Mukhriz Pura Pura Tak Tahu Ganti Rugi Rm1 5 Bilion Dituntut Pembalak Kata Mb


Predeep Nambiar
-May 27, 2020 10:06 PM

Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sangat bergantung kepada Sungai Muda, di mana sumber airnya datang daripada hutan simpan sekitar, untuk bekalan air mereka. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekas menteri besar tahu sepenuhnya bayaran ganti rugi RM1 bilion kepada kira-kira 40 pemegang konsesi balak selepas hak pembalakan di hutan simpan kekal ditarik balik.

Beliau berkata demikian selepas bekas menteri besar, Mukhriz Mahathir mendakwa beliau tidak tahu mengenai tuntutan berbilion ringgit yang belum dijelaskan kepada pemegang konsesi dan tidak pernah dengar tuntutan sedemikian ketika memegang jawatan itu.

Mukhriz berkata demikian selepas Sanusi mencadangkan pemberian hutan ganti kepada pemegang konsesi untuk membalak bagi mengelakkan bayaran tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 bilion kepada pembalak.Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Hari ini, Sanusi berkata, jumlah ganti rugi itu kini meningkat kepada RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada 40 syarikat pembalakan memiliki 131 konsesi pembalakan daripada kerajaan negeri.

Katanya, keadaan ini timbul selepas kerajaan terdahulu memutuskan untuk menghentikan pembalakan di kawasan tertentu di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda pada 30 Ogos 2018.

Beliau berkata, hak pembalakan kepada 40 syarikat itu diberikan untuk kawasan hutan seluas 22,098ha. Negeri itu sudah menerima premium RM107.5 juta daripada pemegang konsesi itu dengan RM79.5 juta belum dijelaskan.

Sanusi berkata, jumlah kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan ialah 107,197ha.

Katanya, untuk mengelakkan Kedah membayar ganti rugi RM1.5 bilion, Jabatan Perhutanan sudah menghantar cadangan menawarkan hutan ganti kepada syarikat itu untuk menjalankan aktiviti pembalakan.

“Saya tak kata saya sudah membuka kawasan pembalakan baru. Saya kata saya hanya mempertimbangkan pilihan ini

Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata, Mukhriz “berpura-pura” tidak tahu mengenai isu hak pembalakan ketika Jabatan Perhutanan memaklumkan Jawatankuasa Hasil Bumi dan Sumber Asli Kedah yang dipengerusikan Mukhriz sebagai pengerusi pada 5 Mei lalu.

“Mukhriz tahu mengenai isu pembalakan ini. Tetapi dalam kes ini, beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya.

“Saya memimpin sebuah kerajaan yang mengendalikan isu ini sekarang. Saya tidak akan menyembunyikan masalah dan berpura-pura tiada isu langsung, memberi tanggapan semuanya baik di bawah pentadbiran saya.”

Beliau memuji tindakan Mukhriz mewartakan beberapa kawasan di Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.

“Tetapi di dalamnya, ada kawasan yang diluluskan untuk pembalakan. Dan juga ini bukan hutan asli, tetapi yang diterokai sejak 30 tahun lalu.

“Ini diputuskan kerajaan yang berkuasa 2 minggu lalu, bukan kerajaan yang saya terajui sekarang. Sesetengah konsesi diluluskan 2 tahun lalu dan ada yang sejak 10 tahun lalu.”

Sanusi kemudiannya menggunakan analogi petani malas terhadap kepimpinan Mukhriz. Katanya, seorang petani malas hanya akan membersihkan jalan yang dilaluinya dan mengabaikan baki tanahnya, menyebabkan ia dipenuhi lalang.

Katanya, semak itu kemudiannya menjadi rumah kepada ular, kala jengking dan haiwan berbahaya lain yang akan membawa masalah kepada pemilik serta kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, Mukhriz kemudiannya akan kelihatan terkejut dengan masalah yang timbul.

“Bekas MB itu terus bertanya: ‘Bila masalah ini berlaku?’ Yalah, bila anda selalu naik kapal terbang pergi balik ke Kuala Lumpur, anda akan jadi orang terakhir yang tahu mengenai perkara sedemikian.”

Dalam perkembangan lain, Sanusi turut meminta Mukhriz menyelesaikan isu kewangan Kelab Bola Sepak Kedah yang disifatkan “sakit” dari segi kewangan, sebelum meletak jawatan sebagai presidennya.

Katanya, di bawah kepimpinan Mukhriz, kelab itu mengambil komitmen kewangan besar.

FMT cuba menghubungi Mukhriz untuk mendapatkan komennya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/mukhriz-pura-pura-tak-tahu-ganti-rugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1 5 Bilion Dituntut Mukhriz Pelingkup Kedah

Rm1 5 Bilion Dituntut Mukhriz Pelingkup Kedah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 601 hits
Mukhriz pura pura tak tahu ganti rugi RM1 5 bilion dituntut pembalak kata MBMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata bekas menteri besar tahu sepenuhnya bayaran ganti rugi RM1 bilion kepada kira kira 40 pemegang konsesi balak sele...
Tun M Cabar Buktikan Saman Rm1 Bilion Dari Pembalak

Tun M Cabar Buktikan Saman Rm1 Bilion Dari Pembalak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 349 hits
Tiada kes yang dibawa ke mahkamah tetapi tiba tiba Menteri Besar Pas Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meletop dengan itu kerajaan negeri bakal membayar pampasan RM1 bilion sekiranya tidak mengganti kawasan balak yang dianugerahkan kepada bebera...
Mukhriz Dakwa Kedah Guna Tuntutan Rm1 Bilion Lulus Lebih Banyak Konsesi Balak

Mukhriz Dakwa Kedah Guna Tuntutan Rm1 Bilion Lulus Lebih Banyak Konsesi Balak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 984 hits
Mukhriz Mahathir berkata tiada masalah yang terpaksa diselesaikan MB baru Muhammad Sanusi Md Nor yang baru 10 hari memegang jawatan itu ALOR SETAR Bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mereka cerita...
Lepas Tanpa Bebas Rm1 25 Bilion Tommy Thomas Terbabit

Lepas Tanpa Bebas Rm1 25 Bilion Tommy Thomas Terbabit

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 267 hits
SPRM berbohong Tommy ThomasBEKAS peguam negara Tan Sri Tommy Thomas menafikan sekali lagi bahawa beliau terbabit dalam isu melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan ...
Apple Dilaporkan Akan Melaburkan Sebanyak Rm1 4 Bilion Untuk Kilang Micro Led Di Taiwan

Apple Dilaporkan Akan Melaburkan Sebanyak Rm1 4 Bilion Untuk Kilang Micro Led Di Taiwan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 223 hits
Berita mengenai Apple menggunakan paparan Micro LED untuk pelbagai peranti peranti mereka bukanlah sesuatu yang baru Terdapat banyak laporan bahawa mereka akan menggunakan teknologi panel tersebut untuk peranti iPad MacBook dan sebagainya d...
Umno Sabah Desak Sprm Siasat Kontrak Jalan Raya Rm1 55 Bilion

Umno Sabah Desak Sprm Siasat Kontrak Jalan Raya Rm1 55 Bilion

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 306 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah menggesa agensi anti rasuah menyiasat beberapa projek penyelenggaraan jalan raya dikatakan bernilai kira kira RM1 55 bilion yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus kepada kontraktor oleh sebuah kementerian...
Terlalu Baik Sangka Punca Saya Jadi Mangsa Pengkhianatan Kata Mukhriz

Terlalu Baik Sangka Punca Saya Jadi Mangsa Pengkhianatan Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 340 hits
Terlalu baik sangka punca saya jadi mangsa pengkhianatan kata Mukhriz Semalam Perikatan Nasional Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan 23 Adun termasuk daripada PPBM
Bila Konsesi Balak Tuntut Rm1 Bilion

Bila Konsesi Balak Tuntut Rm1 Bilion

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 235 hits
Oleh Asmirul Anuar Aris Saya terpanggil untuk turut mempersoalkan kenyataan yang telah di buat oleh YAB Menteri Besar Kedah Tuan Hj Sanusi Mohamad Nor berhubung kenyataan beliau yang sedang mempertimbangkan Penebangan balak bagi membayar tu...
Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 476 hits
She SalTetapi KERAJAAN PAS KEDAH PULA KECOH DENGAN SAMAN BALAK RM1 BILION YANG TAK UJUD Rakus sungguh lebai ni Kerajaan PAS yang baharu beberapa hari membentuk kerajaan di Kedah hendak membuka semula konsesi balak konon untuk mengelak bayar...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal