Mulai Hari Ini Di S Ngor Boleh Makan Di Restoran Ini Syaratnya




Kerarajaan Selangor membenarkan pengunjung restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri ini menikmati hidangan di premis-premis itu mulai sekarang. - Gambar hiasan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membenarkan pengunjung restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri ini menikmati hidangan di premis-premis itu mulai hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata, orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.


"Semua premis makanan berkenaan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, peniaga tidak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima mahupun di tempat letak kenderaan.

"Peniaga juga digalak memberi pilihan 'pre-order' kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di premis mereka. Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 1 Mei, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei, tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor melaksanakan PKPB dengan penetapan beberapa perincian tambahan, antaranya peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10 malam, terhad kepada urusan bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran.

Dalam kenyataan hari ini, Amirudin turut memaklumkan bahawa peniaga 'food truck' dan penjaja tepi jalan juga dibenarkan beroperasi semasa PKPB yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun, bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam namun terhad kepada urusan pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.

Namun begitu, katanya, PBT akan meneliti keperluan penggiliran penjaja tepi jalan untuk beroperasi sekiranya kedudukan gerai mereka berdekatan antara satu sama lain sehingga menyukarkan penjarakan sosial dalam kalangan orang awam.

Bagi pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta pula, beliau berkata, premis berkenaan boleh beroperasi seperti biasa namun aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di lokasi sama tidak dibenarkan.

"Pasar pagi dan pasar malam masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB sehingga 9 Jun ini.

"Selain itu, semua jenis taman di negeri ini dibenarkan untuk dibuka kepada rakyat beriadah bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam. Aktiviti memancing juga boleh dilakukan. Bagaimanapun, sebarang perkhemahan dan pendakian masih tidak dibenarkan," katanya.

Amirudin berkata, surat pekeliling yang lebih terperinci mengenai keputusan kerajaan negeri itu akan dikeluarkan sebagai rujukan dan perkara lain yang tidak termasuk dalam senarai berkenaan adalah tertakluk kepada tatacara SOP Majlis Keselamatan Negara. (IH)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/mulai-hari-ini-di-sngor-boleh-makan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Boleh Dibuka Mulai 4 Mei Dengan Mengamalkan Penjarakan Sosial Pm

Restoran Boleh Dibuka Mulai 4 Mei Dengan Mengamalkan Penjarakan Sosial Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 419 hits
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kesemua restoran di Malaysia boleh dibuka semua bermula 4 Mei ini Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja beliau memaklumkan bahawa peniaga restoran d...
Mulai Hari Ini Boleh Keluar Berdua Untuk Beli Barang Makanan Dan Keperluan Sepanjang Pkp

Mulai Hari Ini Boleh Keluar Berdua Untuk Beli Barang Makanan Dan Keperluan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 796 hits
Dalam fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan kebenaran untuk ketua keluarga atau wakil keluarga keluar membeli barang makanan atau keperluan dengan membawa seorang lagi ahli bersamanya telah dibenarkan Kebenaran itu diberikan kerajaan meneru...
Penduduk Kedah Dibenar Makan Minum Di Restoran Bermula Hari Ini

Penduduk Kedah Dibenar Makan Minum Di Restoran Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 436 hits
Penduduk Kedah kini dibenarkan menikmati hidangan mereka di restoran dan kedai kedai makan Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir keputusan dibuat setelah meneliti keadaan di Kedah memuaskan selain menerima permintaan daripada pe...
Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 361 hits
Bermula Isnin depan semua restoran di Pulau Pinang dibenarkan menerima pelanggan makan di restoran dengan mengenakan langkah langkah bagi membendung Covid 19 daripada terus menular Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penjarakkan sosial yang...
Laksa Utara Ekspres Kuah Pekat 25 Minit Dah Boleh Makan Siap Tip Tak Bau Hanyir

Laksa Utara Ekspres Kuah Pekat 25 Minit Dah Boleh Makan Siap Tip Tak Bau Hanyir

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 673 hits
PKP yang panjang ini ada waktunya kita sudah mula tidak berselera untuk makan nasi Di tambah pula dengan berpuasa yang inginkan selera berbeza Apa kata sempena hari cuti ini kita sajikan laksa utara versi kuah pekat untuk anak anak dan suam...
Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 564 hits
Dua ahli keluarga dibenarkan membeli barang keperluan atau mendapatkan perkhidmatan perubatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini sesuai dengan warta persekutuan baru mengenai Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit...
Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka Tapi

Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka Tapi

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 487 hits
KERAJAAN Negeri Melaka bersetuju memberi kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah namun hanya kepada pegawai masjid di seluruh masjid di negeri ini bermula esok Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata Pejabat Mufti dan...
Mulai Hari Ini Iuran Bpjs Kesehatan Turun Ini Rinciannya

Mulai Hari Ini Iuran Bpjs Kesehatan Turun Ini Rinciannya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 239 hits
Mulai 1 Mei 2020 iuran peserta Program Jaminan Kesehatan Nasional Kartu Indonesia Sehat untuk segmen Pekerja Bukan Penerima Upah dan Bukan Pekerja akan kembali ke biaya semula Berdasarkan Peraturan Presiden Nomor 82 Tahun 2018 iuran ditetap...
Dah Boleh Buat Sendiri Resipi Ikea Meatball Cream Sauce Sama Macam Makan Di Ikea

Dah Boleh Buat Sendiri Resipi Ikea Meatball Cream Sauce Sama Macam Makan Di Ikea

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 513 hits
Meatball IKEA merupakan makanan favourite di restoren IKEA Sehingga ada yang pergi nak pergi ke IKEA semata makan meatball di restorennya dan bukan untuk membeli perabot rumah Bagi mereka yang pernah mencuba dan merasa pasti merindukan meat...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu