Mungkinkah Dr Mahathir Jadi Pm Kali Ketiga



TIADA keadaan mendesak bagi parti pembangkang untuk menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri buat kali ketiga jika mereka menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.
Memandangkan apa yang dilakukan oleh negarawan veteran itu dalam pusingan kedua sebagai perdana menteri, mereka berkata terdapat sedikit keraguan, bukan sahaja dalam kalangan ahli politik tetapi juga orang ramai.
Bagaimanapun, yang lain berkata jika Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir boleh memperoleh sekurang-kurangnya lima kerusi dalam PRU15 dengan syarat tiada gabungan menangikerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, beliau mungkin terbukti sebagai “kingmaker”.
James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata rakyat Malaysia secara amnya sangat kecewa dengan Dr Mahathir.
“Bagi kebanyakan orang, ada rasa ragu-ragu jika beliau dipertimbangkan (sebagai calon PM untuk kali ketiga),” kata Chin kepada The Malaysian Insight.
“Saya tidak melihat senario politik di mana beliau akan diminta membentuk kerajaan untuk penggal ketiga.
“Idea orang ramai ialah beliau diberi peluang kedua, daripada mereformasi Malaysia, beliau sebaliknya memerintah Malaysia sama seperti kali pertama.
“Saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai sikap yang zamannya sudah berlalu dan perlu menyerahkan baton kepada generasi muda.”
Pada Isnin, ahli Parlimen Langkawi berusia 97 tahun itu berkata jika tiada calon lain yang sesuai selepas pilihan raya umum akan datang, beliau bersedia menawarkan diri.
Dr Mahathir berkata jika rakyat terus mendesak supaya beliau menjawat jawatan itu semula, maka beliau tiada pilihan selain menerimanya buat kali ketiga dalam karier politiknya.
Dr Mahathir memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun kali pertama sekitar Julai 1981 hingga Oktober 2003 semasa masih bersama Umno.
Pada PRU 2018, beliau bergabung tenaga dengan pembangkang Pakatan Harapan (PH), dan membawa mereka kepada kemenangan bersejarah.
Beliau kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri buat kali kedua.
Beliau memegang jawatan itu dari Mei 2018 hingga Mac 2020, apabila meletakkan jawatan selepas Langkah Sheraton, yang menyaksikan PH tumbang selepas 22 bulan berkuasa.
Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga bersetuju yang peluang untuk pengerusi Pejuang itu adalah tipis.
“Tidak seperti sebelum PRU14, Dr Mahathir kini tidak mempunyai kuasa yang pernah dimilikinya. Tidak ada isu besar yang boleh mengumpulkan pembangkang menjadi satu khemah,” kata Tunku Mohar.
Platform berteraskan Melayu-Islam Dr Mahathir juga melemahkan banyak parti lain yang lebih berbilang kaum, katanya.
“Walaupun beliau konsisten dalam naratif antirasuahnya, beliau juga menjauhkan penyokong lain yang berpotensi,” katanya.
“PH nampaknya tidak bersetuju dengan platform dominan Melayunya, manakala Perikatan Nasional (PN) diserang hebat oleh Dr Mahathir yang tiada pendamaian nampaknya berlaku pada ketika ini.
“Gabungan politik sedia ada tidak melihat Dr Mahathir sebagai faktor penyatuan, mahupun personaliti berkuasa yang boleh mencondongkan keseimbangan politik lagi.”
“KINGMAKER”
Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia lebih optimisyang jika pengerusi GTA itu dapat memperoleh sekurang-kurangnya lima kerusi pada PRU15, maka ada kemungkinan beliau mempunyai kelebihan.
Pada 4 Ogos, Dr Mahathir membentuk GTA, terdiri daripada Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia dan Parti Perikatan India Muslim Nasional.
Beliau sebelum ini berkata GTA akan bertanding di 120 kerusi Parlimen di Semenanjung, di mana majoriti pengundi Melayu berada dan tempat Umno bertanding.
“Jika GTA berdepan pertarungan empat penjuru dan boleh memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi, maka mereka boleh menjadi ‘kingmaker’,” kata Mazlan.
“Katakanlah PH menang 110, Barisan Nasional menang 70 dan PN menang 70. Dalam keadaan itu, tiada siapa yang mempunyai majoriti mudah, maka Dr Mahathir berpeluang.
“Beliau seorang negarawan yang berpengalaman. Selepas peletakan jawatannya, penggantinya tidak lebih baik.
“Rekod prestasi beliau sebagai PM baik, mungkin rakyat akan menyokong kepulangan beliau, tidak mustahil.”
Mazlan berkata Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar di Kedah, yang boleh menjaminnya sekurang-kurangnya tiga kerusi.
“GTA berkemungkinan besar menang kerusi Langkawi, Kubang Pasu dan Jerlun. GTA juga boleh menang di beberapa tempat lain di Kedah,” katanya lapor The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/mungkinkah-dr-mahathir-jadi-pm-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Kali Ketiga Dr M Sedia Jadi Pm Jika Tiada Pilihan Lain

Pm Kali Ketiga Dr M Sedia Jadi Pm Jika Tiada Pilihan Lain

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 99 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata dia sanggup menyandang jawatan perdana menteri buat kali ketiga jika didesak berbuat demikian dan tiada pilihan lain Bagaimanapun Mahathir berkata dia tidak mahu menjadi perdana menteri untuk penggal penuh tetapi...
Daripada Nak Jadi Pm Kali Ketiga Lebih Baik Tun M Tonjolkan Anaknya Mukhriz Jadi Pm

Daripada Nak Jadi Pm Kali Ketiga Lebih Baik Tun M Tonjolkan Anaknya Mukhriz Jadi Pm

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 147 hits
Minggu lalu Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU15 akan datang Katanya kali ini beliau hanya mahu memegang jawatan itu selama setahun saja Dengan hasrat yang dinya...
Mengaku Sudah Mengandung 16 Kali Perkongsian Penyanyi Begitu Sulit Lupakan Rehan Buat Ramai Jadi Bingung

Mengaku Sudah Mengandung 16 Kali Perkongsian Penyanyi Begitu Sulit Lupakan Rehan Buat Ramai Jadi Bingung

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 173 hits
Pengguna media sosial terutamanya Tik Tok pastinya cukup kenal dengan lagu Begitu Syulit Lupakan Rehan yang dinyanyikan semula oleh seorang wanita di Indonesia ini Lagu itu bukan sahaja mencipta fenomena di negara seberang malah di Malaysia...
Siapa Lah Desak Dia Jadi Pm Kali Ke 3

Siapa Lah Desak Dia Jadi Pm Kali Ke 3

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 76 hits
Siapa la yang desak dia jadi PM Orang desak dia jangan sibuk politik lagi Perasan tak sudah la orang tua ni Ni dah tahap merayu dah ni Sampai adakan cerita orang desak dia jadi PM semula Lawak la Dulu bagi jadi PM letak jawatan Sebab apa Se...
Sukaneka Akhir Sempena Kejohanan Sukan Skab Kali Ke 40

Sukaneka Akhir Sempena Kejohanan Sukan Skab Kali Ke 40

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 218 hits
Hari ini 26 September 2022 berlangsung acara Sukaneka Akhir sempena Kejohanan Sukan kali ke 40 SKAB Berikut adalah Jadual sukaneka dan sukantara SKAB 2022 Isnin Sukaneka Akhir Selasa Sukantara Rabu Acara akhir Khamis dan Jumaat Latihan perb...
Suami Tikam Isteri Berkali Kali Selepas Bermimpi Mangsa Curang Dengan Lelaki Lain

Suami Tikam Isteri Berkali Kali Selepas Bermimpi Mangsa Curang Dengan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 118 hits
Suami tikam isteri berkali kali selepas bermimpi mangsa curang dengan lelaki lainSeorang lelaki didakwa menikam isterinya berkali kali pada waktu malam selepas terjaga dari mimpi yang menunjukkan mangsa sedang menjalin hubungan sulit Suspek...
Hiburan Sudah Dihamili 16 Kali Netizen Pening Dengar Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan

Hiburan Sudah Dihamili 16 Kali Netizen Pening Dengar Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 164 hits
Korang mesti tau video yang tular di TikTok sejak beberapa hari lepas tu kan Ala yang begitu syuliddddd lupakan Rehan tu Lagu itu bukan saja mencipta fenomena di negara jiran tetapi juga di Malaysia sehingga menjadi ikutan netizen malah ram...
3 Kali Pujuk Tak Layan Sekali Abie Ayat Terus Okay Gelagat Adik Ni Buat Ramai Terhibur

3 Kali Pujuk Tak Layan Sekali Abie Ayat Terus Okay Gelagat Adik Ni Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 153 hits
Memang betul lah anak perempuan akan rapat dengan ayahnya Manja sungguh Dalam sesetengah situasi bila dengan ayah semua boleh tapi kalau ibu ada saja yang tak kena Bila ibu rapat dengan ayah pun kena jeling Begitulah rapatnya anak perempuan...
Jokowi Sebut Wisatawan Asing Ke Indonesia Naik Dua Kali Lipat Dibanding 2021

Jokowi Sebut Wisatawan Asing Ke Indonesia Naik Dua Kali Lipat Dibanding 2021

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 134 hits
Kepala negara mengatakan pola meningkatnya pariwisata juga terjadi di seluruh dunia Ini menandakan konektivitas manusia sudah menunjukkan kebangkitan
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe