Muhyiddin Digesa Bercuti Sementara Siasatan Sprm


MALAYSIAKNI

Perdana menteri Muhyiddin Yassin digesa mengambil cuti sementara menunggu siasatan selesai terhadap rakaman audio yang dikatakan mirip suaranya mencadangkan agihan jawatan kepada ahli parlimen untuk mendapatkan sokongan politik.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ini untuk mengelak tanggapan negatif terhadap siasatan berkenaan dan bagi memastikan keadilannya.
Dalam kenyataan hari ini, kata Haniff, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi ruang untuk melakukan penyiasatan terhadap kes berkenaan.
“Walau apa sekalipun, pihak berkuasa yang terbabit, iaitu SPRM hendaklah diberi ruang lengkap untuk menyiasat pekara ini, dan mengambil tindakan lanjut terhadap sesiapa yang terlibat melakukan sebarang kesalahan, jika ada, berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan Haniff (gambar, bawah) itu adalah bagi menyokong kenyataan yang pernah dikeluarkan seorang lagi peguam Aidil Khalid bagi menggesa Muhyiddin mengambil cuti berhubung siasatan berkenaan.
Dalam kenyataan Aidil yang dimuat naik di Facebooknya pada 2 Jun lalu, dan disiarkan kemudiannya di Gemilang Daily dua hari kemudiaan, Aidil mengingatkan Muhyiddin bahawa gesaan bercuti itu pernah disuarakan Muhyiddin sendiri terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.
Beliau merujuk kepada kenyataan Muhyiddin pada 2015 yang menggesa Najib bercuti sementara menunggu selesai siasatan kes 1MDB bagi membenarkan siasatan dilakukan secara menyeluruh, meskipun ketika itu Najib belum lagi dituduh di mahkamah.
“Bagi membenarkan proses siasatan berlangsung secara adil dan bebas, Muhyiddin sewajarnya mengambil cuti (garden leave) sehingga siasatan tersebut tamat.
“Hal ini bagi mengelak sebarang persepsi negatif berhubung kendalian siasatan kes tersebut. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga perlu tampak dan ditampilkan.
“[...] Jika Muhyiddin boleh mencadangkan perkara itu kepada Najib, maka ia juga perlu diamal dan dilaksanakan oleh beliau sendiri pada hari ini, memandangkan beliau kini adalah dalam siasatan,” kata Aidil dalam kenyataan tersebut.
Pada 7 Disember 2015, ketika Muhyiddin masih timbalan perdana menteri, beliau dilaporkan menggesa supaya Najib bercuti semasa penyiasatan 1MDB bagi memastikan penyiasatan dapat dilakukan secara “bebas”.
Sementara itu, Aidil dalam kenyataan sama turut berkata keseluruhan ahli kabinet PN juga mungkin perlu bercuti memandangkan turut terlibat dalam transaksi pembahagian jawatan yang dikaitkan dengan Muhyiddin itu.
Pada 1 Jun lalu, sayap pemuda Bersatu dan PH, tanpa wakil PKR, telah membuat laporan SPRM berhubung klip audio mirip suara Muhyiddin yang mencadangkan anggota parlimen Umno 'dipikat' dengan jawatan menteri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bergabung dengan Bersatu.
Audio berkenaan dibocorkan oleh laman Facebook yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu.
Dalam rakaman itu, seorang lelaki yang suaranya menyerupai perdana menteri didengar berkata:
"Kalau dia (ahli parlimen Umno) tahu kerajaan baru nak terbentuk, Umno masuk, 'why don't you come in now, why don't you join us now rather than you join later?' (Kenapa tak sertai kami sekarang, daripada sertai kemudian?)
"Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan Umno (dengan hanya) 10 hingga 20 tinggal Najib (Razak) dan puak-puak dia.
"Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC (pengerusi GLC)," kata suara itu.
Mesyuarat Bersatu berlangsung sebelum 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan keluarnya Bersatu daripada PH yang menjadi kerajaan ketika itu serta mendorong kejatuhan kerajaan pimpinan Mahathir.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/muhyiddin-digesa-bercuti-sementara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Sprm Bermotifkan Politik Kata Pemimpin Warisan

Siasatan Sprm Bermotifkan Politik Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 434 hits
Peter Anthony muncul selepas 7 jam disoal siasat di pejabat SPRM di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony mendakwa soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atasnya hari ini b...
Laporan Sprm Terhadap Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin Isu Sogok Jawatan Glc

Laporan Sprm Terhadap Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin Isu Sogok Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 349 hits
Pemuda Parti Amanah Negara membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa berlaku suapan jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan oleh kerajaan Perikatan Nasional
Sprm Serbu Syarikat Sarung Tangan Wrp Dalam Siasatan Ke Atas Bekas Ceo

Sprm Serbu Syarikat Sarung Tangan Wrp Dalam Siasatan Ke Atas Bekas Ceo

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 355 hits
Lembaga pengarah baru WRP Asia Pacific berkata ia bersedia bekerjasama dan membantu siasatan ke atas pengurusan lama PETALING JAYA Pembuat sarung tangan WRP Asia Pacific Sdn Bhd mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu pr...
Kalau Muhyiddin Tidak Khianat Tun Masih Pm Sementara

Kalau Muhyiddin Tidak Khianat Tun Masih Pm Sementara

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 373 hits
Via WhatsApp Saya berpendapat kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan kerana perancangan dan langkah2 licik Middin Sila baca 1 Dr Mahathir bukan suka2 letak jawatan Dr Mahathir letak jawatan kerana Middin dengan sokongan MPT bersetuju keluar PH ...
Audio Mirip Muhyiddin Sampai Ke Pejabat Sprm

Audio Mirip Muhyiddin Sampai Ke Pejabat Sprm

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 320 hits
Laporan dibuat terhadap Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini susulan munculnya rakaman suara mirip Muhyiddin Yassin yang mencadangkan anggota parlimen Umno dipikat dengan jawatan menteri atau syarikat berkaitan kerajaan untuk bergabung denga...
Sprm Siasat Pendedahan Butiran Sulit Siasatan Ke Atas Taikun Kepada Ahli Politik

Sprm Siasat Pendedahan Butiran Sulit Siasatan Ke Atas Taikun Kepada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 460 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan laporan FMT tentang perhubungan antara menteri dan peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan yang membawa kepada badan anti rasuah itu diarah menarik balik pembekuan ak...
Bekas Ketua Sprm Sergah Mahathir Bela Muhyiddin

Bekas Ketua Sprm Sergah Mahathir Bela Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 404 hits
Bekas bos Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia membidas Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu melontarkan kritikan kepada Muhyiddin Yassin Menurut Dzulkifli Ahmad kenyataan dibuat Mahathir sebelum ini boleh dianggap sebagai...
Isu Warga Asing Siasatan Polis Terhadap Ngo Selesai Laporan Polis Dan Sprm Menyusul

Isu Warga Asing Siasatan Polis Terhadap Ngo Selesai Laporan Polis Dan Sprm Menyusul

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 471 hits
KUANTAN Saya beri kerjasama baik kepada pihak polis ketika siasatan kata Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli ketika dihubungi PDO hari ini lSemalam PDO melaporkan beliau disiasat polis susulan laporan yang dibuat oleh ...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini