Muhyiddin Jangan Lupa Ketika Beliau Dilantik Pm Dulu Ketika Itu Tun M Juga Dakwa Ada Sokongan Mencukupi






19 August 2024


Sebagai langkah mempertahankan diri, Muhyiddin Yassin berkata, apa yang disebutnya mengenai perlantikan Perdana Menteri selepas PRU15 lalu adalah sesuatu yang bersifat  fakta.


“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi Raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.


“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” katanya.


Benarkah ia fakta?


Satu perkara yang Muhyiddin barangkali tidak sedar ialah ucapanya yang lebih kurang bermaksud – entah kenapa saya tidak dijemput ke Istana Negara untuk dilantik sebagai Perdana Menteri – adalah dengan jelas mempertikaikan kewibawaan serta kebijaksanaan Agong ke-16 dalam membuat keputusan.


Dalam hal berkaitan, haruslah disedari kuasa melantik Perdana Menteri adalah hak budi bicara Agong terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mempunyai sokongan mencukupi.


Mempertikaikan hak budi bicara Agong itu, ia dengan sendirinya bermaksud menuduh Agong membuat keputusan tidak berdasarkan perlembagaan.


Di sinilah Muhyiddin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan kerana mencambahkan bibit-bibit kebencian terhadap institusi Raja-Raja Melayu.


Jika Muhyiddin tidak lupa, ketika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 lalu selepas Langkah Sheraton, pada ketika itu Tun Mahathir Mohamad yang ingin mencuba lagi untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri turut mendakwa memiliki sejumlah 114 Ahli Parlimen bersamanya.


Meski tidak dilantik, tetapi Tun Mahathir tidak pernah mempertikaikan kuasa Agong secara terbuka.


Di sinilah bijaksananya Tun Mahathir kerana beliau tahu kuasa itu adalah hak budi bicara Agong.


Sampai sekarang pun kita tidak perbah mendengar  secara terbuka Tun Mahathir mempertikaikan kenapa beliau tidak dilantik semula oleh Agong sebagai Perdana Menteri.


Tun Mahathir ternyata sedar, kuasa perlembagaan untuk melantik Perdana Menteri adalah budi bicara Agong dan bukan semata-mata berdasarkan dakwaan memiliki sokongan.


Lagi pula, selepas PRU15 lalu, Akta Anti Lompat Parti sudah pun dikuatkuasakan yang bermakna keputusan parti adalah muktamad, manakala sokongan melalui Akuan Bersumpah secara individu sudah tidak terpakai lagi.


Sepatutnya Muhyiddin mengambil kira semua perkara ini sebelum mahu terus mengungkit kenapa beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana ketika itu, ramai Ahli Parlimen yang menyokongnya tanpa restu parti.


Kepada Muhyiddin – move onlah, terus melangkah ke hadapan dan tidak habis-habis mengungkit nostalgia lama hanya membuat jiwa sendiri berfambah luka.


Selain itu, jika benar juga Muhyiddin meyakini beliau mempunyai sokongan mencukupi, kenapa beliau tidak pernah cuba membuktikannya di Parlimen?


Bukankah selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah pun membenarkan dibawa usul percaya  terhadapnya di Parlimen?


Kiranya benar Muhyiddin ada sokongan dan sampai sekarang beliau masih mempercayai hakikat tersebut lantaran ingin terus menyebutnya dalam kempen di Nenggiri, kenapa tidak cuba membuktikannya?


Atau cubalah buktikan di Parlimen selepas ini? –( ShahbudinHusin 19 Ogos 2024) .






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/muhyiddin-jangan-lupa-ketika-beliau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tiada Sokongan Mencukupi Ada Mp Tanda Tangan Sd Dua Tiga Kali

Muhyiddin Tiada Sokongan Mencukupi Ada Mp Tanda Tangan Sd Dua Tiga Kali

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 371 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 23 2024Perdana Menteri Anwar Ibrahim menempelak Muhyiddin Yassin yang terus menjaja bahawa dirinya mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu Sebaliknya menurut ...
Anwar Hina Yang Di Pertuan Agong Muhyiddin Di Minta Jangan Guna Jumlah Sd Untuk Alihkan Isu

Anwar Hina Yang Di Pertuan Agong Muhyiddin Di Minta Jangan Guna Jumlah Sd Untuk Alihkan Isu

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 583 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta tidak menggunakan jumlah akuan bersumpah sebagai alat untuk mengalihkan isu yang dikaitkan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional itu tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata Muhyidd...
Dulu Dia Adalah Penulis Paling Prolifik Dalam Rn Reformasi National Ketika Era Reformasi 98 Kini Beliau Melawan Arus

Dulu Dia Adalah Penulis Paling Prolifik Dalam Rn Reformasi National Ketika Era Reformasi 98 Kini Beliau Melawan Arus

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 291 hits
Fairul Al Qasas Hassan Karim1 Entah saya pernah ulas berkenaan HK ni secara terbuka atau tidak 2 Tapi HK ni memang suka lawan arus suka tunjuk pandai Langsung tak ada disiplin dalam organisasi Mungkin ini kesan orang yang pernah jadi presid...
Sentuh Isu Agama Raja Dan Kaum Ketika Kempen Prk Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

Sentuh Isu Agama Raja Dan Kaum Ketika Kempen Prk Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 223 hits
KUANTAN Polis Pahang menerima sebanyak 28 laporan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu agama raja dan kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri di Gu...
Airlangga Raja Jawa Itu Zaman Kerajaan Dulu

Airlangga Raja Jawa Itu Zaman Kerajaan Dulu

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 198 hits
Hal itu ia ungkapkan sebagai tanggapan terhadap pernyataan Ketua Umum DPP Partai Golkar Bahlil
Bila Dah Senang Jangan Lupa Dari Mana Kita Bermula

Bila Dah Senang Jangan Lupa Dari Mana Kita Bermula

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 259 hits
Ada pepatah mengatakan hidup ini ibarat roda yang berputar Kadang kadang kita di atas kadang kadang kita di bawah Tapi yang paling penting bila kita dah di atas tu jangan lupa macam mana kita mulanya di bawah dulu Senang cakap jangan lupa d...
Mungkin Ada Orang Yang Dah Lupa Kejadian Itu Tapi Saya Masih Ingat Setiap Babak Babak Yang Terjadi Mamat Sepah

Mungkin Ada Orang Yang Dah Lupa Kejadian Itu Tapi Saya Masih Ingat Setiap Babak Babak Yang Terjadi Mamat Sepah

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 236 hits
nbsp Mamat mendakwa dia mempunyai daya ingatan yang kuat dan masih ingat mengenai insiden berlaku 16 tahun lalu
Bagaimana Tun M Dan Muhyiddin Tipu Ydp Agong

Bagaimana Tun M Dan Muhyiddin Tipu Ydp Agong

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 306 hits
How Tun M Muhyddin cheated the Agong and citizens The Covid in Malaysia was made up and fake Words from the horse s mouth
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing