Muhyiddin Perlu Disuntik Vaksin Malu Terlebih Dahulu


 
Seperti dilaporkan media, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Covid19.
Beliau akan menerima suntikan tersebut di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya pada Jumaat, 26 Februari ini.
Diberitakan Muhyiddin sendiri membuat keputusan untuk menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid19 bagi memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin tersebut selamat digunakan.
Jika tujuan menjadikan Muhyiddin penerima pertama vaksin untuk maksud memberi keyakinan kepada rakyat, ia adalah keputusan yang tidak tepat kerana kedudukannya sendiri sebagai Perdana Menteri tidak lagi diyakini.
Bagaimanakah seorang yang tidak lagi diyakini mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk meyakini apa yang dilakukannya?
Tidak mustahil, dengan Muhyiddin menjadi orang pertama disuntik vaksin, lebih ramai yang enggan membenarkan badan mereka disuntik dengan vaksin Covid19.
Muhyiddin bukanlah seperti Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong atau Presiden Indonesia, Joko Widodo yang sangat diterima baik oleh rakyat kedua-dua negara itu sehingga apa saja yang mereka lakukan lebih mudah menjadi ikutan.
Sebab itu, kewajaran Lee Hsien Loong dan Jokowi menjadi orang pertama di negara mereka menerima suntikan vaksin Covid19 tidak diragukan manfaatnya.
Berbeza dengan Muhyiddin, berikutan kedudukan beliau yang sarat dengan pertikaian, selain ramai yang ragu-ragu dengan vaksin itu sendiri, berharap kepada Perdana Menteri sebagai model ikutan mungkin akan menghasilkan natijah yang sia-sia saja.
Malah, dengan Muhyiddin menjadi orang pertama disuntik, kemudian diikuti dengan petugas-petugas barisan hadapan, beliau kini turut dipersendakan pelbagai pihak agar membawa sekali kesemua 220 Ahli Parlimen untuk menerima suntikan tersebut.
Selepas itu, diharapkan tiadalah masalah lagi untuk beliau membenarkan Parlimen bersidang kerana kesemua Ahli Parlimen sudah dilindungi daripada sebarang jangkitan Covid19.
Tetapi, adakah mungkin Muhyiddin akan melakukannya?
Kecuali jika Muhyiddin benar-benar ada perasaan malu dalam dirinya, perkara yang pertama yang harus dilakukannya ialah membenarkan Parlimen bersidang lantaran keabsahan dan majoriti dimilikinya sedang menjadi pertikaian ramai.
Malangnya, dalam sejarah Malaysia, Muhyiddin inilah Perdana Menteri yang paling tidak malu atau tidak mempunyai perasaan malu dalam dirinya berbanding semua penyandang sebelumnya.
Selepas menangguh-nangguh sidang Parlimen kerana tidak yakin dengan majoritinya, menolak sebarang usul tidak percaya atau usul percaya, beliau kemudian mencadangkan darurat yang tujuan pokoknya ialah menggantung Parlimen apabila terlihat beberapa Ahli Parlimen mula menarik sokongan terhadapnya.
Darurat yang kononnya untuk menangani Covid19, walaupun PKP telah dilaksanakan, akhirnya difahami majoriti rakyat hanyalah untuk melindungi kuasanya semata-mata.
Ini kerana, secara perlahan-lahan banyak sektor kegiatan manusia seperti pasar malam, sekolah, kilang-kilang, aktiviti sukan, restoran dan segala macamnya lainnya sudah pun dibuka pada waktu ini.
Namun, di sebalik semua sudah dibuka, Parlimen tetap ditutup seolah-olah di bangunan itulah tempat bersarangnya segala mak bapak virus Covid19.
Susulannya, tidak kurang yang menyindir Muhyiddin agar membenarkan Ahli Parlimen bersidang di dewan sekolah atau di tapak pasar malam saja.
Pokoknya, segala kebejatan yang ada dalam negara sekarang ini tidak lain adalah kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak punya perasaan malu lagi dalam dirinya.
Kalau Muhyiddin ada perasaan itu, tentu beliau sangat malu mengekalkan lagi dirinya sebagai Perdana Menteri, menerima gaji, memberi makan anak isteri dan keluarganya serta muncul di khalayak ramai melalui pengekalan kuasa dengan cara yang tidak demokratik serta bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi.
Untuk itu, jika ada suntikan pertama yang patut diterima Muhyiddin ketika ini, ia tidak lain ialah vaksin yang boleh memahamkannya erti malu, seterusnya menjadikan sifat malu itu perisai keutamaan dalam dirinya sebagai seorang manusia dan juga pemimpin. (Shahbudindotcom 23/02/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/muhyiddin-perlu-disuntik-vaksin-malu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Yang Tidak Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

Golongan Yang Tidak Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 589 hits
Sedia maklum kita tahu bekalan pertama dos vaksin Pfizer BioNTech untuk COVID 19 sudah pun selamat sampai di Malaysia Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid 19 baca juga F...
Kipi 64 Persen Orang Disuntik Vaksin Alami Immunization Stress Related Responses

Kipi 64 Persen Orang Disuntik Vaksin Alami Immunization Stress Related Responses

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 192 hits
Immunization stress related responses sama sekali tidak terkait dengan kandungan vaksin Covid 19 Pada kondisi immunization stress related responses seseorang mengalami mual muntah hingga mendadak pingsan
Muhyiddin Tiada Sebab Lagi Tangguh Parlimen Selepas Semua Mp Menerima Vaksin Covid 19

Muhyiddin Tiada Sebab Lagi Tangguh Parlimen Selepas Semua Mp Menerima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 372 hits
KOTA KINABALU Tiada lagi sebab untuk Dewan Rakyat tidak bersidang selepas ahli Parlimen menerima vaksin nanti menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin Chan berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
Mb Selangor Disuntik Vaksin Tiada Kesan Sampingan

Mb Selangor Disuntik Vaksin Tiada Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 228 hits
Warga Selangor diseru segera mendaftarkan ke dalam program vaksinasi kebangsaan Covid 19 negara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata hal itu penting kerana program vaksinasi akan membendung kes Covid yang tinggi di neger...
Pernah Dijangkiti Covid 19 Sebelum Pulih Dr Zulkifli Selesai Disuntik Vaksin

Pernah Dijangkiti Covid 19 Sebelum Pulih Dr Zulkifli Selesai Disuntik Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 290 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri menerima suntikan vaksin Covid 19 di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11 selepas selesai solat Jumaat tengah hari tadi Menerusi sebuah posting di laman Faceboo
Besok 200 Pedagang Pasar Cinde Palembang Disuntik Vaksin Covid 19

Besok 200 Pedagang Pasar Cinde Palembang Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 274 hits
Operasional Pasar Cinde Palembang Hendra Wijaya mengungkapkan jumlah pedagang divaksin mengalami lonjakan signifikan yang awalnya hanya 70 orang Seiring sosialisasi dijalankan pedagang berangsur mendaftar dan kini terdata 200 orang
Ramai Yang Persoal Kj Tekad Untuk Disuntik Vaksin Yang Sama Dengan Rakyat

Ramai Yang Persoal Kj Tekad Untuk Disuntik Vaksin Yang Sama Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 253 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa dirinya tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid 19 keluaran Pfizer Biontech seperti menteri menteri yang lain Menerusi laporan Utusan Malaysia beliau sendiri membuat...
Tak Mau Disuntik Vaksin Warga Satu Dusun Sembunyi Di Hutan

Tak Mau Disuntik Vaksin Warga Satu Dusun Sembunyi Di Hutan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 192 hits
Sejumlah warga di Kabupaten Alor NTT bersembunyi di hutan karena tak mau disuntik vaksin Covid 19 Mereka adalah warga Dusun II Batu Putih Desa Alila Timur Kecamatan Kabola Alor Keberadaan warga yang sembunyi di hutan diketahui atas laporan ...
Tak Rasa Apa Apa Sekejap Saja Pm Kongsi Pengalaman Disuntik Vaksin

Tak Rasa Apa Apa Sekejap Saja Pm Kongsi Pengalaman Disuntik Vaksin

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 224 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkongsi pengalamannya selepas menerima suntikan vaksin Covid 19 yang menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan hari ini Saya tak rasa apa apa pun Saya tunggu sekejap tengok dah habis maca...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah