Muqaddimah


Hari Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur. Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Langit yang menaungi kita juga akan bertukar dengan langit yang lain pula.

Tiada siapa yang mengetahui bilakah peristiwa dasyat ini akan terjadi kecuali hanya Allah S.W.T. Namun begitu, Allah dengan kasih sayang-Nya dan juga dengan hikmah-Nya telah menunjukkan kepada kita beberapa tanda yang terjadi mendahuluinya, supaya orang yang berdosa sempat bertaubat dan orang-orang yang sudah insaf akan menambahkan lagi amalan mereka.

Dunia pada hari ini telah dan sedang merasakan tanda-tanda itu. Bahkan debaran jantung dunia akan sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa. Kita hari ini merasakan kemerosotan umat Islam, para ulama berkurangan, cabaran hebat terhadap iman, kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral, gempa bumi demi gempa bumi dan peperangan demi peperangan. Tanda-tanda kiamat yang kecil ini sangat banyak kita rasakan. Hampir semua tanda yang sekarang ini sedang kita alami.

Apa yang dapat kita perkatakan di sini ialah, tanda-tanda yang kecil ini dari masa ke semasa semakin bertambah serius dan sudah hampir sampai ke peringkat yang paling teruk yang selanjutnya akan disambut oleh tanda-tanda kiamat yang besar, di mana apabila kita menemui tanda kiamat besar yang pertama maka tanda-tanda lainnya akan segera mengikutinya seperti apa yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W.

Tanda-tanda kiamat yang besar itu ialah seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W di bawah ini :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata : "Datang kepada kami Rasulullah S.A.W dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang". Lalu baginda bersabda : "Apa yang kamu perbincangkan?" Kami menjawab : "Kami sedang berbincang tentang hari kiamat". Kemudian baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turun Nabi Isa bin Maryam A.S, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di Timur, sekali di Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Dan yang terakhir sekali adalah api yang akan keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka"

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ryzall-harikiamat.blogspot.com/2015/02/muqaddimah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Psra Dan Sspa

Scientists Reveal The Untapped Potential Of Palm Oil

Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

Self Awareness

No Plans To Reactivate National Petroleum Advisory Council Says Azalina

Sbdj Siri 215 Lembaga Hitam Tanpa Kaki

Breakfast Mee Kolok Goreng

Resepi Bergedil Kentang


echo '';
5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Tiada Dia Slot Megadrama Astro Ria

Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4


Oh My Pet Bazaar Oct 2024

Drama Ifrit

Untuk Pengetahuan Wan Saiful Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya

Yovie Nuno Sampai Akhir Waktu Chord

Hanin Dhiya Feat Stevan Pasaribu Selalu Untuk Selamanya

Borang Opsyen Sspa 2024 Berdasarkan Kategori Lampiran