Muhyiddin Kini Lebih Teruk Dibenci Berbanding Najib


 
Hari demi hari yang berlalu, Muhyiddin Yassin kini bukannya makin disukai, tetapi nampaknya semakin dibenci dan dihamburkan kata-kata nista terhadapnya.
Jika selepas pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, beliau lebih teruk dikecam daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri, terutama berkaitan isu KWSP dan moratorium pinjaman bank, semalam pula ketika muncul dalam wawancara Astro Awani, keadaannya jauh lebih parah lagi.
Dalam semua platform media sosial yang berkongsi siaran langsung tersebut, boleh dikata lebih 90 peratus yang memberi komen telah meluahkan kata-kata kecaman, kebencian dan nistaan terhadapnya.
Malah, dalam Facebook Muhyiddin sendiri yang turut berkongsi wawancara itu, ia penuh dengan komen-komen yang bernada kebencian dan gambaran meluat kepadanya.
Di laman Facebook beberapa penyokong Muhyiddin yang cuba memuji Perdana Menteri berikutan wawancara tersebut, turut dijadikan sasaran kecaman netizen dengan kata-kata makian dan serangan.
Pendek kata, apa saja berkaitan Muhyiddin sekarang ini, lebih banyak atau lebih 90 peratus akan dibalas dengan nada kebencian berbanding suka kepadanya.
Baru lapan bulan jadi Perdana Menteri, kenapa keadaan ini berlaku?
Tidak dinafikan, semua keadaan ini bermula dengan kedudukan Muhyiddin sendiri yang naik jadi Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan atau pintu belakang dan bukan melalui pilihanraya.
Pada mulanya, hanya penyokong PH yang banyak mengkritik dan membalunnya, tetapi lama-kelamaan ia merebak kepada rakyat biasa, mereka yang berkecuali dan penyokong PN sendiri, khususnya daripada UMNO.
Selain beberapa tindakan dan pendekatannya sendiri yang menyumbang ke arah itu, ia kemudian diperkukuhkan lagi apabila beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dilihat tidak mesra kepada kehendak rakyat, terutama dalam isu pengeluaran Akaun 1 KWSP berjumlah RM10 ribu dan lanjutan moratorium pinjaman bank di ketika PKPB terus dipanjangkan lagi tempohnya.
Satu dua perkara lagi yang dilakukannya sebelum itu seperti melindungi Azmin Ali dan dikatakan hanya mendengar nasihat beberapa menteri serta orang kanan di sekelilingnya, kata-kata tidak berpolitik di musim PKP hanya ungkapan tak serupa bikin, menekan serta membuli rakan sendiri iaitu UMNO, memberi peruntukan besar untuk unit propaganda Jasa, semua itu secara tidak lamgsung telah menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Muhyiddin yang sejak dalam UMNO lagi memang diketahui tidak mesra alam, sejuk dan lebih banyak masam daripada senyum yang dipapar di wajahnya.
Jika Najib Razak sebelum PRU14 begitu dibenci oleh rakyat dan netizen, kebencian mereka terhadap Muhyiddin sekarang ini, jika diteliti, jauh lebih parah daripada itu.
Najib sekurang-kurangnya dibenci ke tahap itu setelah lapan tahun menjadi Perdana Menteri, namun Muhyiddin menerima keadaan yang sama hanya dalam lapan bulan saja tempohnya.
Apa mesti Muhyiddin lakukan sekarang?
Muhyiddin boleh saja mengabaikan semua luahan hati netizen itu, tetapi suatu perkara yang harus disedarinya ialah jika Najib yang lebih kuat kedudukannya pun boleh dijatuhkan oleh suara keramat rakyat, tentu tidak mustahil beliau yang berada di dahan rapuh sekarang ini untuk ditumbangkan sama.
Hanya masa dan ketikanya saja lagi belum tiba, tetapi ibarat durian yang sudah masak – lambat atau cepat, Muhyiddin tetap akan ke tanah akhirnya.
Untuk itu, jika beliau ada masa meneliti komen-komen netizen terhadapnya atau isterinya sendiri menyampaikan perkara itu kepadanya, keinsafan dan penyesalan pasti menerpa ke lubuk jiwanya sekarang.
Apa guna jadi ketua jika hanya 10 peratus saja yang ternampak suka?
Yang terbaik ialah beliau memilih jalan sejahtera seperti Pak Lah dahulu yang cepat-cepat berhenti sebelum kebencian makin melaut terhadapnya.
Apa lagi, jika menjadi Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan, lebih terpuji jika segera kembali ke pangkal jalan dan mengembalikan hak itu kepada yang berhak dan sepatutnya. (Shahbudindotcom 08/11/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/muhyiddin-kini-lebih-teruk-dibenci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moratorium Dan Kwsp Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

Moratorium Dan Kwsp Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 404 hits
Majoriti tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini Yang sinis b...
Mahathir Tidak Diganggu Di Era Muhyiddin Berbanding Era Najib

Mahathir Tidak Diganggu Di Era Muhyiddin Berbanding Era Najib

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 396 hits
Kerajaan Muhyiddin walaupun di kritik hebat malah Muhyiddin Azmin dan Hamzah difitnah dan di maki hamun tidak pula melayan atau mengambil tindakan balas kepada para pengkritik mereka Lokman Adam masih bebas bersuara Malah Tun juga masih men...
Pemimpin Pas Lebih Banyak Dibenci Berbanding Pakatan Harapan Anwar

Pemimpin Pas Lebih Banyak Dibenci Berbanding Pakatan Harapan Anwar

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 365 hits
November 2 2020 Pemimpin Pas didapati lebih banyak dibenci pengguna Twitter berbanding pemimpin Pakatan Harapan mengikut tinjauan Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence Pas yang kini sebahagian daripada komponen kerajaan Perikatan N...
Hiburan Lagi Artis Berhijrah Kini Ika Nabella Pula Berhijab Saya Sedang Berusaha Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

Hiburan Lagi Artis Berhijrah Kini Ika Nabella Pula Berhijab Saya Sedang Berusaha Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 470 hits
Semenjak beberapa hari yang lalu pelakon Ika Nabella dilihat telah tampil dengan imej bertudung menerusi akaun Instagram dan ternyata ianya telah menarik perhatian netizen dan juga peminatnya Dalam sebuah entri khas Ika Nabella telah menjel...
Honor Band 6 Kini Lebih Elegan Dengan Skrin Penuh Amoled 1 47 Inci

Honor Band 6 Kini Lebih Elegan Dengan Skrin Penuh Amoled 1 47 Inci

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 268 hits
Antara jenama yang giat menghasilkan penjejak kesihatan dengan harga berpatutan adalah HONOR melalui HONOR Band Kini model terbaharu telah diperkenalkan dengan rekaan lebih elegan melalui HONOR Band 6 HONOR Band 6 kini sudah menggunakan skr...
Jemaah Menteri Bincang Lebih Lanjut Titah Agong Muhyiddin

Jemaah Menteri Bincang Lebih Lanjut Titah Agong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 339 hits
113 total views 94 views today KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Sha...
Faktor Kejatuhan Muhyiddin Spb Ydp Agong Dan Raja Raja Melayu Lebih Memahami Apa Yang Sedang Berlaku

Faktor Kejatuhan Muhyiddin Spb Ydp Agong Dan Raja Raja Melayu Lebih Memahami Apa Yang Sedang Berlaku

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 531 hits
Peringkat awal TS Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik Muhyiddin berbelanja sakan dana negara sebanyak RM2 trilion yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri ke 6 DS Najib Razak Mengu...
We Only Act En Bloc Says Najib On Support For Muhyiddin

We Only Act En Bloc Says Najib On Support For Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 306 hits
Umno MPs will only decide en bloc on the party s position in the Perikatan Nasional coalition former president Najib Razak said today We must act as a single bloc This is among the views agreed on by everyone he told reporters after attendi...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida