Murid Pasti Dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris


Murid Pasti dinobat juara dunia pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Murid Pasti Dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.

Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“MENGHAFAL AYAT SUCI AL-QURAN SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN UNTUK ANAK-ANAK INI MEMILIKI DAYA INGATAN KUAT SERTA MENGUKUHKAN KEFAHAMAN TENTANG SESUATU PERKARA.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Amatullah Hamidah (kiri) bersama ibunya, Hasmah (dua dari kiri) Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Amatullah Hamidah (kanan) bersama ibunya, Hasmah (kanan) berserta ayah dan adiknya Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“KAMI KURANGKAN ANAK-ANAK TERDEDAH PADA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DENGAN MENGEHADKAN PENGGUNAANNYA AGAR MEREKA TIDAK TERLALU LEKA.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Menang Cabutan Bertuah, Kanak-kanak Lelaki 6 Tahun Bawa Pulang Perodua Axia
Kanak-kanak Perempuan 6 Tahun Maut Tersepit Celah Meja Lipat
Kaum Cina Biasa Anak Tak Ramai, Fokus Nak Kukuhkan Kewangan, Hidup Selesa
 
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Murid Pasti Dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/murid-pasti-dinobat-juara-dunia-pidato-bahasa-inggeris/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 102 hits
Hi Pertama sekali tips adalah untuk membantu ibu ibu surirumah mahupun yang bekerjaya untuk mengajar anak anak membaca bahasa Inggeris sendiri di rumah Maklumlah kerana PKP bukan mudah para guru nak mengajar membaca secara dalam talian wala...
Baru 48 Tahun Barbie Hsu Disahkan Meninggal Dunia

Baru 48 Tahun Barbie Hsu Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 154 hits
Pelakon Barbie Hsu yang paling dikenali melalui drama popular Meteor Garden telah meninggal dunia pada usia 48 tahun Artikel Berkaitan Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh keluarganya mereka mengesahkan pemergiannya baru baru ini akibat ...
Wanita Berusia 34 Tahun Yang Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia Di Pantai Remis

Wanita Berusia 34 Tahun Yang Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia Di Pantai Remis

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 162 hits
FMT ReportersYong Jia Yein kali terakhir dikesan meninggalkan rumahnya di Kondominium Pelangi Utama Rabu minggu lalu Keluarga Yong Jia Yein kali telah dimaklumkan mengenai penemuan mayatnya di Pantai Remis PETALING JAYA Seorang wanita hilan...
Usah Memandai Reka Cerita Konon Pengerusi Bank Dunia Bagi Malaysia Dilantik Untu

Usah Memandai Reka Cerita Konon Pengerusi Bank Dunia Bagi Malaysia Dilantik Untu

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 131 hits
Usah memandai reka cerita konon pengerusi bank dunia bagi Malaysia dilantik untuk tentukan dasar negara Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEnt...
Jelajahi Dunia Lewat Piring Jenis Jenis Makan Siang Di Berbagai Negara

Jelajahi Dunia Lewat Piring Jenis Jenis Makan Siang Di Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 183 hits
Siapa bilang berpetualang harus ke luar negeri Kamu bisa menjelajah dunia lewat jenis jenis makan siang di berbagai negara Dari nasi jollof Nigeria hingga borscht Ukraina makan siang jadi salah satu hal paling seru Baik untuk anak anak samp...
Ayah Irish Bella Meninggal Dunia Di Belgia Kunjungan Beberapa Minggu Lalu Jadi Pertemuan Terakhir

Ayah Irish Bella Meninggal Dunia Di Belgia Kunjungan Beberapa Minggu Lalu Jadi Pertemuan Terakhir

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 138 hits
Tulis pesan menyentuh Irish kenang sang ayah sebagai sosok yang humoris dan betapa ia bersyukur memiliki ayah sepertinya
Rasai Pengalaman Makan Malam Sempena Ramadan Dunia Bersama Simfoni Serantau Di Dorsett Kuala Lumpur

Rasai Pengalaman Makan Malam Sempena Ramadan Dunia Bersama Simfoni Serantau Di Dorsett Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 161 hits
Menjelang bulan Ramadan yang mulia Dorsett Kuala Lumpur dengan bangganya memperkenalkan bufet makan malam Simfoni Serantau sambutan perisa yang terdiri daripada tradisi masakan tempatan dan antarabangsa Dengan lebih daripada 100 hidangan da...
Hiburan Pempengaruh Tinggi Luar Biasa Schayang Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bergelar Isteri

Hiburan Pempengaruh Tinggi Luar Biasa Schayang Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 272 hits
Pempengaruh wanita yang tular kerana mempunyai ketinggian luar biasa SchaYang dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi Baru mendirikan rumah tangga seminggu yang lalu pemergian SchaYang atau Nur Syahirah Saufi 28 dimaklumkan...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat