Mungkin Kau Tak Dikenali Di Dunia Tapi Kau Terkenal Di Langit Sana
Kita semua sama sahaja di sisi Allah tidak kira pangkat, gelaran, harta kekayaan mahupun warna kulit. Semuanya akan kita tinggalkan ketika melangkah ke liang kubur kelak.
Apa yang tinggal hanyalah amalan, doa ahli keluarga yang mengingati kita di samping tengkorak di sebalik jasad yang tidak lagi bernyawa.
Baru-baru ini, seorang doktor, Imran Kasran telah berkongsi kiriman gambar seorang hamba Allah dari Bangladesh yang merupakan staf hospital tempatnya bekerja. Dalam gambar itu, kelihatan seorang lelaki sedang membaca al-Quran sambil membelakangkan kamera.
Setiap kali masuk OT waktu malam (oncall), akan ada hamba Allah ni di surau OT kami. Namanya Shafiqur, asal dari Bangladesh. Kerjanya mencuci bilik-bilik OT, tukar-tukar baju yang dah terpakai, topup barang-barang dalam OT ni.
Selalunya, dia akan stay dari Maghrib hingga ke Isya’ pada setiap malam untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.
Mula-mula aku agak segan nak tegur dia.. Aku selalu tertunduk malu. Yelah, kita bukak Quran pun jarang-jarang.
Then satu hari aku tnya,
“Shafiqur, you setiap hari baca al-Quran berapa banyak? I tengok you setiap hari ada dalam surau ni antara Maghrib dan Isyak..”
“Saya tada baca banyak pun abang. Saya baca satu juzu’ saja. Nanti dalam sebulan saya boleh khatam Quran, abang.”
“Macam mana you boleh jaga al-Quran Shafiqur.. Saya malu sama you..” aku segan.
“Abang, you baca Quran bukan sebab bila you ada masalah sama ini hati (sambil tangannya tunjuk kat dada), tapi sebab you baca al-Quran lah nanti you punya masalah semua hilang abang. Hati you misti banyak tenang nanti.. You jaga Allah, nanti Allah jaga you.”
Shafiqur, mungkin kau tak dikenali di dunia.
Tapi kau terkenal di langit sana oleh para malaikat.
Doktor, arkitek, engineer, businessman.. Semuanya hanya di dunia sahaja. Tidak menjaminkan apa-apa untuk kita bawa ke hari akhirat.
Kemungkinan banyaknya masalah yang berlaku pada diri kita, keluarga hatta negara; semuanya dek kerana kita jarang membuka dan mentadabbur kitab suci ini. Lantas kita tidak tahu cara-cara untuk mentadbir kehidupan berpandukan ajaran Tuhan.
Doakan kami juga jadi sepertimu.
Sumber: Imran Kasran
The post “Mungkin Kau Tak Dikenali Di Dunia, Tapi Kau Terkenal Di Langit Sana” appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/27/mungkin-kau-tak-dikenali-di-dunia-tapi-kau-terkenal-di-langit-sana/