Mulut Gatal Muka Merah Tanda Anak Alah Dengan Telur Elak Beli Bahan Makanan Mengandungi Telur


Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.

Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui. Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi. Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun. Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
Gatal-gatal, radang kulit (ekzema). Muka menjadi merah. Mata berair, bengkak kelopak mata. Mulut gatal, bengkak bibir. Tekak perit. Hidung berair. Nafas termengah-mengah, batuk. Loya dan muntah. Sakit perut. Cirit-birit. Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit. RAST (Radio Allergosorbent Test). Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat. Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
Berasa takut. Muka menjadi merah. Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak. Tekak berasa perit. Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing). Loya dan muntah. Sakit perut. Pening. Tekanan darah rendah. Denyutan jantung cepat. Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera.
Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
Antihistamines. Adrenaline. Steroid. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini. Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta. Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula. Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk). Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur. Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan. Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada. Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak. Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak. Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella). Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Contohnya:-
Albumin. Globulin. Ovalbumin. Vitellin. Lysozyme. Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
Kredit: MyHealth Portal

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Mulut Gatal, Muka Merah Tanda Anak Alah Dengan Telur! Elak Beli Bahan Makanan Mengandungi Telur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mulut-gatal-muka-merah-tanda-anak-alah-dengan-telur-elak-beli-bahan-makanan-mengandungi-telur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi Tip Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Cuba Amalkan Makanan Ini

Ibu Ini Kongsi Tip Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Cuba Amalkan Makanan Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 221 hits
Tengok anak orang lain berselera makan berat badan pun ok automatik tertanya tanya dalam diri kenapa anak kita makan macam macam berat tak naik naik Ini antara cabaran ibu bapa yang berada dalam situasi anak anak susah makan atau tidak mahu...
Elak Anak Minum Air Botol Plastik Dalam Kereta Waktu Tengah Panas Ini Sebabnya Elak Semampu Boleh

Elak Anak Minum Air Botol Plastik Dalam Kereta Waktu Tengah Panas Ini Sebabnya Elak Semampu Boleh

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 200 hits
Air mineral yang disimpan lama lebih lebih lagi waktu tengahari ketika panas sebaiknya dielakkan untuk anak minum Apa sebabnya Menurut perkongsian air dalam botol plastik yang panas ini akan mengganggu imuniti anak Ini yang mak ayah perlu t...
Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu

Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 192 hits
Bukan semua ibu direzekikan untuk menyusukan anak dengan baik dan lancar hingga ke usia dua tahun Ada yang berhenti separuh jalan namun ada pula yang langsung tidak direzekikan untuk menyusukan anak Tak mudah namun kita perlu berusaha Janga...
Cuaca Tak Menentu Asyik Tak Sihat Bagusnya Ada Penyelamat Ni Mama Kena Beli Untuk Anak

Cuaca Tak Menentu Asyik Tak Sihat Bagusnya Ada Penyelamat Ni Mama Kena Beli Untuk Anak

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 99 hits
Cuaca sekarang tidak menentu paling dirisaukan kesihatan anak anak Mudah sangat dijangkiti virus Anak anak selalu sangat terkenan demam selesema dan batuk Risau dibuatnya Bukan tugas mudah untuk kekal hidrat terutamanya untuk kanak kanak Se...
Cute Cailie Pakai Gaun Putih Sambut Birthday Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

Cute Cailie Pakai Gaun Putih Sambut Birthday Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 314 hits
Pelakon dan juga model Ikmal Amry yang mula dikenali ketika dia menyertai Hero Remaja 2017 kini merupakan ayah kepada seorang cahaya mata perempuan Ikmal dan isteri memilih nama Cailie untuk anak mereka yang dilahirkan pada 30 Disember 2021...
Tekup Muka Anak Guna Bantal Hingga Mati Wanita Didakwa Esok

Tekup Muka Anak Guna Bantal Hingga Mati Wanita Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 152 hits
Polis berkata bayi lelaki berusia 18 bulan mengalami pendarahan di kedua dua mata dipercayai didera PETALING JAYA Wanita yang ditahan kerana menekup bayi lelakinya berusia 18 bulan menggunakan bantal dalam kejadian di sebuah kondominium di ...
Temui Ajal Ditangan Ibu Bagi Alasan Jatuh Sofa Rupanya Tekup Muka Anak Dengan Bantal

Temui Ajal Ditangan Ibu Bagi Alasan Jatuh Sofa Rupanya Tekup Muka Anak Dengan Bantal

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 244 hits
Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini pada 12 Januari lalu Be...
Kos Bahan Mentah Turun Harga Makanan Perlu Turun Rafizi Tegur Peniaga

Kos Bahan Mentah Turun Harga Makanan Perlu Turun Rafizi Tegur Peniaga

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 333 hits
freemalaysiatoday com January 21 2023 6 04 PMMenteri Ekonomi Rafizi Ramli tindakan sesetengah peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun kos bahan mentah sudah turun menyebabkan rakyat marah PETALING JAYA Menteri Ekonomi Rafizi Ramli men...
Nak Tau Tanda Telur Sudah Rosak

Nak Tau Tanda Telur Sudah Rosak

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 116 hits
Jangan ambil mudah Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman terutamanya Salmonella yang boleh menyebabkan demam muntah dan sakit perut Kalau ragu ragu jangan makan telur tersebut okay Kredit Public Health Malaysia
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa