Mungkin Ada Yang Belum Tahu Rupanya Ini Peristiwa Yang Sebabkan Rukun Negara Dibentuk


Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, rukun merupakan dasar, asas, teras, nadi, sendi, tiang, prinsip dan pokok sesuatu perkara. Apabila semua orang di dalam satu-satu komuniti mempunyai prinsip dan dasar yang sama, maka lebih mudahlah untuk mereka mencapai persefahaman dalam sesuatu perkara.
Inilah kepentingan Rukun Negara dalam menjamin keharmonian negara berbilang kaum di Malaysia. Dengan rukun ini jugalah kita dapat menjadi rakyat berjati diri serta memiliki identiti yang jelas.
Dalam perkongsian oleh Majlis Keselamatan Negara, setiap rukun negara yang lima mempunyai maknanya yang tersendiri. Jom sama-sama kita ulangkaji.
DISEBALIK MAKNA PRINSIP RUKUN NEGARA Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Melalui Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama.
Ia juga untuk menjamin satu cara hidup yang bebas terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan.
Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
Jabatan Penerangan Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Prinsip ini berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bernama Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini.
Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, kebebasan asasi juga terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan kedaulatannya.
Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan.
Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kredit: Google Kesopanan Dan Kesusilaan Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.
Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kesimpulan Kesimpulannya, Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya.
Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh maka pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/20/mungkin-ada-yang-belum-tahu-rupanya-ini-peristiwa-yang-sebabkan-rukun-negara-dibentuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Belum Rezeki Kami Isteri Shukri Yahya Keguguran

Mungkin Belum Rezeki Kami Isteri Shukri Yahya Keguguran

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1251 hits
Setelah sekian lama menanti cahaya mata kedua Shukri Yahya pasrah dan reda apabila isterinya Tya Adnan mengalami keguguran pada April lalu Akui dirinya kecewa Shukri bagaimanapun menganggap masih belum masa dan rezeki mereka untuk menimang ...
Rupanya Azmin Tahu Siapa Dalang Video Semburit Dan Mesti Tahu Siapa Pasangan Haziq Mungkin Boleh Bantu Kpn

Rupanya Azmin Tahu Siapa Dalang Video Semburit Dan Mesti Tahu Siapa Pasangan Haziq Mungkin Boleh Bantu Kpn

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 346 hits
Malam tadi dua program berlangsung di dua tempat tokoh utama KEADILAN Program serentak itu berlangsung di kediaman sendiri DSAI Presiden KEADILAN dan satu lagi di kediaman resmi MB Selangor di mana Timbalan Presiden KEADILAN Azmin Ali host ...
Tak Cuma Soal Baju Ini Lo 6 Detail Syarat Pernikahan Syar I Yang Mungkin Belum Kamu Ketahui

Tak Cuma Soal Baju Ini Lo 6 Detail Syarat Pernikahan Syar I Yang Mungkin Belum Kamu Ketahui

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 485 hits
Pernikahan syar i saat ini sudah mulai banyak diminati nih Tapi ada syarat syarat khususnya lo Sudah tahu belum
Ramai Pakat Korban Kat Luar Negara Sebab Murah Mungkin Nanti Ramai Orang Kita Tak Rasa Daging Korban Langsung

Ramai Pakat Korban Kat Luar Negara Sebab Murah Mungkin Nanti Ramai Orang Kita Tak Rasa Daging Korban Langsung

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 252 hits
Apabila menjelang Aidiladha kebanyakan masyarakat Islam melakukan ibadah korban untuk diagihkan kepada fakir miskin dan juga jiran jiran tetangga Tidak kurang juga ada yang melakukan ibadah korban di luar negara melalui ejen ejen yang menaw...
Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 424 hits
Anak kepada mendiang Karpal Singh peguam Sangeet Kaur Deo berkemungkinan menarik balik tindakan undang undang ke atas bekas Ketua Hakim Negara berhubung dengan dakwaan campur tangan kehakiman dalam keputusan kes hasutan mendiang bapanya dan...
Pas Ada Agenda Untuk Rosakkan Negara

Pas Ada Agenda Untuk Rosakkan Negara

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 265 hits
Parlimen tidak perlu dibubarkan lebih awal kerana sistemnya masih berfungsi dengan baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata kerajaan Pakatan Harapan masih mempunyai tempoh selama empat tahun untuk menerusk...
Ppp Soal Syarat 55 45 Amien Rais Memang Negara Punya Beliau

Ppp Soal Syarat 55 45 Amien Rais Memang Negara Punya Beliau

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 136 hits
Wakil Sekretaris Jenderal Partai Persatuan Pembangunan Achmad Baidowi mengomentari ucapan Ketua Dewan Kehormatan Partai Amanat Nasional Amien Rais soal syarat rekonsiliasi antara kubu Jokowi Ma ruf dengan kubu Prabowo Sandi yakni pembagian ...
Agenda Dap Kuasai Harta Negara

Agenda Dap Kuasai Harta Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 361 hits
Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius tindakan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin untuk melantik Wong Kah Woh sebagai Pengerusi SEDA Keputusan ini secara jelasnya menyerlahkan lagi kerakusan DAP un...
Abe Menang Majoriti Kerusi Di Dewan Negara Jepun

Abe Menang Majoriti Kerusi Di Dewan Negara Jepun

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 154 hits
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe TOKYO Gabungan parti pemerintah Jepun pada Ahad memenangi majoriti kerusi dalam pemilihan Dewan Negara lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan Bagaimanapun rancangan Perdana Menteri Jepun S
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord