Negaraku Bahasa Mandarin Guru Besar Antara Dua Individu Dipanggil


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Dua saksi telah dirakam keterangan berhubung sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Seremban menyanyikan lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ dalam Bahasa Mandarin, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata dua saksi berkenaan adalah Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Pejabat Pendidikan Daerah (Aduan/Siasatan) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Guru Besar SJKC itu.

“Rakaman percakapan ke atas saksi-saksi lain akan dilaksanakan berdasarkan temu janji yang telah diaturkan,” katanya dalam kenyataan pada awal pagi ini.

Pada 6 Dis lepas, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 Sept, 2018 di sebuah sekolah SJKC di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam insiden berkaitan, nyanyian lagu kebangsaan dinyanyikan dalam Bahasa Arab dikesan berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Gurun, Kedah.

“Rakaman percakapan atas saksi-saksi yang dikenal pasti telah dilaksanakan semalam melibatkan Guru Besar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Kedah serta suspek yang merakam serta memuat naik video itu dalam Facebook.

“Sehingga kini polis menerima lapan laporan berkaitan isu sama dan kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pada 7 Dis lepas, rakaman lagu Negaraku dinyanyikan sekumpulan remaja di dalam kelas dipercayai sekolah agama dan sekolah rendah yang masing-masing berdurasi antara satu minit dua saat hingga satu minit 28 saat.

Huzir berkata kertas siasatan bagi kedua-dua kes ini akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.

Mengenai kes berkaitan video tular Jalur Gemilang bintang pecah lima dan jalur merah/putih 11 baris, Huzir berkata polis menerima 31 laporan mengenainya dan susulan itu telah mengambil keterangan daripada lima saksi terdiri daripada pengadu, penganjur, setiausaha eksekutif persatuan, pengarah syarikat dan vendor teknologi maklumat.

Rampasan perkakas yang digunakan turut dilakukan.  —Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/negaraku-bahasa-mandarin-guru-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Untuk Kefahaman Kpm

Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Untuk Kefahaman Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 615 hits
Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati video nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu itu Dalam satu kenyataan Kementerian Pe...
Malu Terpaksa Nyanyi Bahasa Mandarin Nak Faham Negaraku

Malu Terpaksa Nyanyi Bahasa Mandarin Nak Faham Negaraku

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 467 hits
BANGI 10 Rabiulakhir 1441H Sabtu Isu murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin berpunca daripada sistem pendidikan sekolah vernakular kata Haji Aminuddin Yahaya Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia itu berkata
Dah Melampau Ni Siap Ubah Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Netizen

Dah Melampau Ni Siap Ubah Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Netizen

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 843 hits
Viral di media sosial ketika ini klip video sebuah kelas di sekolah yang tidak diketahui menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa mandarin Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tind...
Tular Video Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Alasan Supaya Murid Lebih Memahami

Tular Video Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Alasan Supaya Murid Lebih Memahami

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 553 hits
Sebuah rakaman video yang memaparkan sekumpulan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin tular di laman Facebook sebentar tadi Video berdurasi seminit 23 saat itu kelihatan murid di dalam kelas berdiri tegak sambil berk...
Guan Eng Dap Bohong Isu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Arab

Guan Eng Dap Bohong Isu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Arab

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 552 hits
Apakah Lim Guan Eng DAP bohong dan sengaja mengapi apikan sentimen perkauman Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang baru baru ini beliau keluarkan fake news kononnya polemik isu lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin had left many non Malays and n...
Isu Nyanyian Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Respon Permaisuri Terima Reaksi Negatif Netizen

Isu Nyanyian Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Respon Permaisuri Terima Reaksi Negatif Netizen

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 401 hits
Baru baru ini tular satu Malaysia berkaitan isu sebuah sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin Susulan daripada kejadian itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa lagu kebangsaan Negaraku ad...
Kpm Siasat Video Tular Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin

Kpm Siasat Video Tular Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 430 hits
Satu rakaman tular memaparkan pelajar sekolah di dalam sebuah kelas sedang menyanyikan lagu persis irama serta alunan lagu kebangsaan Negaraku Walau bagaimanapun kejadian ini mendapat perhatian ramai apabila lagu yang dikatakan lagu Negarak...
Ketua Pengarah Pendidikan Benarkan Lagu Negaraku Di Nyanyikan Dalam Bahasa Mandarin

Ketua Pengarah Pendidikan Benarkan Lagu Negaraku Di Nyanyikan Dalam Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 776 hits
Bermacam macam cara DAP dan penyokong DAP yang berbangsa Cina mencabar Perlembagaan Malaysia dan menguji kesabaran rakyat Malaysia Jalur Gemilang dinaikkan terbalik Jalur Gemilang diwarnakan hitam Jalur Gemilang bintang berbucu lima menyoko...
Azilah Dan Yusoff Antara Dua Sd

Azilah Dan Yusoff Antara Dua Sd

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 326 hits
Syed Shah Syed Osman Ramai benar yang membezakan SD Azilah dengan SD Yusof Rawther Ada banyak beza Beza paling mudah adalah Yusof belum melalui sebarang proses perbicaraan dan Azilah telah dijatuhi hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Rayuan ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti