Mula Mula Tidak Laku Tapi Lepas Neelofa Tweet Di Kek Lapiskannya Kita Yer Ini Yang Terjadi


Sempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal yang mulia ini, pelbagai cara digunakan untuk melariskan jualan termasuk produk makanan seperti kek lapis Sarawak.
Perkongsian seorang peniaga di laman sosial mendapat perhatian apabila apabila nama beberapa selebriti tanah air digunakan untuk ‘memancing’ pelanggan.
Menerusi akaun Twitter @ibuempire, nama selebriti terkenal Neelofa turut digunakan untuk kek lapis Sarawak yang dijualnya sehingga ia turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara itu.

Perkongsian Neelofa di Twitter miliknya mengenai kek lapis menggunakan namanya menjadi tular.
“ Di kek lapiskannya kita ye? Semoga rezeki dimurahkan sepanjang Ramadan ini,” menurut Neelofa di akaun Twitter miliknya pada malam Isnin sehingga menjadi tular.
Perkongsian itu bukan sahaja diulang kicau lebih 1,700 kali sejak ia mengundang pelbagai reaksi netizen, tetapi ramai juga yang mahu mendapatkan kek tersebut.
“ Nanti bila ada orang nak tempah ‘Neelofa satu’,” kata seorang pengguna Twitter, @aliep_M.
“ Bagus Kak Lofa ni. Tak marah atau pun saman orang ni kat mahkamah ke apa ke sebab guna nama. Dan awak doakan dia dimurahkan rezeki pula. Sungguh baik,” ujar @syamimsalleh.
“ Hahaha lepas tu nanti kalau dah beli tu mesti orang tanya ‘sedap tak Neelofa tu?’ Janggal bunyi dia,” kata @zafffiiiirah24 secara berseloroh.
Kek lapis Neelofa yang tular itu merupakan antara 40 hingga 50 jenis kek lapis Sarawak yang dijual oleh pasangan suami isteri di Batu Caves, Selangor.
Peniaga berkenaan, Muhammad Sharizzul Sani Mohd Sarif, 29, berkata, dia bersama isterinya, Nur Farhani Selahudin, 27, baru menjadi ejen menjual kek lapis Sarawak, sejak sebulan lalu.
“ Kami amat terkejut bila mendapat respon daripada Neelofa pasal kek lapis tu. Neelofa bukan marah tapi tulisannya di Twitter dengan nada berjenaka selain mendoakan kami dimurahkan rezeki.
“ Kami benar-benar tak sangka Neelofa yang merupakan artis popular dan seorang usahawan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri tidak lokek untuk membantu kami sebagai peniaga kecil secara tidak langsung,” katanya kepada mStar.
Mengenai kek lapis Neelofa, Muhammad Sharizzul yang bertugas sebagai petugas penghantaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur berkata, kek lapis berwarna ungu, putih dan merah jambu itu berperisa vanila.
Jelasnya, nama-nama kek lapis telah ditetapkan oleh pembekal sehingga mereka turut tertanya-tanya mengapa antaranya dinamakan sempena nama selebriti termasuk Neelofa.
“ Sejak berniaga sebulan lalu, tiada satu pun tempahan melibatkan kek lapis Neelofa. Kek lapis Neelofa bagaimanapun mula mendapat sambutan sejak perkongsian Neelofa sendiri di Twitter,” kata bapa kepada dua anak ini.
Menurut Muhammad Sharizzul, khidmat penghantaran dibuat di sekitar Kuala Lumpur malah ia turut mendapat permintaan dari Serdang, Selangor.
“ Isteri saya ambil keputusan untuk berhenti kerja semasa mengandungkan anak kedua (kini berusia empat bulan). Sekarang, isteri dah boleh berniaga dari rumah dan saya membantu dari segi penghantaran.
“ Sekarang pun dah ada yang mahu menempah kek lapis untuk Hari Raya. Terima kasih Neelofa kerana mendoakan kami dimurahkan rezeki.
” Kalau diberi kesempatan, kami boleh beri Neelofa rasa kek lapis Neelofa nanti,” katanya sambil menambah antara nama selebriti lain untuk kek lapis yang dijualnya adalah Aaron Aziz dan Erra Fazira.
Sumber : mstar
The post Mula-Mula Tidak Laku, Tapi Lepas Neelofa Tweet “Di Kek Lapiskannya Kita Yer”, Ini Yang Terjadi appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/05/08/mula-mula-tidak-laku-tapi-lepas-neelofa-tweet-di-kek-lapiskannya-kita-yer-ini-yang-terjadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikek Lapiskannya Kita Guna Nama Lofa Jual Kek Lapis Neelofa Tak Kisah

Dikek Lapiskannya Kita Guna Nama Lofa Jual Kek Lapis Neelofa Tak Kisah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 471 hits
Kek lapis adalah pencuci mulut yang sinonim dengan masyarakat Sarawak dan bersempena bulan Ramadan ramai yang telah menjalankan perniagaan menjual kek lapis Baru baru ini di laman Twitter selebriti terkenal iaitu Neelofa telah meninggalkan ...
Memang Excited Nak Sambut Birthday Anak Tapi Mama Jangan Main Order Je Kek

Memang Excited Nak Sambut Birthday Anak Tapi Mama Jangan Main Order Je Kek

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 708 hits
Memang teruja nak sambut hari jadi anak si mama lah orang yang paling gembira Semua persiapan kalau boleh mesti lengkap dan sempurna demi si kecil yang tersayang Namun mama dinasihatkan supaya ambil tahu tentang jenis jenis kek hari jadi se...
Memang Perit Tapi Saya Puas Hati Ini Kata Kata Lelaki Yang Lempang Wanita Lepas Dia Keluar Lokap

Memang Perit Tapi Saya Puas Hati Ini Kata Kata Lelaki Yang Lempang Wanita Lepas Dia Keluar Lokap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 420 hits
Tidak pernah terfikir masuk lokap cukuplah empat malam Semua yang berlaku ada pengajaran tersendiri ujar lelaki yang tindakannya menampar seorang pemandu wanita gara gara tidak memberi signal Rabu lalu tular Mohd Syukrey Adin 37 berkongsi p...
Pdip Ajak Bpn Prabowo Lihat Rekap Internal Jokowi Tapi Setelah Itu Gantian

Pdip Ajak Bpn Prabowo Lihat Rekap Internal Jokowi Tapi Setelah Itu Gantian

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 296 hits
Dengan sikap BPN yang tidak mau transparan dalam rekapitulasi tidak bersedia diaudit dan klaim sepihak kemenangan tanpa bukti hanyalah bukti kuatnya indikasi kebohongan dalam politik ungkap Hasto
10 Lagu Indonesia Dengan Lirik Paling Bucin Sepanjang Masa Mau Sedih Tapi Kok Merasa Bodoh Juga

10 Lagu Indonesia Dengan Lirik Paling Bucin Sepanjang Masa Mau Sedih Tapi Kok Merasa Bodoh Juga

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 854 hits
Dengarkan semua lagu ini sampai kamu paham kapok jadi bucin yang kerjaannya diperbudak perasaan sendiri Miris euy masih pagi lo padahal
Matrikulasi Pengambilan Ditambah Tapi Kuota Kekal 90 10

Matrikulasi Pengambilan Ditambah Tapi Kuota Kekal 90 10

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 420 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Kabinet hari ini memutuskan kuota 90 peratus untuk pelajar Bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera dikekalkan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini berkata perk...
Muhyiddin Sultan Johor Boleh Campur Urusan Kerajaan Negeri Tapi

Muhyiddin Sultan Johor Boleh Campur Urusan Kerajaan Negeri Tapi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 433 hits
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masih boleh mencampuri soal urusan di negeri itu tetapi bukan sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan negeri Campur tangan dala...
Cuba Abaikan Tapi Filem Tu 3 Jam Kot Budak2 Bising Dalam Wayang Penonton Endgame Harap Ibu Bapa Lebih Peka

Cuba Abaikan Tapi Filem Tu 3 Jam Kot Budak2 Bising Dalam Wayang Penonton Endgame Harap Ibu Bapa Lebih Peka

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 402 hits
Cuba Abaikan Tapi Filem Tu 3 Jam Kot Budak2 bising dalam wayang Penonton Endgame Harap Ibu Bapa Lebih Peka Tidak dapat digambarkan feno mena filem adi wira terbaru Marvel iaitu Avengers Endgame yang mula melanda peminat filem seluruh negara...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Artha Sasak Tanjung Ringgit Chord

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Gsf Akan Masuk Zon Kuning Risiko Dipintas Tinggi

Football Legend Dollah Salleh Joins Leaders In Questioning Fifa S Sanctions Against Fam

Kinabatangan Makes Its Mark As Malaysia S Latest Unesco Biosphere Reserve

Belian Online Amway Ramai Tak Tahu Cara Paling Jimat Ini