Alam Sekitar Semakin Musnah Kita Telah Gagal Menjadi Khalifah Yang Baik


Umum mengetahui tahap kemusnahan alam sekitar terutama hutan di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan
Sekalipun saban tahun kita didedahkan dengan statistik kehilangan hutan di Malaysia, keadaan tidak pernah berubah menjadi lebih baik. Situasi ini mendedahkan tentang sikap rakyat Malaysia yang tidak peduli akan kepentingan hutan, jauh sekali untuk memahami fungsi-fungsinya dalam memberi keseimbangan ekosistem
Langit dan bumi serta segala isinya diciptakan Tuhan untuk dinikmati keindahannya serta dimanfaatkan dengan sewajarnya. Malangnya, kesedaran untuk memelihara alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam masih berada di tahap yang rendah. Tidakkah Islam tidak mengajar umatnya untuk memelihara khazanah yang amat bernilai ini
Dalam sejarah awal penciptaan manusia seperti yang termaktub dalam al-Quran, para malaikat telah mempersoalkan tindakan Allah SWT yang menjadikan manusia untuk menjadi khalifah bagi menjalankan tugas mengurus dan mentadbir bumi sedangkan menurut malaikat manusia adalah makhluk yang akan membuat bencana dan kerosakan di atas muka bumi (al-Baqarah: 30)
Berdasarkan statistik kehilangan hutan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kadar kehilangan hutan di negara kita berada pada tahap yang amat membimbangkan. Di semenanjung Malaysia, jumlah permukaan hutan pada tahun 1935 adalah sebanyak 80% dan pada tahun 2016, jumlah ini telah menurun kepada 43.8%. Di Sabah & Sarawak pula menyaksikan penurunan daripada 92% dan 85% pada tahun 1950 kepada 58.5% dan 65% pada tahun 2016

Statistik kehilangan hutan di Malaysia sehingga tahun 2016 (Sumber NRE, JPSM & WWF)
Di negara kita, kuasa untuk menguruskan hal ehwal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Seksyen 40 Kanun Tanah Negara secara jelas memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri mempunyai hak ke atas semua tanah yang termasuk di dalam sempadan negeri masing-masing
Oleh yang demikian, sekalipun di peringkat kerajaan pusat telah wujud Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang bertanggungjawab memelihara alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia serta Jabatan Laut Malaysia, semua agensi ini hanya berperanan sebagai pemantau atau penasihat semata-mata dan sama sekali tidak dapat menghalang kerakusan pihak kerajaan negeri yang bertindak meluluskan projek-projek yang memusnahkan alam sekitar seperti pembalakan, penambakan laut, kuari, perlombongan, mengorek pasir, pembinaan empangan dan pembinaan di lereng-lereng bukit. Semua projek ini kononnya sebagai sumber pendapatan negeri
Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama bagi umat Islam secara jelas telah memberi peringatan berulang kali tentang kepentingan menjaga alam sekitar
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya (Riwayat al-Tirmizi). Kemudian di dalam al-Quran, Allah SWT juga berfirman, Janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan (al-Qasas: 77). Ini membuktikan bahawa Islam telah meletakkan kedudukan alam sekitar sebagai khazanah yang perlu dipelihara. Allah SWT telah menciptakan bumi dan lautan ini dengan sangat tertib aturannya
Justeru itu, memeliharanya merupakan satu ibadah yang sangat dituntut bagi menjamin keseimbangan ekosistem yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan sekalian makhluk di atas muka bumi ini
Hutan yang dipenuhi pokok-pokok berfungsi sebagai paru-paru dunia. Tanpanya keupayaan menyerap karbon dioksida bagi menjalankan proses fotosintesis juga terhad lalu menyebabkan bekalan oksigen untuk keperluan manusia dan haiwan semakin berkurangan. Gunung-ganang dan bukit-bukau berfungsi sebagai pasak bumi seperti mana firman Allah SWT, Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (an-Naba’: 6-7)

Aerial view of lowland tropical rainforest canopy along the Rio Tuichi, Madidi National Park, La Paz, Bolivia.
Kejadian runtuhan Highland Tower pada tahun 1993, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada (1999 dan 2008), Hulu Kelang (2006), Ulu Yam (2008), Sandakan (2009), Hulu Langat (2011) dan Tanjung Bungah (2017) serta banjir kilat di Cameron Highland pada tahun 2014 yang turut mengorbankan empat nyawa adalah berpunca daripada pembinaan dan pembukaan kebun sayur di lereng-lereng bukit
Allah SWT telah menegaskan di dalam al-Quran, Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani (al-Anbiya: 31). Perbuatan meneres kawasan bukit bukau sebagi pasak bumi tanpa kawalan sudah tentu akan mengundang ‘gegaran’ iaitu bencana tanah runtuh seperti mana amaran yang telah jelas diberikan dalam al-Quran
Hutan yang terdapat di pergunungan pula berfungsi sebagai tempat tadahan hujan bagi menyerap air pada musim hujan. Air ini akan mengalir melalui sungai-sungai ke tempat-tempat yang lebih rendah terutama pada musim kemarau. Tanpa kewujudan rimbunan pokok, hutan gagal berfungsi sebagai tempat tadahan hujan menyebabkan bekalan air yang disalirkan ke sungai semakin berkurangan

Ancaman Allah SWT berkenaan masalah kekurangan air ini disebut di dalam al-Quran, Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir? (al-Mulk: 30)
Kita pernah berhadapan dengan suasana panik apabila bekalan air semakin berkurangan semasa berlakunya fenomena El-Nino yang menyebabkan kemarau melanda negara pada tahun 2016. Inilah harga yang perlu dibayar apabila hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan semakin berkurangan
Selain itu, rimbunan pokok di dalam hutan juga berfungsi untuk menahan air hujan dari jatuh terus ke tanah. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menjadikan kawasan hutan semakin gondol. Apabila hujan turun dengan lebat, air hujan akan terus jatuh menghempas tanah dan meleraikannya sehingga berlaku hakisan
Tanah ini kemudiannya akan dibawa oleh air hujan masuk ke dalam sungai menjadikan sungai di kawasan hutan semakin cetek. Sungai yang semakin hari semakin cetek tidak dapat menampung jumlah air yang banyak apabila hujan lebat turun secara berterusan lalu berlaku limpahan dan menyebabkan bencana banjir besar seperti yang berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur pada tahun 2014. Hutan dan sungai tidak dapat memainkan peranan dengan sebaiknya untuk mengurangkan impak bencana yang berlaku

Fungsi hutan sebagai kawasan tadahan air

Projek penambakan laut di Malaysia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Antaranya berlaku di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Penambakan laut akan memberi kesan langsung kepada ekosistem dan menjejaskan pendapatan nelayan pantai. Begitu juga dengan projek mengorek pasir sungai yang berlaku di banyak negeri di Malaysia. Antaranya kesannya adalah menyebabkan struktur tanah tidak stabil sehingga boleh mengakibatkan berlaku hakisan atau runtuhan tebing sungai

Salah satu kawasan penambakan pantai di Pantai Klebang Melaka yang telah menjejaskan nelayan tempatan
Aktiviti mengorek pasir juga akan mencemarkan kualiti air sungai dan memberi kesan secara langsung dari sudut kesihatan kepada golongan yang bergantung kepada sumber air sungai. Kerosakan dan pencemaran sudah pasti akan menjejaskan hidupan di dalam dan di sekitar kawasan sungai itu dan pendapatan nelayan sungai juga akan merosot
Teori kejadian bencana yang berpunca daripada kerosakan alam sekitar ini sudah pun dipelajari semasa pembelajaran sejak di peringkat sekolah lagi. Namun agak menghairankan apabila pentadbir kerajaan negeri yang sewajarnya lebih bijak dan matang telah gagal untuk memahami kepentingan memelihara alam sekitar
Rasulullah SAW telah memberi amaran melalui firmannya, Barang siapa yang memotong pokok tanpa manfaat atau kepentingan, nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka (Riwayat Abu Daud)
Sejurus selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-14, perkara yang menjadi tumpuan adalah parti mana yang akan menguasai kerajaan negeri dan siapa yang akan memegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri tersebut. Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan, adakah kerajaan baru akan memperkenalkan polisi baharu yang lebih mesra alam sekitar seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum pilihanraya. Dengan berlakunya pertukaran kerajaan di peringkat pusat dan beberapa negeri, adalah diharapkan pihak berkuasa negara dan negeri dapat menjadikan alam sekitar sebagai agenda utama yang perlu diberi tumpuan
Di saat negara bukan Islam di barat seperti Norway telah mula mengharamkan sebarang aktiviti pembalakan di negara mereka, kita di sini masih gagal menterjemahkan seruan al-Quran dan hadis berkenaan penjagaan alam sekitar dalam bentuk tindakan
Adalah menjadi persoalan besar bagi setiap kerajaan negeri, mengapa mereka tidak pernah melihat alam semula jadi yang ada di negeri masing-masing sebagai aset yang perlu dipelihara sedangkan ianya mampu menjadi tarikan kepada pelancong dari seluruh dunia
Beberapa negeri di Malaysia sangat kaya dengan hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya dan hutan pantai. Kita juga dianugerahkan dengan keindahan bukit batu kapur yang indah, air terjun dan pantai yang mempesonakan. Para pelancong yang hadir di negara kita amat kagum dan cemburu kerana sebahagian keindahan alam semula jadi ini tidak terdapat di negara mereka

Keindahan hutan hujan tropika Malaysia amat dicemburui oleh pencinta alam antarabangsa
Kerajaan negeri sewajarnya menjadikan hutan di negeri masing-masing sebagai produk eko-pelancongan yang perlu dikembangkan. Sektor eko-pelancongan di kawasan hutan dapat membantu masyarakat luar bandar terutama orang asli menjana pendapatan. Mereka boleh menjalankan perniagaan dengan menjual produk yang dihasilkan daripada hasil-hasil hutan seperti produk kraf, madu asli, ulam-ulaman, buah-buahan, akar kayu, herba dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi jurupandu kepada pelancong yang mahu menikmati keindahan flora dan fauna di dalam hutan negara kita

Antara produk-produk bukan berasaskan balak (Non-timber Forest Production) yang boleh dihasilkan daripada hutan yang dilindungiSegala hasil hutan ini sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya seperti mana firman Allah SWT, Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Fathir: 27-28).Bagi orang asli, hutan adalah jiwa mereka. Hutan merupakan sumber utama mereka untuk meneruskan kehidupan. Mereka membina rumah daripada hasil-hasil hutan, mencari rezeki seperti memburu haiwan, menangkap ikan dan menghasilkan pelbagai produk juga di dalam hutan. Jika ada di antara mereka yang jatuh sakit, mereka akan mencari ubat-ubatan herba di dalam hutan. Untuk mendapatkan bekalan makanan atau kemudahan lain seperti rawatan moden di kawasan pekan atau bandar adalah agak sulit bagi mereka atas faktor jarak, masa dan isu pengangkutan. Apabila kawasan hutan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka dimusnahkan dan sungai sebagai sumber air utama sudah tercemar, bagaimana kehidupan mereka mampu untuk diteruskan

Saban hari, masyarakat Orang Asli berjuang bertungkus lumus mempertahankan hutan tropika kita
Pemimpin kerajaan negeri dan pengusaha balak yang tinggal di kawasan bandar sudah tentu tidak merasai kesan secara langsung. Yang menanggung penderitaan adalah mereka yang bergantung sepenuhnya kepada hutan demi meneruskan kehidupan terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga. Maka tidak hairanlah kejadian pembinaan halangan (blockade) oleh orang asli sebagai protes terhadap projek pembalakan semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini
Bukankah Islam melarang pemimpin daripada menzalimi rakyatnya? Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang diangkat oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, kemudian ia tidak mencurahkan kesetiaannya, maka Allah haramkan baginya syurga (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam al-Quran juga Allah SWT telah bersabda Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih (Ash-Shu’ara: 42)
Jika dinilai semula pendapatan yang diperoleh kerajaan negeri hasil daripada sumber semula jadi yang dieksploitasi seperti aktiviti pembalakan, mengorek pasir sungai dan menambak laut, ianya amat tidak berbaloi jika dibandingkan kerosakan dan kemusnahan akibat bencana yang telah berlaku. Lalu siapakah yang sebenarnya meraih keuntungan? Para pemodal atau kapitalis yang rakus pastilah mahu meraih keuntungan yang maksimum

Hasil kayu balak yang telah ditebang (Sumber: Al Jazeera)
Politikus yang meluluskan projek pula dikhabarkan mendapat habuan berbentuk komisyen. Hanya sedikit bahagian yang tidak seberapa masuk ke kantung kerajaan negeri. Rakyat di bawah pula hanya menunggu malapetaka atau musibah yang bakal menimpa mereka
Tidak cukupkah peringatan yang diberikan kepada pemimpin ini seperti mana firman Allah SWT, Dan janganlah kamu mengurangi (dengan merugikan) hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. (asy-Shu’araa’: 183). Alam tidak mampu untuk menjerit atau bersuara terhadap setiap kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Tetapi apabila alam membalas kembali dengan terjadinya bencana, tiada tangan-tangan manusia yang mampu menghalangnya
Isu berkenaan alam sekitar ini boleh dikatakan agak sukar mendapat tempat untuk dibincangkan oleh para agamawan. Selain perbincangan agama yang cuma berlegar tentang isu-isu politik serta masalah perbezaan pendapat antara ulamak, adalah diharapkan agar para agamawan seperti mufti-mufti bagi setiap negeri, para ulamak, pensyarah universiti, cendekiawan Islam serta pakar-pakar alam sekitar yang dipercayai berjumlah ribuan orang di negara kita dapat mengadakan satu perbincangan (muzakarah) khusus bagi membincangkan tentang kemusnahan alam sekitar di negara kita
Perbincangan ini sewajarnya menghasilkan satu resolusi bagi menjelaskan tentang dosa pahala berkaitan alam sekitar serta mengeluarkan garis panduan kepada setiap kerajaan negeri dalam memastikan tidak berlaku kezaliman terhadap pihak tertentu. Bagi menginsafi amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh para pemimpin pada hari ini termasuklah bagi mereka yang mengaku sebagai ‘kerajaan Islam’ sekalipun, hayati dan renungilah firman Allah SWT, Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat (ar-Rum: 41)
Sekiranya para pemimpin yang memegang kuasa ini berjaya mempertahankan dan memelihara alam sekitar dengan sewajarnya, nescaya tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan segala hidupan yang dilindungi akan mendoakan kesejahteraan kalian di dunia dan di akhirat
Tulisan ini lebih menyentuh kepada peranan pemimpin. Namun tugasan menjaga alam sekitar ini hakikatnya perlu dimainkan oleh semua pihak bermula dari didikan ibu bapa kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Selamat menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia
Artikel ini ditulis oleh saudara Nur Hadi Muhammad, seorang aktivis KUASA yang kini berpengkalan di negeri Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&hl=ja&passive=true&continue=https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL%3Dhttp://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/alam-sekitar-semakin-musnah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alce Nero Makanan Organik Mesra Alam Dari Itali Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Alce Nero Makanan Organik Mesra Alam Dari Itali Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum baru baru ini daku sempat mencuba salah satu pasta dan sos yang dikeluarkan oleh pihak ALCE NERO Apa itu Alce Nero Bagi yang belum tahu Alce Nero ditubuhkan pada tahun 1970 an apabila dua orang petani muda dari Itali mengamb...
Kenapa Isteri Yang Baik Lemah Lembut Berubah Menjadi Isteri Yang Garang Kuat Marah

Kenapa Isteri Yang Baik Lemah Lembut Berubah Menjadi Isteri Yang Garang Kuat Marah

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 448 hits
Kenapa Isteri Yang Baik Lemah Lembut Berubah Menjadi Isteri Yang Garang Kuat Marah Perkongsian Ustaz Ebit Lew kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang dan kuat marah Tadi selesai beri ceramah ada seorang tahan...
Kamera Xiaomi Mi Mix 2s Sedang Dalam Ujian Untuk Menjadi Lebih Baik

Kamera Xiaomi Mi Mix 2s Sedang Dalam Ujian Untuk Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 300 hits
Xiaomi Mi Mix 2S adalah telefon pintar Xiaomi ketiga dengan rekaan hampir nirbingkai Mi Mix 2S ini juga antara telefon pintar dengan rekaan yang unik kerana kamera swafotonya berada di bawah Prestasi kamera Mi Mix 2S ini menurut DXOMark ada...
Mendidik Anak Anak Supaya Mereka Menjadi Lebih Baik

Mendidik Anak Anak Supaya Mereka Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 484 hits
Mendidik Anak Anak Supaya Mereka Menjadi Lebih Baik Sebagai ibu bapa perkara yang kita patut mengambil berat adalah mendidik anak anak menjadi mereka yang lebih baik Dalam dunia yang penuh mencabar kini bukan mudah untuk mendidik mereka aga...
Lelaki Ini Tanya Kepada Orang Arab Ini Kenapa Padang Pasir Sekarang Menjadi Hijau Ini Jawapan Orang Arab Ini Masyallah

Lelaki Ini Tanya Kepada Orang Arab Ini Kenapa Padang Pasir Sekarang Menjadi Hijau Ini Jawapan Orang Arab Ini Masyallah

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 969 hits
Lelaki Ini Tanya Kepada Orang Arab Ini Kenapa Padang Pasir Sekarang Menjadi Hijau Ini Jawapan Orang Arab Ini MasyallahLelaki Ini Tanya Kepada Orang Arab Ini Kenapa Padang Pasir Sekarang Menjadi Hijau Ini Jawapan Orang Arab Ini Masyallah
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri