Muhyiddin Masih Kekal Sebagai Perdana Menteri Peguam Negara



MUHYIDDIN Yassin masih kekal sebagai perdana menteri kerana setakat ini tiada bukti mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau sudah hilang sokongan majoriti untuk mengetuai kerajaan, kata Peguam Negara Idrus Harun.
Katanya, pengumuman penarikan balik sokongan Umno adalah kenyataan sebuah parti politik yang membentuk kerajaan dan bukannya kenyataan ahli Dewan Rakyat.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  
“Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan sesuatu parti politik atau mana-mana pemimpin parti politik.
“Oleh itu, daripada segi undang-undang, perdana menteri dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.
Idrus mengulas kenyataan yang dikeluarkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 7 Julai, 2021 yang dibacakan kepada umum selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, malam tadi.
Selepas mesyuarat lebih empat jam bermula 8.30 malam secara dalam talian, Zahid mengumumkan pendirian Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Beliau juga mengumumkan desakan Umno agar Muhyiddin segera letak jawatan untuk diganti seorang perdana menteri sementara.
“Tempoh perdana menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan,” katanya.
Perdana menteri sementara itu juga nanti akan segera menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pilihan raya apabila Malaysia mencapai tahap imunisasi kelompok, tambahnya.
Awal hari ini, Idrus dilapor mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di rumah perdana menteri di Kuala Lumpur.
Beberapa menteri Kabinet juga kemudian dilihat berada di rumah itu antaranya Ismail Sabri Yaakob yang semalam diumum dilantik sebagai timbalan perdana menteri, menteri luar negeri Hishammuddin Hussein yang diangkat sebagai menteri kanan dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
Difahamkan Muhyiddin hari ini mengadakan pertemuan dengan menteri dan ahli Parlimen Perikatan Nasional secara berperingkat dalam kumpulan kecil.
Muhyiddin yang dirawat di hospital sejak Rabu minggu lalu selepas mengalami jangkitan pada sistem penghadaman dibenar pulang ke rumah kelmarin (Selasa, 6 Julai).
Pada 4 Julai, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan gangguan kesihatan itu tidak menunjukkan masalah barah yang dihadapi beliau sebelum ini berulang.
Laporan dari The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/muhyiddin-masih-kekal-sebagai-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Pm Jemaah Menteri Kekal Berfungsi Seperti Biasa

Peguam Negara Pm Jemaah Menteri Kekal Berfungsi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 313 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata buat masa ini kerajaan tidak m...
Kenyataan Media Bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Adalah Tidak Benar

Kenyataan Media Bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 303 hits
SEBENARNYA Pejabat Perdana Menteri menegaskan kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adala
Jemaah Menteri Sokong Muhyiddin Kekal Pm

Jemaah Menteri Sokong Muhyiddin Kekal Pm

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 258 hits
Jemaah menteri sokong Muhyiddin kekal PM Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 2021 4 42PM
Menteri Kabinet Dan Peguam Negara Ke Rumah Piem

Menteri Kabinet Dan Peguam Negara Ke Rumah Piem

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 531 hits
MUNGKIN KERANA DESAKAN UMNO SUPAYA MUHYIDDIN LETAK JAWATANBUAT MASA SEKARANG KERAJAAN PN SEPERTI DIHUJUNG TANDUK BILA BILA MASA SAHAJA BOLEH TUMBANG HITAM PUTIH DI TANGAN UMNO KOT LAA INILAH MASA PAKATAN HARAPAN BOLEH JUMPA AGONG DAN NYATAK...
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dimasukkan Ke Hospital

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 386 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pada pagi ini Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas seb...
Mahathir Kritik Peguam Negara Dalm Isu Muhyiddin

Mahathir Kritik Peguam Negara Dalm Isu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 245 hits
Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin Dr M kritik AG Tafsir ikut budi bicara bukan undang undang Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik pendirian peguam negara Idrus Harun berhubung sokongan majoriti terhadap Perdan...
Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 257 hits
MMALAYSIA NOW Setakat ini masih tidak ada fakta yang jelas menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak memiliki kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat Peguam Negara Idrus Harun Gambar Bernama Peguam Negara Idrus Harus hari ini berkat...
Umno Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri

Umno Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 289 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO putuskan tidak akan sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau jalin kerjasama dengan DAP PH Perkara ini juga disebut dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi oleh Presiden UMNO Dato S...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025