Mukhriz Dakwa Pas Mungkir Janji Untuk Beliau Kekal Mb Hingga Tamat Penggal


MINDA RAKYAT Selepas Salahkan Muhyiddin, Salahkan Najib dan Kini Salahkan PAS. Dia macam Atok benar belaka!
Tak ada dia nak 'koreksi diri'. Tak pula salahkan Adun PKR dan BERSATU yang keluar parti kerana hilang percayaan kepada dia. Kerjanya nak PERJAHATKAN NAJIB dan PAS.

Mukhriz Mahathir mendakwa PAS telah mungkir janji untuk membolehkannya terus menerajui pentadbiran kerajaan Kedah sehingga tamat penggal ini.

Menurut Mukhriz, yang meletakkan jawatannya hari ini, janji itu dibuat selepas kejatuhan pentadbiran PH di peringkat pusat, yang kemudian membawa kepada pertukaran kerajaan di beberapa negeri.

"Di kedah saya ambil keputusan kekalkan kerjasama dengan PH negeri.

"Kepimpinan PAS Kedah juga telah beri jaminan bahawa mereka tidak akan mendesak adun-adun PH untuk melompat ke pihak mereka, dan setuju saya terus berkhidmat sebagai menteri besar sehingga akhir penggal.

"Permohonan mereka adalah agar kerajaan negeri tidak memandang mereka semata-mata sebagai pembangkang, sebaliknya beri peruntukan tambahan kepada pusat khidmat DUN PAS dan Umno," katanya ketika sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan respon PAS Kedah berhubung kenyataan Mukhriz.

Pada Februari lalu, Malaysia menyaksikan kemelut politik yang mengakibatkan kerajaan PH jatuh susulan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar parti daripada gabungan itu.

Ia menyaksikan Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Langkah Bersatu juga membawa kepada pertukaran kerajaan yang sebelum ini ditadbir PH, iaitu Johor, Perak dan Melaka.

Jawatan menteri besar Johor dan dan ketua menteri Melaka diberikan kepada Umno, manakala Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu kekal sebagai menteri besar Perak.

Bagaimanapun pada masa itu Mukhriz mengekalkan kerjasama Bersatu dengan PH di Kedah, membolehkan pentadbiran negeri terus kekal sehinggalah peralihan sokongan enam Adun - dua bekas PKR dan empat daripada Bersatu - kepada PN minggu lalu.

Berkenaan permohonan PAS berkenaan peruntukan itu, Mukhriz mendakwa ia telah dikemukakan dan diluluskan.

"Jelas sifat timbang rasa kami untuk meluluskan permohonan PAS itu langsung tidak diambil kira apabila mereka melayan permohonan beberapa Adun kerajaan yang berhajat melompat ke pihak mereka," katanya lagi.

Pada masa sama, Mukhriz berkata beliau dan PH tidak akan mencabar pertukaran kerajaan di Kedah kerana ia selaras dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

"Tak akan cabar (di mahkamah), kami bersedia untuk tukar kerajaan pada pilihan raya umum," katanya lagi.

MR :  Nanti selepas ni Ebit Lew pula salah pasal kenapa bantu rakyat Kedah yg miskin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/mukhriz-dakwa-pas-mungkir-janji-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Nafi Pas Mungkir Janji Sokong Mukhriz Kekal Mb

Sanusi Nafi Pas Mungkir Janji Sokong Mukhriz Kekal Mb

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 358 hits
qMenteri Besar Kedah yang baru Muhammad Sanusi Md Nor menafikan PAS mungkir janji untuk menyokong Mukhriz Mahathir kekal di jawatan itu sehingga tamat penggal ini saya pergi jumpa dia untuk nyatakan sokongan agar terus jadi menteri besar Me...
Kadir Dakwa Muhyiddin Mungkir Janji Hamzah Jadi Kingmaker

Kadir Dakwa Muhyiddin Mungkir Janji Hamzah Jadi Kingmaker

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 351 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memungkiri janji kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu untuk menjadikan parti itu sebagai induk dalam Perikatan Nasional dengan penyingkiran bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir ...
Hampir Mustahil Kerajaan Pn Kekal Hingga Pru15 Kata Anwar

Hampir Mustahil Kerajaan Pn Kekal Hingga Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 298 hits
Hampir mustahil kerajaan PN kekal hingga PRU15 kata AnwarUsaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini bagaimanapun ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perikatan Nasional ha...
Pas Umum Cukup Majoriti 4 Adun Bersatu Tak Sokong Mukhriz

Pas Umum Cukup Majoriti 4 Adun Bersatu Tak Sokong Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 310 hits
PAS Kedah mengumumkan Perikatan Nasional mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri baru Dalam sidang media sebentar tadi Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Muhamad Sanusi Md Nor berkata bahawa seramai 19 Adun di Kedah bersetuju...
Pas Pours Salt Into Mukhriz S Wound You Should Have Joined Muhyiddin New Mb

Pas Pours Salt Into Mukhriz S Wound You Should Have Joined Muhyiddin New Mb

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 302 hits
PAS Jeneri assemblyperson Muhammad Sanusi Md Nor has expressed his sympathy for Mukhriz Mahathir for suffering a no confidence vote twice as the Kedah menteri besar Mukhriz s successor opined that the Bersatu politician would not have suffe...
23 Adun Tandatangan Sd Hilang Keyakinan Terhadap Mukhriz Dakwa Ketua Pembangkang

23 Adun Tandatangan Sd Hilang Keyakinan Terhadap Mukhriz Dakwa Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 240 hits
May 12 2020 3 42 PMKetua Pembangkang Kedah Muhamad Sanusi Md Nor bersama penyokong di ibu pejabat PAS di Kota Sarang Semut Alor Setar ALOR SETAR Ketua Pembangkang Kedah Sanusi Md Nor mendakwa 23 Adun menandatangani akuan berkanun menyatakan...
Change In Mukhriz Led State Gov T Is Inevitable Kedah Pas

Change In Mukhriz Led State Gov T Is Inevitable Kedah Pas

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 314 hits
A change in the Kedah government is inevitable says Kedah PAS commissioner Ahmad Yahaya Ahmad claimed that among the reasons was that Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir now has less than half of the support amongst Bersatu assemblypersons...
Pas Janji Dan Balak Berpisah Tiada

Pas Janji Dan Balak Berpisah Tiada

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 388 hits
PENYOKONG PHHari ni teringat 1 cerita Zaman Kerajaan PAS Kedah 2013 Isu ni melibatkan Balak juga Yang beriya sangat nak buat projek Keli K di Bukit Belakang Ladang Nestle Sg Pau Sik kononnya porjek Keli K di laksanakan bagi membantu Usahawa...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis