Mumia Firaun Yang Mengejar Nabi Musa Menyebabkan Keajaiban


Mumia Firaun(Ramses II)

Mumia Ramesses II Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. 
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. 
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. 



Prof. Dr. Maurice Bucaille Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. 
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. 
Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu. hasilnya sangat mengejutkan. 
Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk. 
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. 

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine)

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. 



Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!” 
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih. 
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telah pun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu. 
Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. 
“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian. 
Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)


Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah
Dr.Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. 
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. 
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92) 
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran. 
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. 
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/06/mumia-firaun-yang-mengejar-nabi-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Khutbah Jumaat Pilih Bersama Musa Atau Firaun Pas Atau Dap

Informasi Khutbah Jumaat Pilih Bersama Musa Atau Firaun Pas Atau Dap

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 279 hits
Suntingan dari Khutbah Jumaat Ditulis oleh Sodiq Fajar Ikhwani fiddin jamaah shalat dan khutbah Jumat rahimakumullahSesungguhnya pertentangan antara al Haq dan al Bathil adalah bagian dari persoalan yang telah baku dan pasti dan ini telah m...
Biadap Tahan Periksa Kereta Polis Kata Bekas Kpn Musa Hassan

Biadap Tahan Periksa Kereta Polis Kata Bekas Kpn Musa Hassan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 323 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan individu yang terbabit dalam kes memeriksa kenderaan polis di Rantau Negeri Sembilan baru baru ini sebagai biadab Menurutnya orang awam tiada kuasa untuk memeriksa kereta peronda poli...
Ini Sosok Orang Terkaya Kedua Sepanjang Sejarah Setelah Mansa Musa

Ini Sosok Orang Terkaya Kedua Sepanjang Sejarah Setelah Mansa Musa

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 218 hits
Andrew Carnegie pengusaha berkebangsaan Amerika Skotlandia tercatat sebagai orang terkaya kedua sepanjang sejarah setelah Mansa Musa Namanya terukir sebagai seorang taipan bisnis paling sukses di era 1800 an Andrew Carnegie diperkirakan mem...
Habib Luthfi Ustadz Abdul Somad Mengalir Darah Nabi Silsilah Uas Ternyata Kakek Mursyid Tarekat

Habib Luthfi Ustadz Abdul Somad Mengalir Darah Nabi Silsilah Uas Ternyata Kakek Mursyid Tarekat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 303 hits
Dai kondang Ustaz Abdul Somad kini punya panggilan resmi Syekh Abdul Somad Tak tanggung tanggung panggilan Syekh Abdul Somad disampaikan langsung Maulana Habib Luthfi Bin Yahya Juga terungkap fakta ternyata UAS punya silsilah keturunan dari...
Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira

Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 403 hits
Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira Saya membaca tulisan Puan Asiah Jalil berkenaan dengan Nabi sallallah alaih wasallam meninggalkan isteri baginda sewaktu berada di Gua Hira Saya kira terdapat kekeliruan yang ...
Persaraan Mario Draghi Dari Ecb Mungkin Menyebabkan Peningkatan Dalam Euro Ubs

Persaraan Mario Draghi Dari Ecb Mungkin Menyebabkan Peningkatan Dalam Euro Ubs

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 236 hits
Pakar Pengurusan Kekayaan Global UBS percaya bahawa siapa pun yang menggantikan tempat Mario Draghi sebagai presiden ECB akan menyebabkan kenaikan dalam dagangan mata wang euro Selain itu sekiranya beberapa calon dilantik untuk jawatan ini ...
6 Penyakit Yang Bisa Menyebabkan Kamu Jadi Sering Menguap

6 Penyakit Yang Bisa Menyebabkan Kamu Jadi Sering Menguap

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 228 hits
Menguap merupakan hal yang sering dilakukan dan identik muncul ketika seseorang tengah mengantuk dan butuh istirahat Namun ternyata selain kelelahan dan mengantuk terdapat hal lain yang bisa menyebabkan kamu menguap
Bagaimana Diabetes Bisa Menyebabkan Kebutaan Seperti Yang Dialami Mus Mulyadi

Bagaimana Diabetes Bisa Menyebabkan Kebutaan Seperti Yang Dialami Mus Mulyadi

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 190 hits
Diabetes yang diderita oleh Mus Mulyadi ini bahkan hingga menyebabkan kebutaan pada kedua matanya Sejak akhir 2009 lalu Mus Mulyadi disebut telah mengalami kebutaan yang disebabkan oleh diabetes ini
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Maksud Hadis Hiasilah Al Quran Dengan Suara Kamu

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Majlis Birthday Mak

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility


echo '';
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia


Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

Sag Birth Dates

Leo Promise Report 2021

Different Tarot Decks

Aquarius Career Horoscope December 2021

Masuk Sebagai Orang Keluar Jadi Mayat