Mulai Hari Ini Saya Tidak Akan Beri Kuliah Di Pulau Pinang Lagi Ustaz Kazim


hmetro.com.my
Zuhainy Zulkiffli
[email protected]
Datuk Mohd Kazim Elias
Bayan Lepas: "Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (semalam)."

Itu kata pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, di sini, semalam, selepas menerima arahan tidak dibenarkan memberi kuliah di Pulau Pinang.

Ucapan berkenaan dipercayai dirakam jemaah menerusi video berdurasi 3.08 saat dan turut tular di media sosial sejak pagi ini.

Menerusi video berkenaan, Mohd Kazim berkata sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan, beliau menerima keputusan berkenaan.

"Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

"Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada April lalu.

"Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini," katanya menerusi video berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang atas kerjasama sebelum ini.

"Insya -Allah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain," katanya.

Sementara itu, Pengerusi masjid, Jaafar Talib mengesahkan video tular itu dan pihaknya akur dengan keputusan jabatan agama serta penceramah bebas berkenaan.

Jaafar mendakwa, Mohd Kazim terdahulu menerima arahan itu sebelum tampil ke masjid bagi memberi penjelasan berkenaan arahan terbabit.

"Ustaz sudah datang, tetapi tidak dibenar menyampaikan kuliah. Beliau sering dijemput ke masjid ini bagi pengajaran agama selain membeli kuliah dan ceramah.

"Pada mulanya, saya sangka arahan itu adalah bagi masjid ini sahaja, rupa-rupanya untuk seluruh Pulau Pinang. "Beliau juga pernah tidak dibenar mengadakan kuliah atau ceramah di negeri ini pada April lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Harian Metro sedang berusaha mendapatkan kenyataan dari jabatan dan majlis agama.

Disiarkan pada: Oktober 29, 2023 @ 11:52am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/mulai-hari-ini-saya-tidak-akan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Video Jambatan Pulau Pinang Retak Menunggu Masa Untuk Runtuh Ini Respon Lembaga Lebuhraya

Tular Video Jambatan Pulau Pinang Retak Menunggu Masa Untuk Runtuh Ini Respon Lembaga Lebuhraya

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 187 hits
Sebuah video tular memaparkan berlaku keretakan di sebahagian daripada struktur sebuah jambatan kononnya di Pulau Pinang adalah palsu Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataan memaklumkan Kejadian tersebut tidak berlaku sama ada di Jambata...
Remaja 15 Tahun Diselamatkan Nelayan Di Jambatan Pulau Pinang

Remaja 15 Tahun Diselamatkan Nelayan Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 393 hits
Malinda Abdul MalikSeorang remaja perempuan yang terjatuh dari Kilometer 3 4 Jambatan Pulau Pinang dari Perai menghala ke pulau di sini hari ini berjaya diselamatkan nelayan pantai SEBERANG PERAI Seorang remaja perempuan yang terjatuh dari ...
Murid Perempuan Terjun Daripada Jambatan Pulau Pinang

Murid Perempuan Terjun Daripada Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 263 hits
GEORGETOWN Seorang murid tingkatan tiga meminta pemandu e hailing henti kereta sebelum terjun daripada Jambatan Pulau Pinang tetapi berjaya diselamatkan pengusaha bot nelayan berhampiran Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai H...
Pulau Pinang Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah Di Malaysia

Pulau Pinang Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 254 hits
Semenjak 21 tahun terakhir saya pernah menetap di Selangor paling lama di Negeri Sembilan dan kini di Pulau Pinang Cerita tentang bil air semasa menetap di Selangor dulu saya pernah menikmati bil air percuma bagi penggunaan 20 m yang pertam...
Jadual Feri Pulau Pinang Panduan Dan Cara Beli Tiket Feri Pulau Pinang Online

Jadual Feri Pulau Pinang Panduan Dan Cara Beli Tiket Feri Pulau Pinang Online

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 460 hits
Jadual Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang penting bagi perjalanan ke Pulau Pinang melalui laluan air Terkenal dengan pesona budayanya yang unik dan keindahan pesisir pantainya telah menjadi tumpuan pelancong dari Sudah menjadi rutin hari...
Nasi Kandar Deen Maju Pulau Pinang Memang Lejen Wei

Nasi Kandar Deen Maju Pulau Pinang Memang Lejen Wei

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 307 hits
Restoran Nasi Kandar Deen Maju PenangRestoran Nasi Kandar Deen Maju PenangNi la nak habaq kat hampa semua Nasi Kandar Deen Maju ni antara yang paling famous la di Penang ni Rata rata orang luar dari Penang pasti akan meniti dihujung bibir d...
Ada Agenda Internal Jokowi Batal Nonton Balap Motogp Mandalika Hari Ini

Ada Agenda Internal Jokowi Batal Nonton Balap Motogp Mandalika Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 162 hits
Kehadiran Jokowi di MotoGP Mandalika akan diwakilkan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Ad Interim sekaligus Menteri BUMN Erick Thohir
Perang Enam Hari 1967 Permulaan Satu Kemusnahan Negara Palestin

Perang Enam Hari 1967 Permulaan Satu Kemusnahan Negara Palestin

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 379 hits
Ianya bermula pada pukul 7 10am 5hb Jun 1967 waktu Israel Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis pelatih pelatih era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor Jet jet Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere d...
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Perkukuh Komitmen Terhadap Teknologi Nuklear Untuk Kegunaan Keamanan

Tmj Bantu Sprm Bongkar Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan Atm

Shouts Of Justice For Zara Echo As Crowds Rally In Kl Ipoh

Colonel Douglas Macgregor On Ukraine

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026