Muhyiddin Optimis Pn Jadi Gabungan Politik Diterima Rakyat Pada Pru15


Mohd Zaini Samsu Hadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah)bersama Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (kanan) dan Penasihat Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong (kiri) mengangkat tangan sambil melaungankan 'Satu Hati' pada Persidangan Perwakilan Nasional Ke-50 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQKUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis bahawa Perikatan Nasional (PN) akan menjadi gabungan politik pilihan rakyat pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, keyakinan tersebut  berdasarkan PN menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat dan berintegriti selari dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat di negara ini.
Katanya, PN telah membuktikan mampu mentadbir negara dengan baik dan mengamalkan dasar prihatin rakyat serta mempertahankan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang sepanjang mentadbir negara sebelum ini.
“Rekod ini akan kita pertahankan dan persembahkan kepada rakyat untuk mereka membuat penilaian,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), di sini, hari ini.
Menurut bekas perdana menteri itu, PN juga sebuah gabungan politik pelbagai kaum yang sentiasa menekankan aspek perpaduan kaum dan agama dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Katanya, PN beriltizam untuk membela nasib semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan wilayah.
Tambah beliau, komitmen itu telahpun dilaksanakan oleh PN menerusi Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan perkara asas paling utama dalam dasar itu ialah memastikan tiada siapa yang akan tertinggal.
“Kita akan berkongsi khazanah kekayaan negara secara bersama dan maju bersama-sama tanpa seorang pun yang tertinggal di belakang. Ini komitmen Perikatan Nasional,” ujarnya.
Justeru beliau berkata, penyertaan Gerakan ke dalam PN adalah satu pilihan yang tepat dan beliau selaku Pengerusi PN amat mengalu-alukan sumbangan parti Gerakan dalam melengkapkan PN sebagai sebuah gabungan parti politik yang mewakili semua kaum di Malaysia.
Katanya, tugas Gerakan yang selanjutnya adalah untuk bersama-sama memperkukuhkan PN sebagai sebuah gabungan politik nasional yang kuat dan disokong oleh majoriti rakyat.
Jelasnya, hanya dengan sokongan majoriti rakyat, PN akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil untuk melaksanakan dasar-dasar prihatin rakyat, mempertahankan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang serta memaju dan memakmurkan negara yang hasilnya dapat dikongsi oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan wilayah.
“Inilah tugas dan cabaran besar bagi Gerakan sebagai sebuah parti anggota Perikatan Nasional. Saya percaya tugas ini akan dapat digalas dengan baik oleh seluruh pimpinan dan ahli Gerakan yang berjuang dengan semangat satu hati untuk mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/muhyiddin-optimis-pn-jadi-gabungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Rakyat Benci Katak Politik Nazri

Parlimen Rakyat Benci Katak Politik Nazri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN NAZRI AZIZ KUALA LUMPUR Sebenarnya rakyat dah menyampah benci bosan dan meluat dengan ahli ahli politik yang langsung tidak meletakkan kepentingan rakyat atas kepentingan peribadi Demikian ucapan perbahasan Datu...
Siri Kembali Kepada Rakyat Pru15 Menentukan Nilai Murni Keadilan Dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Yassinsalleh

Siri Kembali Kepada Rakyat Pru15 Menentukan Nilai Murni Keadilan Dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Yassinsalleh

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 172 hits
Siri Kembali Kepada Rakyat PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa yassinsalleh Dan Si Luncai Masih Juakah Belum Lagi Mahu Terjun Sudah begini negara berada dalam libang libu limbo rock yang sepatutnya bersua...
Rakyat Masih Susah Sekarang Bukan Masa Sesuai Untuk Pru15 Nazri

Rakyat Masih Susah Sekarang Bukan Masa Sesuai Untuk Pru15 Nazri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 234 hits
Irwan Muhammad ZainMenurut Nazri seelok eloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan Gambar fail KUALA LUMPUR Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan ...
Pn Sedia Hadapi Pru15 Dalam Masa Terdekat Muhyiddin

Pn Sedia Hadapi Pru15 Dalam Masa Terdekat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA POST PERBINCANGAN dalam menentukan masa sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sudah diadakan kata Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata perkara itu sudah dibincangk...
Gabungan Politik Gabungan Pkr Dan Amanah Wajar Dipertimbang

Gabungan Politik Gabungan Pkr Dan Amanah Wajar Dipertimbang

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 234 hits
Cadangan menggabungkan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara perlu mendapat pertimbangan kedua dua pimpinan parti politik Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata kedua dua parti berkenaan dilihat memp...
Jemaah Menteri Tentukan Bila Pru15 Bukan Parti Politik Kata Takiyuddin

Jemaah Menteri Tentukan Bila Pru15 Bukan Parti Politik Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 225 hits
freemalaysiatoday com November 23 2021 11 50 AMSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menentukan bila masa sesuai PRU15 diadakan KUALA LUMPUR Parti politik tidak boleh menentukan bila pilihan raya umum ke 15 perlu dila...
Task Force Ini Utk Kepentingan Rakyat Atau Utk Kepentingan Politik

Task Force Ini Utk Kepentingan Rakyat Atau Utk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 271 hits
Apakah sudah tidak ada lagi isu korup dan penyelewengan yang menjejaskan rakyat atau rakyat jadi mangsa yang perlu di siasat
Video Rakyat Indonesia Bersyukur Cari Rezeki Di Malaysia

Video Rakyat Indonesia Bersyukur Cari Rezeki Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh Nurul Aisyah Sebulan kerja di ladang sawit sebagai buruh kasar dengan gaji hanya RM1500 Dari jumlah itu RM1000 sebulan dapat dikirimkan kepada keluarga di kampung Apabila negara makmur dan aman serta stabil bukan sahaja rakyat negara s...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation