Muridku Suamiku Cikguku Isteriku


PETALING JAYA: Muridku suamiku… cikguku isteriku, sekali dengar macam tajuk drama Melayu pula, namun siapa sangka ia sebenarnya berlaku dalam realiti kehidupan melibatkan dua insan bergelar pelajar dan guru

Segalanya bermula dengan usik-mengusik di sekolah
Muhammad Hazim Shahidan, 21, tidak menduga hubungan dengan Siti Aishah Pakechik, bekas gurunya di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang akhirnya membawa hingga ke jenjang pelamin

Kedua-dua pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Bukit Mertajam, Sabtu lalu
Muhammad Hazim atau lebih mesra disapa Hazim ketika dihubungi mStar Online memberitahu bibit percintaan mereka bermula kira-kira tiga tahun lalu sewaktu dia mahu melanjutkan pelajarannya ke sebuah kolej swasta di Bangi, Selangor sejurus selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/16/cikguku-isteriku/~/media/ea8fa144b0c545a8bd2ee1685b2583db.ashx?la=en&h=586&w=640

Gambar kenangan antara guru dan anak murid.“Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya. Dan seperti biasa, dia (isteri) hanya buat tak tahu dan mengabaikan usikan saya

“Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu

“Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah,” katanya



Jelas Hazim, dia dan isterinya mula rapat selepas dia selesai menduduki SPM
“Masa tu, saya dan kawan baik saya sering keluar dan dia banyak menasihati kami supaya melanjutkan pelajaran. Waktu itu saya menyedari yang saya mula menyayanginya,” katanya
Namun bukan mudah bagi Hazim untuk memikat isterinya apabila cintanya pernah ditolak

“Pada awalnya cinta saya ditolak namun saya tak berputus asa. Dia (isteri) meletakkan syarat agar saya dapat persetujuan kedua-dua ibu bapa kami kerana reda Allah terletak pada reda ibu bapa

Wah... 'sweet' betul mereka ni. Tahniah bergelar suami-isteri. FOTO: Ihsan cikgu Siti Aishah.“Mungkin disebabkan faktor usia dan keadaan semasa, jadi kami memilih untuk tunggu saat yang sesuai untuk menjalin ikatan yang sah. Lagi pula, masa tu saya baru sambung belajar dan keadaan kewangan masih belum stabil,” katanya
Walaupun berjauhan ketika itu, Hazim berkata demi membuktikan kesungguhan untuk memperisterikan bekas gurunya itu, dia mula membuat simpanan

“Saya mula dengan wang syiling simpanan saya. Saya masih ingat lagi masa tu simpanan saya ada dalam RM477. Saya guna duit itu sebagai modal berniaga kecil-kecilan
“Berkat sokongan daripada dia, bisnes kecil-kecilan saya dengan hanya menjual sarung tangan dapat sambutan. Saya juga jadi dropship tudung dan beg

“Dengan usaha ini, alhamdulilah saya berjaya membuktikan saya mampu memilikinya dan meyakinkan kedua ibu bapa saya dengan sejumlah wang yang saya simpan,” katanya



Malah Hazim berkata dia turut memohon petunjuk Allah mengenai hasratnya untuk memperisterikan Siti Aishah semasa menunaikan umrah di Makkah, Disember lalu
“Semasa di sana saya berdoa agar Allah mempermudahkan niat saya untuk menghalalkan hubungan kami
“Sejurus pulang dari Tanah Suci, saya menyatakan hasrat sekali lagi untuk mengikat tali pertunangan dengannya
“Berkat doa dan restu ibu bapa kedua-dua pihak, semua urusan dipermudahkan. Dan pada tanggal 11 Ogos lalu, kami sah bergelar suami isteri,” katanya

Ditanya mengenai jarak usia mereka yang agak jauh, Hazim berkata ia bukan penentuan kebahagiaan sesebuah rumah tangga
“Bagi saya usia bukan satu isu. Apa yang penting keikhlasan, sentiasa bersikap jujur dalam perhubungan dan buktikan perasaan sayang itu melalui usaha,” katanya yang minta dirahsiakan umur isterinya itu



Kita doakan pasangan ini bahagia sehingga ke akhir hayat. FOTO: Ihsan cikgu Siti Aishah.Dalam pada itu, Hazim berkata dia tertarik dengan senyuman dan sifat penyayang isterinya
“Pertama kali saya lihat isteri di kantin sekolah, saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa tentang dia. Senyuman dia berjaya memikat hati saya
“Masa tu saya abaikan perasaan itu memandangkan dia guru saya. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dia kini milik saya,” katanya

Sementara itu, Siti Aishah berkata dia terbuka hati untuk menerima Hazim sebagai teman hidup selepas melihat keikhlasan dan kesungguhannya
Terdahulu, majlis pernikahan pasangan ini menjadi tular selepas beberapa keping gambar pre wedding dan video akad nikah mereka dikongsi salah seorang rakan Hazim, Izzat Herman di Twitter

Kredit : Mstar Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2018/08/muridku-suamiku-cikguku-isteriku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Isteriku Sanggup Menerimaku

Terima Kasih Isteriku Sanggup Menerimaku

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 359 hits
Terima Kasih Isteriku Noor Aina Nasihat Mohd Al Shokre kerana sanggup menerima insan cacat ini sebagai suamimu kata pengantin baru Anton Bakhtiar 24 Anton berasal dari Sandakan Sabah berkata dia seperti bermimpi hari ini apabila menempuh al...
Tsunami Selat Sunda Kirim Al Fatihah Buat Isteriku Vokalis Seventeen

Tsunami Selat Sunda Kirim Al Fatihah Buat Isteriku Vokalis Seventeen

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 378 hits
ISTERI vokalis Seventeen Dylan Sahara 25 yang dilaporkan hilang selepas badai tsunami malam Sabtu lalu ditemui mati hari ini Perkara itu disahkan suaminya Riefan Fajarsyah atau Ifan melalui Instagram dan meminta orang ramai mengirimkan al F...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi