Muhyiddin Kabinet Paling Mengecewakan Dalam Sejarah


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 3, 2022 11:32 AM
Muhyiddin Yassin menyifatkan barisan kabinet pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan tanggap tersebut dibuatnya kerana ada individu yang berdepan dengan 47 pertuduhan di mahkamah dibawa masuk ke kabinet.

Justeru bekas perdana menteri itu mendakwa Anwar sudah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya umum (PRU) lalu dengan menerika kleptokrat.

"Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah (diarah) membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

"Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga sekali lagi menegaskan bahawa kabinet Anwar tidak memiliki sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara kerana ditubuhkan "atas penipuan mandat' yang diberikan oleh rakyat Malaysia.
Malam tadi Anwar mengumumkan senarai 28 anggota kabinetnya yang diumumkan kira-kira seminggu selepas dia mengangkat sumpah.

Seperti dijangka perdana menteri ke-10 Malaysia itu melantik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengisi salah satu jawatan terkanan dalam kerajaan iaitu timbalan perdana menteri.

Ahmad Zahid yang kini sedang dibicarakan di mahkamah merupakan watak penting yang membawa BN memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Belas kasihan telah tiada

Hal itu kerana, walaupun PH menjadi parti yang memenangi kerusi terbanyak, jumlah yang dikumpul gagal mencukupi untuk membentuk majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Turut dilantik sebagai timbalan perdana menteri ialah pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak, Fadillah Yusof.

Pada pengumuman itu, Anwar turut memaklumkan yang dia juga akan memegang portfolio sebagai menteri kewangan.

Menurut Muhyiddin tindakan Anwar menerajui Kementerian Kewangan akan menyebabkan pemusatan kuasa dan ia boleh mencetuskan penyelewengan seperti skandal 1MDB.

"Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata," katanya.

Selain itu, dakwa Muhyiddin, ada ahli parlimen yang dikenali dengan sikap "cauvinis melampau" dilantik menerajui kementerian tertentu dan bakal mengundang kontroversi.

Justeru tambah ahli parlimen Pagoh tersebut, dia menjangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan di kementerian terbabit.

"Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai kabinet.

"Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tunggak kepimpinan negara," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/muhyiddin-kabinet-paling-mengecewakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Peperangan Paling Banyak Mengorbankan Nyawa Dalam Sejarah

10 Peperangan Paling Banyak Mengorbankan Nyawa Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 371 hits
Walaupun pemerintahan dan jajahan sering berubah namun melalui peperangan terdapat satu perkara yang tetap kekal sama iaitu kematian Banyak nyawa telah terkorban tidak kira atas apa alasan perang tercetus Berikut adalah 10 peperangan yang p...
Amirudin Muhyiddin Pernah Minta Saya Cari Adun Ph Untuk Paling Tadah

Amirudin Muhyiddin Pernah Minta Saya Cari Adun Ph Untuk Paling Tadah

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 153 hits
Dineskumar RaguKULIM Naib Presiden PKR Amirudin Shari mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin pernah memintanya mendapatkan ADUN Pakatan Harapan di Selangor berpaling tadah bagi menjatuhkan kerajaan PH di negeri itu Berucap d...
Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 327 hits
Cadangan Penstrukturan Semula Dan Penamaan Calon Calon Menteri Melibatkan Kementerian Kementerian Dan Portfolio Portfolio Di Jabatan Perdana Menteri A Cadangan Penstrukturan Semula Portfolio Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Timbalan...
Anwar Dedah Sebahagian Barisan Kabinet Esok Kata Sumber

Anwar Dedah Sebahagian Barisan Kabinet Esok Kata Sumber

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 160 hits
Anwar dedah sebahagian barisan Kabinet esok kata sumber Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2022 10 45PM
Pm Dijangka Umum Sebahagian Senarai Kabinet Esok

Pm Dijangka Umum Sebahagian Senarai Kabinet Esok

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 168 hits
Hariz MohdPerdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin mendedahkan sebahagian senarai nama ahli kabinet baru esok menurut sumber yang rapat dengan presiden PKR itu Walau bagaimanapun jika pengumuman dibuat tidak mungkin mereka yang dinamakan akan ...
Barisan Kabinet Hampir Selesai Kata Anwar

Barisan Kabinet Hampir Selesai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 268 hits
Barisan Kabinet hampir selesai kata Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2022 11 41PM
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak