Muhyiddin Mimpi Basah
Selepas dilantik sebagai Pengerusi BERSATU untuk Negeri Johor, TSMY macam dah terbayang-bayang akan mengangkat sumpah sekali sebagai MB Johor yang baru selepas PRU 14 nanti.....kahkahkah
Aku gelak kenapa? Kalau tengok muka-muka jawatan kuasa BERSATU Negeri Johor, yang senyum lebar cuma TSMY sorang je. Kalau tengok muka Salahudin, Aminolhuda dan Hassan Karim, memang nampak tak hepi.
Wakil DAP aje yang mungkin hepi, sebab dapat kuda baru
Bila TSMY kata "UMNO DI PENGHUJUNG?", kita tengok apa yang Saudara Azman Jaafar, KPU Pasir Gudang ni kata;
Maka berkokoklah seorang ketua kelasi sebuah parti yang pernah mengaku totok bahawa UMNO sedang berada di penghujungnya. Saya tidak tahu sama ada ingin ketawa ataupun merasa kecut dengan “ancaman” itu.
Sememangnya saya yakin bahawa Muhyiddin terkesan apabila orang bawahannya, suatu ketika dahulu dengan yakin menyatakan bahawa Pagoh tidak akan menjadi Permatang Pauh
Permatang Pauh dan Pagoh sememangnya mempunyai persamaan serta perbezaannya.
Persamaannya adalah mereka berdua adalah bekas pemimpin kedua tertinggi parti di Malaysia. Mereka berdua juga memasang cita-cita yang tinggi untuk menerajui kepimpinan negara.
Walaupun mereka secara amnya menyatakan bahawa mereka tetap mendokong ketua mereka, namun itu semua hanyalah sandiwara meraih simpati kerana akhirnya mereka berdua telah disingkirkan dari kerajaan dan juga parti
Bezanya pula, seorang dipenjarakan manakala seorang lagi dipecat. Ia apabila seringkali mencabar serta menyalahkan kedudukannya sebagai Timbalan kepada ketuanya. Bagaimanapun, dia kini bebas dan giat mengadu domba akan untung nasibnya kepada rakyat dan penyokongnya
Kedua-duanya sedang menerajui parti yang berlainan atas dasar kononnya ingin menegakkan keadilan, manakala seorang lagi mendakwa ingin menyelamatkan Malaysia.
Jika suatu ketika dahulu, mereka berdua cukup kuat menentang seorang musuh dari DAP, namun kini mereka berdua sangat akrab (bahasa orang sekarang boleh ‘cium mulut’) serta amat mematuhi segala titah perintah serta arahan darinya
Umum mengetahui Muhyiddin bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh
Penulis menerima bisikan angin yang bertiup hangat dari Pagoh bahawa beliau akan menerajui kerajaan pada pilihan raya yang akan datang.
Masih jelas dan terngiang-ngiang di telinga ini akan kata-katanya, “Apa tidakkah kamu semua mahu saya menjadi Perdana Menteri nanti? Bayangkan apa yang akan saudara-saudara dapat jika saya menjadi Perdana Menteri?”
Sikap hipokrit Muhyiddin telah dikesan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sejak beberapa tahun lamanya.
Paling ketara sewaktu isu 1MDB sedang hangat diperkatakan dan sememangnya ‘angin panas’ melanda Johor menyatakan bahawa Najib akan melepaskan jawatannya selepas selesai pernikahan anaknya
Muhyiddin, menurut beberapa orang kuatnya seakan-akan memasang strategi agar kes 1MDB serta derma RM2.1 bilion yang dihadapi Perdana Menteri itu akan memaksanya melepaskan jawatan.
Ia apabila bekas Perdana Menteri yang sedang kuat menggasak kerajaan kerana tidak puas hati terhadap kegagalan Najib memenuhi permintaan peribadinya
Alhamdulillah, sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang membawa maksud, “mereka merancang, Allah merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang”.
Allah tidak merestui niat jahat mereka terhadap Najib dan akhirnya segala tohmahan yang dilemparkan telah menjadi suatu fitnah yang memakan diri mereka sendiri
Semakin hari semakin terbuka akan hijab niat serta perbuatan jahat serta khianat mereka kepada negara dan juga bangsa mereka sendiri.
Apa yang jelas, akibat tamak serta sikap dengki dan iri hati, mereka akhirnya telah tertewas dengan nafsu serakah mereka
Semakin hari fajar menyingsing, semakin terbukalah hijab dosa dan noda yang mereka pernah lakukan selama mereka berkuasa.
Siapa di antara Bangsa Johor yang tidak lupakan terkubur dan hancurnya ASJ sewaktu Muhyiddin memerintah negeri?
Jangan kita lupa akan projek Safari yang terbengkalai serta JB Waterfront?
Allah bukakan hijab serta aib Muhyiddin kerana dia telah menganiaya insan lain serta bangsanya sendiri. Kononnya apa yang dilakukan adalah atas nama keadilan dan menyelamatkan negara
Kita wajar bertanya, semenjak menjadi Menteri Besar selama hampir 10 tahun, berapakah rumah untuk rakyat termiskin yang dibina?
Apakah Johor benar-benar maju di bawah pemerintahannya? Apakah yang dapat kita banggakan dengan Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor?
Walaupun Muhyiddin berlatarbelakang bidang ekonomi, namun perkembangan ekonomi Johor di zamannya jauh mundur berbanding era Menteri Besar Johor hari ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Di zaman Khaled, negeri membangun dan paling ketara, kerancakan pertumbuhan ekonomi Johor dapat dirasai oleh seluruh rakyat
Johor berjaya mengurangkan defisit bajet dan berjaya membayar hutang-hutangnya. Kemampanan ekonomi Johor jelas dapat ditaksirkan melalui Bajet Johor kebelakangan ini
Hal ini diperakukan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP sendiri. InsyaAllah, Johor akan menjadi negeri yang jauh lebih baik dari zaman Muhyiddin
Johor merupakan negeri keempat yang menyumbang kepada KDNK Malaysia. Ianya tidak pernah berlaku sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar, sekalipun beliau memerintah hampir 10 tahun
Ekonomi Johor hari ini bertambah baik dan semakin bertambah rancak. Pelaburan datang dengan mencurah-curah dan peluang pekerjaan semakin bertambah.
Pembangunan di Johor semakin bercambah. Tidak hanya bertumpu di bandar raya Johor Bahru sahaja, malah merebak di semua daerah
Buatmu Muhyiddin, maaf jika saya katakan di sini - riwayat politikmu sebenarnya yang sedang menuju ke penghujungnya.
Khaled adalah Menteri Besar yang amat bertanggungjawab dan peka dengan masalah rakyat dan alhamdulillah, apa sahaja yang dilakukannya, mendapat sokongan serta perkenan dari DYMM Sultan Johor sendiri selaku payung negeri.
Kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan pihak istana dalam sistem muafakat yang diperkenalkan oleh Khaled memungkinkan rakyat Johor terus mendapat nikmatnya
MuhALLAH SELAMATKAN SULTAN
ALLAH BERKATI NEGERI JOHOR
ALLAH PELIHARA MENTERI BESAR JOHOR
Azman JaafarKetua PemudaUmno Bahagian Pasir Gudang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dtenggara.blogspot.com/2017/08/muhyiddin-mimpi-basah.html