Mahathir Kritik Peguam Negara Dalm Isu Muhyiddin



Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin
Dr M kritik AG: Tafsir ikut budi bicara bukan undang-undang
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengkritik pendirian peguam negara, Idrus Harun berhubung sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Ini selepas Idrus menegaskan tiada fakta jelas menunjukkan Muhyiddin hilang sokongan majoriti meskipun Umno telah membuat pendirian menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin.
“Itu nampak undang-undang ini dia berjalan kaki kiri, kaki kanan pun dia tak tahu. Ada kala kaki kiri, ada kala kaki kanan.
“Dan kita tak boleh lagi bergantung pada undang-undang, kerana undang-undang ini ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut budi bicara bukan mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.
Dakwa ahli parlimen Langkawi itu, undang-undang tidak dilaksanakan dengan sejajar.
Idrus berkata, pengumuman oleh Umno awal pagi tadi tidak boleh digunakan untuk menentukan majoriti dimiliki Muhyiddin, memandangkan ia harus ditentukan oleh ahli parlimen itu sendiri, bukan kenyataan media parti atau pemimpin politik.
Pun begitu, kata Mahathir, menerusi kenyataan partilah Muhyiddin meraih kuasa selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Februari tahun lalu.
“Kami ingin beritahu bahawa di waktu Muhyiddin mendakwa dia mendapat sokongan majoriti, dia juga tidak mengambil persetujuan daripada setiap wakil rakyat, khususnya dari Bersatu.
“Daripada Bersatu, kami enam orang tak menyokong, tapi dimasukkan juga seolah-olah kami menyokong. Jadi ini adalah satu pembohongan. Jika kenyataan dibuat oleh presiden parti tak boleh diterima, sepatutnya kenyataan Muhyiddin tak diterima.
“Tapi diterima, dan Muhyiddin diisytihar sebagai perdana menteri. Tapi kali ini pula, kenyataan presiden parti tak boleh diambil kira,” katanya.
Tumpuan pulihkan keadaan rakyat
Selain itu, Mahathir juga menegaskan pendirian Pejuang yang tidak mahu terlibat dalam kerenah politik yang sedang hangat kini, sebaliknya memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan rakyat terjejas gara-gara Covid-19 yang semakin menampakkan peningkatan.
Pendirian itu turut ditegaskan ketika dia diajukan soalan oleh wartawan yang meminta pendapatnya tentang perkembangan politik semasa, termasuk isu majoriti dimiliki Muhyiddin.
Mahathir, sekali lagi mengusulkan penubuhan satu badan pentadbir khusus bagi menguruskan pandemik Covid-19, yang digelarnya Majlis Pemulihan Negara, bertujuan mengurangkan kes Covid-19 sehingga mencapai imuniti kelompok, menyelesaikan masalah persekolahan, dan memulihkan ekonomi negara.
Majlis itu usulnya haruslah dianggotai pakar-pakar pelbagai bidang bagi menguruskan wabak, dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor politik.
“Tindakan untuk memulihkan keadaan rakyat ini adalah perkara utama. Kami tak peduli tentang soal politik.
“Politik bukan cara mengatasi masalah dihadapi rakyat.
“[…] Kami tak berminat nak menjadi popular. Kami berminat nak kurangkan kes Covid-19, dan semua masalah yang dihadapi rakyat,” katanya dalam sidang media berkenaan.
Semalam, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.
Umno kini mempunyai 38 ahli parlimen, tetapi majoriti daripadanya dikatakan enggan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.
Pun begitu, dengan majoriti empat kerusi, tidak banyak ahli parlimen yang diperlukan untuk menarik sokongan daripada 38 ahli parlimen itu bagi menumbangkan Muhyiddin.
Sebelum kenyataan Idrus itu, dia dilaporkan mengunjungi kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.
Parlimen dijadualkan kembali bersidang pada 26 Julai. Mk
Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi Buat apa nak minta maaf – Ds Vida Resepi dalca tulang tanpa santan Layari Laman Facebook MYKMU
Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim

The post Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/08/mahathir-kritik-peguam-negara-dalm-isu-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Masih Kekal Sebagai Perdana Menteri Peguam Negara

Muhyiddin Masih Kekal Sebagai Perdana Menteri Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 317 hits
MUHYIDDIN Yassin masih kekal sebagai perdana menteri kerana setakat ini tiada bukti mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau sudah hilang sokongan majoriti untuk mengetuai kerajaan kata Peguam Negara Idrus Harun Katanya pengumuman penarikan...
Muhyiddin Kini Ada Dua Pilihan Peguam

Muhyiddin Kini Ada Dua Pilihan Peguam

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 244 hits
Muhyiddin kini ada dua pilihan Peguam Muhyiddin ada 2 pilihan setelah Umno tarik balik sokongan kata peguam KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai dua pilihan setelah Umno secara rasmi menarik balik sokongan kepadanya kata ...
Kenderaan Peguam Negara Dilapor Masuk Ke Kediaman Pm

Kenderaan Peguam Negara Dilapor Masuk Ke Kediaman Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 254 hits
July 8 2021 Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 9 40 pagi Kelibat kenderaan membawa menteri dan ...
Gabungan Ngo Buat Laporan Polis Ke Atas Peguam Negara

Gabungan Ngo Buat Laporan Polis Ke Atas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 579 hits
Gabungan bertindak Memorandum Rakyat Malaysia yang terdiri daripada 36 NGO membuat laporan polis tengah hari tadi ke atas Peguam Negara kerana mengeluarkan kenyataan mempersenda titah Yang di Pertuan Agong Koordinator GBMRM Mustapha Mansor ...
Peguam Negara Pm Jemaah Menteri Kekal Berfungsi Seperti Biasa

Peguam Negara Pm Jemaah Menteri Kekal Berfungsi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 349 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata buat masa ini kerajaan tidak m...
Menteri Peguam Negara Bertemu Pm Pagi Ini

Menteri Peguam Negara Bertemu Pm Pagi Ini

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 273 hits
Kenderaan dilihat memasuki kediaman PM sejak awal pagi PETALING JAYA Beberapa kenderaan yang dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin di Bukit Damansara Kuala Lumpur pag...
Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 275 hits
MMALAYSIA NOW Setakat ini masih tidak ada fakta yang jelas menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak memiliki kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat Peguam Negara Idrus Harun Gambar Bernama Peguam Negara Idrus Harus hari ini berkat...
Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suara Keamanan Profesor Lin Xiang Xiong

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World

Nila Seputih Biru

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Buasir Otak Tv Buah Apa Yang Susah Be Like

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette