Muhyiddin Pernah Cadang Laksana Subsidi Bersasar




Kenyataan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang ‘bersedih’ ekoran pelaksanaan dasar penyasaran subsidi diesel yang didakwanya tidak mengendah nasib rakyat dianggap cubaan memperdaya rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, Presiden Bersatu itu dua tahun lalu pernah mencadangkan polisi serupa semasa menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bahkan kata beliau, idea tersebut yang dinamakan Skim Subsidi Bersasar adalah polisi yang tidak jauh berbeza sebagaimana dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.
“Semasa menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), beliau pernah mencadangkan Skim Subsidi Bersasar yang kononnya boleh menjimatkan RM20 bilion setahun.
“Cadangan subsidi itu hanya tertumpu kepada golongan B40 dan B60 tetapi berlainan pula dengan Kerajaan Perpaduan lebih fleksibel termasuk 33 jenis kenderaan yang layak menerima subsidi termasuk pengangkutan awam dan kenderaan jarak jauh,” kata Onn kepada Suara Keadilan.
Oleh itu, kata Setiausaha Politik Presiden KEADILAN itu, Muhyiddin tidak sepatutnya menggunakan isu penyasaran subsidi diesel sebagai modal politik kerana beliau tahu kerajaan tidak menghapuskan subsidi sebaliknya hanya menyasarkan agihan tersebut melalui inisiatif Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS) dan Budi Madani.
“Beliau sepatutnya perlu tahu bahawa kerajaan tidak menghapuskan subsidi sepenuhnya tetapi mengagihkannya dengan cara yang lebih tepat kepada golongan yang layak menerima manfaat.
“Polisi ini sewajarnya perlu disokong oleh pembangkang kerana mereka sendiri pernah bangkitkan idea subsidi bersasar sewaktu menjadi kerajaan (pemerintahan PN),” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pada 30 Julai 2022, Muhyiddin pernah berkata Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 bilion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar.
Katanya, ketika itu hanya 20% subsidi yang disediakan kerajaan digunakan oleh golongan B40 manakala selebihnya dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya.
“Hampir 50 peratus daripada subsidi kerajaan digunakan oleh orang dalam kategori yang berada, orang kaya, kenderaan besar dan macam-macam lagi.
“Jadi saya fikir asas untuk kerajaan membuat keputusan (skim subsidi bersasar) adalah sangat kukuh, supaya lebih peratusan dapat sampai kepada golongan sasar (B40),” katanya dipetik Bernama selepas Majlis Perjumpaan MPN Bersama Nelayan Terengganu di Pelabuhan LKIM Cendering, Kuala Terengganu.
The post ‘Muhyiddin pernah cadang laksana subsidi bersasar’ first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37152?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muhyiddin-pernah-cadang-laksana-subsidi-bersasar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Jawab Muhyiddin Yang Kaitkan Subsidi Diesel Bersasar Dengan Pinjaman Imf

Rafizi Jawab Muhyiddin Yang Kaitkan Subsidi Diesel Bersasar Dengan Pinjaman Imf

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 468 hits
HarapandailyPertanyaan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kempen ceramah mega PN di Sungai Bakap kelmarin yang bertanyakan sama ada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mempunyai kaitan dengan pinjaman Tabung ...
Subsidi Bersasar Bendung Ketirisan Diesel Bersubsidi

Subsidi Bersasar Bendung Ketirisan Diesel Bersubsidi

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 230 hits
Kerajaan Madani terpaksa melaksanakan dasar penyasaran subsidi diesel berikutan ketirisan yang tidak terbendung akibat penyeludupan diesel ke negara jiran dan bahan api itu yang dijual di pasaran gelap Menurut Menteri Kewangan II Senator Da...
Saya Tak Pernah Jumpa Anak Murid Seperti Anwar

Saya Tak Pernah Jumpa Anak Murid Seperti Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 342 hits
Saya tak pernah jumpa anak murid seperti Anwar Oleh Jun 18 2024 2 27pmPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi bekas gurunya Ustazah Salmah Abu Bakar di Cherok To kun Bawah Bukit Mer...
Jangan Kawan Ngan Orang Suka Tipu Tunggang Agama Janji Tak Pernah Buat

Jangan Kawan Ngan Orang Suka Tipu Tunggang Agama Janji Tak Pernah Buat

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 337 hits
Bob KelanangB E T U L L A T UBetul la tu memang orang baik xkan duduk sama orang jahat Persoalannya sekarang siapa yang baik dan siapa yang jahat Kalau awak kata UMNO BN tu jahat abis tu pasal apa PAS buat Muafakat Nasional dengan UMNO Haha...
Pernah Disihir Akibat Dengki Mawi Dakwa Nampak Hari Kiamat

Pernah Disihir Akibat Dengki Mawi Dakwa Nampak Hari Kiamat

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 338 hits
TSUMAWI Satu istilah yang secara tiba tiba wujud dan mengingatkan kembali zaman kegemilangan figura bernama Mawi sewaktu zaman Akademi Fantasia musim ketiga sehingga menjadi satu fenomena dalam arus dunia hiburan tanah air
Disuruh Cadang Makanan Lokal Jawapan Orang Luar Di Konsert Treasure Undang Kecaman Peminat Malaysia

Disuruh Cadang Makanan Lokal Jawapan Orang Luar Di Konsert Treasure Undang Kecaman Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 460 hits
Tak sah la kalau datang Malaysia tapi tak cuba makanan lokal kan Artikel Berkaitan Baru baru ini TREASURE telah mengadakan konsert jelajah RELAY TOUR REBOOT di Axiata Arena Kuala Lumpur dan konsert tersebut telah disambut meriah oleh pemina...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Masak Nasi Lemak Simple

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Tok Wan Nasi Berlauk Nasi Lemak Barakah