Muhyiddin Terus Tercemar Langsung Tidak Boleh Dibanggakan



Pembuangan Speaker Parlimen yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan kemudian disusuli dengan perlantikan Speaker baru yang tidak mengikut peraturan merupakan satu lagi titik hitam dalam era kerajaan tebuk atap pimpinan Muhyiddin Yassin.Hakikatnya, oleh kerana Mohamad Ariff Md Yusoff belum habis tempoh perkhidmatan sejak dilantik pada 2018 lalu dan beliau pula telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang, tiada alasan kewajaran untuk Muhyiddin mengemukakan usul membuangnya.Lihat bagaimana PH tidak membuang Speaker Dewan Negara, SA Vigneswaran yang dilantik BN apabila ia berjaya menjadi kerajaan pada 2018 dahulu.Harus difahami kedudukan Speaker Parlimen atau Speaker Dewan Negara bukan macam ketua kampung yang perlu ditukar apabila kerajaan bertukar tangan.Lebih-lebih lagi kerana pertukaran kerajaan bukan melalui pilihanraya, menukar Speaker hanya mencemarkan sistem demokrasi yang kita amalkan.Seharusnya perkhidmatan Mohamad Ariff perlu dikekalkan sehingga tamat tempohnya jika benar Muhyiddin seorang pemimpin yang benar-benar adil, berjiwa besar dan memikirkan kepentingan negara.Tetapi, sebagaimana yang kita perhatikan, Muhyiddin tiada kekuatan moral untuk memimpin negara ini dengan jiwa besar dan hati yang murni.Beliau hanya memikirkan kedudukannya walaupun dengan cara yang tidak sewajarnya dan menggadai segala-galanya.Beliau bagaimanapun dimalukan apabila hanya memperolehi sokongan 111-109 iaitu kelebihan dua undi saja berhubung pertukaran Speaker itu.Ini jelas menunjukkan Muhyiddin tidak mempunyai majoriti yang mantap dalam kerajaannya, itu pun setelah melonggokkan mereka dengan habuan jawatan serta kedudukan yang menghakis sumber kewangan negara.Sejak hampir lima bulan menjadi Perdana Menteri, yang kita nampak hanya wang keluar yang dibelanjakannya saja, sedangkan usaha memulihkan ekonomi dan membawa pelaburan masuk langsung tidak kelihatan.Apakah semua ini belum cukup untuk menyedarkan Muhyiddin bahawa beliau tiada kekuatan sama sekali?Selepas Mohamad Ariff berjaya dibuang sebagai Speaker, perlantikan Azhar Azizan Harun sebagai penggantinya pula seharusnya perlu melalui usul dan undian bersetuju atau tidak di kalangan Ahli-Ahli Parlimen terhadap pemilihannya.Bagaimanapun, dengan alasan hanya namanya saja yang ada dicalonkan sebagai Speaker, Azhar terus ditabalkan untuk jawatan tersebut.Ini adalah proses yang tidak betul. Memang pihak pembangkang tidak ada mengemukakan nama lain untuk dinamakan sebagai Speaker kerana mereka sebelum itu mempertahankan kedudukan Mohamad Ariff.Tentulah tidak masuk akal untuk pembangkang mengemukakan nama lain sedangkan mereka mempertahankan Mohamad Ariff sebagai Speaker.Dalam hal ini, oleh kerana Mohamad Ariff dibuang melalui undian, maka seharusnya perlantikan Azhar juga mesti dilakukan melalui undian setuju atau tidak di kalangan Ahli-Ahli Parlimen?Kenapa ia tidak dilakukan?Sebabnya tidak lain adalah kerana kerajaan tidak yakin Azhar akan mendapat undi yang mencukupi setelah melihat undian membuang Mohamad Ariff sebelum ini hanya mendapat 111-109 sajaBerdasarkan latar belakang Azhar yang liberal dan beberapa tulisannya menentang hudud serta mempertikai hukum, jika diadakan undian, besar kemungkinan beliau tidak mampu memenangi undian.Jika tidak menang, bagaimana kedudukan kerajaan sedangkan Mohamad Ariff sudah pun diundi untuk dibuang?Sudah tentunya akhirnya kerajaan akan berada dalam ketidaktentuan dan dilema yang berpanjangan.Lantaran bimbang kemungkinan itulah menyebabkan Azhar terus ditabalkan sebagai Speaker tanpa sebarang undian dan tidak mengikut peraturan.Sebaik dilantik dan menjalankan tugasnya, tugas pertama Azhar ialah menghalau keluar Khalid Samad daripada Parlimen dan kemudian mengeluarkan kenyataan beliau tiada kuasa untuk mendahulukan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.Akhirnya difahami sepenuhya perlantikan Azhar hanyalah untuk menjaga kepentingan politik Muhyiddin semata-mata, walaupun ia menjadikan kedudukan Perdana Menteri terus tercalar dan tercemar.Menjadi kerajaan dengan cara yang tercemar, mengurus kerajaan banyak melakukan kerja-kerja tercemar dan mempertahankan kerajaan dengan melantik Speaker juga dengan cara yang tercemar.Di mana kita boleh berbangga dengan Muhyiddin? (Shahbudindotcom 15/07/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/muhyiddin-terus-tercemar-langsung-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejayaan Di Chini Adalah Pengiktirafan Untuk Najib Nama Muhyiddin Boleh Dipadam

Kejayaan Di Chini Adalah Pengiktirafan Untuk Najib Nama Muhyiddin Boleh Dipadam

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 474 hits
PRK Dun Chini berakhir dengan kemenangan bergaya calon BN Mohd Sharin Md Zain yang berjaya mengalahkan dua calon Bebas dengan majoriti 12 650 undi Beliau memperolehi 13 872 undi manakala calon Bebas Tengku Zainul Hisham Tengku Shukri mendap...
Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 425 hits
Semakin ramai pemimpin Umno membebel menolak pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Perikatan Nasional selepas pilihan raya umum ke 15 Terbaharu bekas menteri Umno Ahmad Shabery Cheek pula berkias menggunakan analogi persembaha...
Sathianathan Terus Disiplin Luqman Hakim Boleh Jadi Inspirasi Belia

Sathianathan Terus Disiplin Luqman Hakim Boleh Jadi Inspirasi Belia

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM 6 JULAI Peluang menyertai kelab divisyen 1 Belgium KV Kortrijk perlu dimanfaatkan sepenuhnya Luqman Hakim Shamsudin dengan mempamerkan disiplin tinggi dan bekerja keras Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia B Sathianatha...
Muat Naik Foto Lama Bersama Muhyiddin Di Instagram Bung Moktar Akui Persahabatan Terus Kekal

Muat Naik Foto Lama Bersama Muhyiddin Di Instagram Bung Moktar Akui Persahabatan Terus Kekal

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 385 hits
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin memuat naik foto lama di Instagram bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Foto ihsan Instagram Bung MoktarKUALA LUMPUR 1 Julai Perbezaan pandangan dalam dunia politik tidak seharu...
Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi Nak Masak Terus Boleh Guna Senang

Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi Nak Masak Terus Boleh Guna Senang

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 507 hits
Makanan yang diberikan kepada bayi tidak sama dengan makanan orang dewasa Malah makanan bayi yang berumur kurang daripada setahun juga tidak boleh diletakkan gula ataupun garam Bahan kandungan makanan bayi perlulah semulajadi dan bahan peri...
Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat Muhyiddin

Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil tindakan segera dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus tanpa membentangkannya d...
Jumlah Undi Hanya 111 Kerajaan Muhyiddin Rapuh Boleh Jatuh Bila Bila Masa Sahaja

Jumlah Undi Hanya 111 Kerajaan Muhyiddin Rapuh Boleh Jatuh Bila Bila Masa Sahaja

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 383 hits
Berdasarkan undian 111 109 antara kerajaan dengan blok pembangkang dalam usul membuang Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusoff adalah jelas kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sangat rapuh dan tidak stabil Angka 111 itu tida...
Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 469 hits
Untuk mendapat mandat rakyat perlu ada PRU 15 lebih cepat lebih baik kerana sekarang PH sedang gila berperang sama sendiri Populariti Mahathir jatuh merundum Anwar pula rakan PH pun tak nak dia jadi PM Penyokong mereka jadi macam bodoh kena...
Lokman Adam Dakwa Muhyiddin Boleh Kerja 4 Jam Sehari Sahaja

Lokman Adam Dakwa Muhyiddin Boleh Kerja 4 Jam Sehari Sahaja

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 643 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya boleh bekerja empat jam sehari sahaja Lokman yang pernah dihentam selepas mengkritik Presiden partinya Datuk S...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram