wanita Menangis Hendak Balik Ikut Ibu Bapa Kerana Tidak Pernah Berpisah Menjadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 487 hits
Perkahwinan sememangnya sesuatu yang baik bagi mengikat hubungan silaturrahim antara 2 keluarga selain itu ianya juga amat dituntut oleh islam dan mengelakkan dari timbulnya kes kes z1n4 dan sebagainya Ianya merupakan ikatan yang sah dari s...
Tentang Pilihan

Tentang Pilihan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 223 hits
Aku mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Pulau Pinang Walaupun keputusan aku agak drastik tetapi aku nekad Semoga tuhan jaga aku sepanjang perjalanan Kenapa Pulau Pinang Aku sendiri tidak pasti Aku tidak punya jawapan itu Mungkin ker...
Anies Pantai Kita Maju Menjadi Milik Semua Warga Jakarta

Anies Pantai Kita Maju Menjadi Milik Semua Warga Jakarta

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 232 hits
Selain itu Anies juga menekankan pembangunan kawasan pantai ini sejalan dengan visi nasional pemerintah pusat untuk memulai pembangunan dari pinggir dan menghadap ke laut
Penyebab Telur Burung Kenari Menjadi Lembek

Penyebab Telur Burung Kenari Menjadi Lembek

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 1680 hits
Menangkar burung kenari memang ada tidak selalu dianggap enteng atau hanya sekedar memberi pakan memandikan dan menjodohkan tetapi ada kalanya juga sang penangkar menemui permasalahan yang aneh apalagi bagi penangkar kenari pemula Jika mene...
Alam Sekitar Semakin Musnah Kita Telah Gagal Menjadi Khalifah Yang Baik

Alam Sekitar Semakin Musnah Kita Telah Gagal Menjadi Khalifah Yang Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 867 hits
Umum mengetahui tahap kemusnahan alam sekitar terutama hutan di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan Sekalipun saban tahun kita didedahkan dengan statistik kehilangan hutan di Malaysia keadaan tidak pernah berubah menjadi lebih bai...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri