Muhyiddin Kami Keluarkan Barang Kami Sendiri
Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
Kami bawa keluar perabot bukan ikut suka hati
Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak, berkata hanya pihak yang “tertipu” dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) percaya dia mengambil balik perabot dan barangan peribadi dari Seri Perdana selepas BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.
Dalam hantaran yang jelas dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, lewat petang tadi, Najib berkata, golongan terbabit jugalah yang percaya alasan diberikan itu yang mendorong kerajaan melakukan projek ubah suai dan naik taraf Seri Perdana bernilai RM38.5 juta.
“Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ia (menjadi) niat kamu untuk berbelanja RM38.5 juta ke atas kediaman pada ketika rakyat diberitahu bahawa kerajaan tak ada banyak wang untuk membantu mereka,” katanya.
Tambahan pula, kata perdana menteri keenam Malaysia itu, perabot yang dikeluarkan dari Seri Perdana itu masih tersimpan di gudang sebab dia masih berpuas hati dengan apa yang sudah ada di rumahnya.
“Ia tak digunakan langsung. Jika kerajaan ada niat, saya setuju untuk berikan secara percuma kepada kerajaan.
“Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang ke warehouse untuk pilih,” katanya.
Petang tadi Muhyiddin mendakwa beberapa perabot di Seri Perdana dibawa keluar oleh Najib sebelum dia meninggalkan kompleks kediaman rasmi perdana menteri berkenaan.
Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Muhyiddin, antara barangan yang dibawa ialah candelier.
Ikut senarai diberi JPM
Muhyiddin juga menjelaskan kerja membaik pulih Seri Perdana itu dicadangkan oleh JPM dan Jabatan Kerja Raya. Pun begitu, menurut presiden Bersatu itu dia tidak tinggal di kediaman rasmi tersebut sepanjang tempoh menjadi perdana menteri.
“Jadi, ada perkara yang berbangkit adalah kerana antara perkara itu adalah perabot, candelier dan barangan-barangan yang ada di kediaman itu dikatakan dimiliki oleh perdana menteri keenam,” katanya.
Menjelaskan apa yang berlaku, Najib berkata, selepas kalah dalam PRU ke-14, dia sekeluarga hanya diberikan masa beberapa jam saja untuk meninggalkan Seri Perdana.
Pada 18 Nov 2020 katanya JPM meminta pihaknya mengambil barang-barang peribadi seperti yang ada dalam senarai muktamad diberikan Pejabat Perdana Menteri.
“Diberi tempoh masa dua minggu kepada pihak saya untuk selesaikan pemindahan sebelum 3 Dis 2020.
“Pada masa itu, staf saya pelik kenapa tiba-tiba kami disuruh untuk ambil balik barang-barang tersebut dengan begitu laju,” katanya.
Rupa-rupanya dakwa Najib ada seorang pengurus baru Seri Perdana dilantik dan ada rancangan oleh perdana menteri kelapan (Muhyiddin) untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu berpindah ke sana.
“Kami hanya dibenarkan untuk mengeluarkan barang-barangan berdasarkan dari senarai muktamad yang diluluskan dan diberi JPM. Bukan ikut suka hati,” katanya.
Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
Baca Artikel Menarik :
Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA
YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj
‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia
Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah
Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?
Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia
Erra tunggu keizinan Engku Emran
Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee
Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO]
Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga
Layari Laman Facebook MYKMU
Takkan saya tak berhak tahu – Najib
The post Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/30/muhyiddin-kami-keluarkan-barang-kami-sendiri/