Jumlah Undi Hanya 111 Kerajaan Muhyiddin Rapuh Boleh Jatuh Bila Bila Masa Sahaja



Berdasarkan undian 111-109 antara kerajaan dengan blok pembangkang dalam usul membuang Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md. Yusoff, adalah jelas kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sangat rapuh dan tidak stabil.Angka 111 itu tidak pun melebihi 112, angka majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.Daripada jumlah 222 Ahli Parlimen yang ada, 111 bermakna kedudukan adalah di tengah-tengah atau tergantung.Lebih buruk, angka 111 itu diperolehi melalui lantikan yang besar untuk jawatan menteri, timbalan menteri, duta bertaraf menteri dan pengerusi GLC di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional atau PN.Oleh kerana usul membuang Speaker itu dibawa sendiri oleh Muhyiddin, bermakna jumlah undi 111 yang diterima itu adalah cerminan langsung sokongan terhadapnya.Bayangkan apa jadi jika tiada habuan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan serta GLC yang dilonggokkan oleh Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen?Jumlah undi yang diperolehi Muhyiddin ini juga memperlihatkan tempoh hampir 5 bulan beliau memegang jawatan Perdana Menteri sejak 1 Mac lalu langsung tidak menunjukkan peningkatan sokongan yang diperolehinya.Dengan rapuhnya sokongan yang dimilikinya sekarang, Muhyiddin sentiasa berada dalam bahaya serta boleh jatuh bila-bila masa.Jika naik usul undi tidak percaya terhadapnya selepas ini, pastilah sukar beliau untuk membendung arus penolakan terhadapnya.Begitu juga dalam undian berkaitan kelulusan rang undang-undang dan Belanjawan 2021 di Parlimen nanti, Muhyiddin tentunya juga akan berhadapan keadaan yang mencemaskan.Gagal mendapatkan kelulusan dalam rang undang-undang atau Belanjawan ditolak adalah sama dengan penolakan terhadap kerajaan.Kedua-dua keadaan itu terdedah kepada perlunya diadakan pilihanraya semua.Secara mudahnya, sokongan 111 yang dimiliki itu adalah tidak selamat bagi Muhyiddin untuk terus bertahan serta tidak baik bagi sebuah kerajaan yang dipimpinnya.Sesebuah kerajaan perlu sokongan yang lebih kuat dan stabil untuk memudahkannya bergerak dan merancang sesuatu yang difikirkan baik untuk rakyat serta negara melalui Parlimen.Tanpa mampu berbuat apa-apa atau seringkali usulnya ditolak akan memperlihatkan sebuah kerajaan yang gagal.Untuk itu, dengan terbukti hanya 111 sokongan yang dimilikinya, Muhyiddin tidak harus memangsakan rakyat dengan terus meletakkan dirinya sebagai ketua kerajaan dan PN sebagai kerajaan.Pilihan yang terbaik dan bermoral baginya ialah segera membubarkan Parlimen agar pilihanraya semula dapat dapat diadakan.Biarlah rakyat membuat pilihan yang wajar siapa yang mereka mahukan sebagai kerajaan untuk mentadbir negara ini.Tidak perlu beliau menunggu sehingga usul undi tidak percaya dibentangkan, rang undang-undang tidak lulus dan Belanjawan 2021 ditolak baru hendak membubarkan Parlimen.Lagi pula, PN ini bukanlah kerajaan yang pernah diberi mandat secara sah oleh rakyat – ia tidak lebih sekadar campuran antara pengkhianat dan penebuk atap yang sanggup bersekongkol untuk memenuhi nafsu tak bertepi masing-masing saja. (Shahbudindotcom 13/07/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/jumlah-undi-hanya-111kerajaan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Menang Satu Undi Kerajaan Pintu Beakang Amat Lemah Dan Bila2 Masa Boleh Tumbang

Hanya Menang Satu Undi Kerajaan Pintu Beakang Amat Lemah Dan Bila2 Masa Boleh Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 278 hits
Walaupun majoriti MP telah dapat upah jadi menteri timbalan menteri dan pengerusi pengerusi GLC namun Usul undi tukar speaker kerajaan pintu belakang mereka hanya menang 1 undi saja Yang sokong tukar speaker hanya 111 MP saja Seorang MP tid...
Pelbagai Jawatan Dah Diagih Hanya Dapat 111 Undi Bubar Ajelah Parlimen

Pelbagai Jawatan Dah Diagih Hanya Dapat 111 Undi Bubar Ajelah Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 273 hits
JUMLAH UNDI HANYA 111 BUKTI KERAJAAN SANGAT RAPUH MUHYIDDIN BOLEH JATUH BILA2 MASA Shahbudin Husin Berdasarkan undian 111 109 antara kerajaan dengan blok pembangkang dalam usul membuang Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusoff adalah jelas ...
Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat Muhyiddin

Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil tindakan segera dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus tanpa membentangkannya d...
Lokman Adam Dakwa Muhyiddin Boleh Kerja 4 Jam Sehari Sahaja

Lokman Adam Dakwa Muhyiddin Boleh Kerja 4 Jam Sehari Sahaja

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 437 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya boleh bekerja empat jam sehari sahaja Lokman yang pernah dihentam selepas mengkritik Presiden partinya Datuk S...
Sidang Parlimen Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

Sidang Parlimen Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 347 hits
Berdasarkan aturan tempat duduk sidang 18 Mei lalu serta peralihan sokongan sejak itu ada tiga blok utama di Parlimen PN 113 kerusi PH 91 kerusi Bebas 18 kerusi Jumlah Keseluruhan 222 Ujian pertama keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional esok ...
Realme 125w Ultradart Fast Charging Kini Rasmi Boleh Mengecas Sehingga 33 Dalam Hanya 3 Minit

Realme 125w Ultradart Fast Charging Kini Rasmi Boleh Mengecas Sehingga 33 Dalam Hanya 3 Minit

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 226 hits
Seperti yang dijanjikan Realme kini telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru mereka Dikenali sebagai Realme 125W UltraDart Fast Charging teknologi ini dikatakan boleh mengecas bateri berkapasiti 4 000mAh sehingga 33 dalam ha...
Guna Usul Tukar Speaker Muhyiddin Sebagai Undi Tidak Percaya

Guna Usul Tukar Speaker Muhyiddin Sebagai Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 306 hits
Sekiranya PM Muhyiddin kalah dalam usul menukar Speaker Tan Sri Mohamad Ariff dalam sidang Parlimen esok maka usul berkenaan juga merupakan Undi Tidak Percaya kepada beliau biar pun Muhyiddin tidak perlu meletak jawatan Ahli Majlis Tertingg...
111 Undi Tukar Speaker 109 Tolak Usul Seorang Tak Hadir

111 Undi Tukar Speaker 109 Tolak Usul Seorang Tak Hadir

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli P...
Undi Tidak Percaya Muhyiddin Usul Mahathir Disenarai Giliran 27

Undi Tidak Percaya Muhyiddin Usul Mahathir Disenarai Giliran 27

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 233 hits
Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tersenarai dalam giliran ke 27 Aturan Urusan Mesyuarat...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi