Mulut Macam Orang Besar Baru 2 Tahun Setengah Syeriv Petah Cakap Dua Bahasa
Pejam celik, pejam celik dah makin besar dan petah cakap anak kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini. Walaupun baru berusia dua tahun setengah, pasangan ini bersyukur anak lelakinya Syeriv Samheizy petah bercakap dalam dua bahasa.
View this post on Instagram
Sungguhpun syeriv baru 2tahun setengah, tpi dia petah becakap dua2 bahasa.alhamdulillah.. tips? . 1- jgn biasa ckp dgn ank2 bahasa budak2.contoh mcm NAK MAMAM?NAK NENEN?alolo omey2 nyeee (comelnyaa), elakkan kalau boleh.nnti anak hampa akan bercakap dgn kurang jelas . 2- sembang je dgn anak2 mcm kita sembang dgn laki kita,kawan kita.walaupun depa xfhm lgi tp cara kita communicate tu yg penting!!! . 3-selitkan lawak2 bodo sikit. Supaya xserious sgt . 4-bawak ank2 begaul dgn budak2 lain. Jgn tgok muka mak hang jaa..
A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syeriv_samheizy) on Dec 20, 2019 at 8:25pm PST
Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.
“Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa. Alhamdulilah.
View this post on Instagram
Ya allah anak bubu,sekejapnya besaq
mulut becakap mcm org tua. Lindungilah anak aku ya allah
A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syeriv_samheizy) on Dec 20, 2019 at 9:01am PST
Mungkin ramai ibu bapa nak tahu apa pendekatan yang Syatilla dan suami buat pada Syeriv. Tiada apa yang lain pun cuma tipnya kena rajin bercakap dengan anak seperti dia kawan kita.
Berikut tip yang dikongsikan Syatilla bagaimana dia ajar Syeriv cakap.
“1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas
“2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!
View this post on Instagram
Siang tdi main RESTORAN2 dgn bubu
yg duk hmmm hmmm jari ataih pipi tu aku geram!!!
A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syeriv_samheizy) on Dec 21, 2019 at 8:58am PST
“3-Selitkan lawak-lawak bodoh sikit. Supaya tak serious sangat
“4-Bawa anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa..” tulisnya.
Perkongsian itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan tips yang diberikan.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.
The post Mulut Macam Orang Besar! Baru 2 Tahun Setengah, Syeriv Petah Cakap Dua Bahasa appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mulut-macam-orang-besar-baru-2-tahun-setengah-syeriv-petah-cakap-dua-bahasa/