Muhyiddin Bebas 4 Pertuduhan Salah Guna Kuasa



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dengan keputusan tersebut, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.
Beliau berpuas hati, pertuduhan yang dihadapinya tidak mendedahkan butiran kesalahan yang dilakukan menyebabkan tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.
Mahkamah berpendapat, jika perbicaraan diteruskan akan menyebabkan Muhyiddin tidak dapat menyediakan pembelaan sewajarnya dan menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin, 75, didakwa di ibu negara atas enam pertuduhan iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.
Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan iaitu wang berjumlah RM200 juta dari Bukhary Equity Sdn Bhd bagi milik Bersatu.
Beliau turut didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM1 juta daripada syarikat Nepturis Sdn. Bhd. juga bagi milik parti itu.
Bagi pertuduhan ketiga, beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5 juta daripada syarikat Mamfor. Sdn. Bhd. bagi milik partinya.
Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM12 juta bagi milik partinya daripada Datuk Azman Yusoff.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. -UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/muhyiddin-bebas-4-pertuduhan-salah-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Salah Guna Kuasa Mahkamah Lepas Bebas Muhyiddin

Kes Salah Guna Kuasa Mahkamah Lepas Bebas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 280 hits
malaysiakini comPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232 5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muham...
Mahkamah Bebas Muhyiddin Daripada Empat Tuduhan Rasuah Rm232 5 Juta

Mahkamah Bebas Muhyiddin Daripada Empat Tuduhan Rasuah Rm232 5 Juta

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232 5 juta bagi parti itu Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin...
Muhyiddin Bebas Daripada Tuduhan Rm232 5 Juta Program Jana Wibawa

Muhyiddin Bebas Daripada Tuduhan Rm232 5 Juta Program Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 259 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232 5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin...
Pembebasan Muhyiddin Cetus Persoalan Bidang Kuasa Mahkamah Peguam

Pembebasan Muhyiddin Cetus Persoalan Bidang Kuasa Mahkamah Peguam

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 199 hits
Geraldine TongKeputusan mahkamah untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa dan membebaskan sepenuhnya Muhyiddin Yassin pagi ini telah menimbulkan persoalan sama ada mahkamah diberi kuasa atau tidak untuk membebaskan tertuduh sebel...
4 Negeri Pn Guna Logo Tema Hari Kebangsaan Berbeza Dengan Persekutuan

4 Negeri Pn Guna Logo Tema Hari Kebangsaan Berbeza Dengan Persekutuan

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan Ke...
Guna Tema Hari Merdeka Yang Berbeza Perbuatan Derhaka Kepada Raja

Guna Tema Hari Merdeka Yang Berbeza Perbuatan Derhaka Kepada Raja

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 380 hits
Sambutan Hari Kebangsaan adalah acara rasmi negara yang diadakan setiap tahun bagi memperingati tarikh kemerdekaan Malaysia Setiap tahun Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara akan bersama sama dengan pimpinan negara dan rakyat jelata unt...
Kerajaan Terenggamu Umum Akan Guna Logo Amp Tema Hari Kebangsaan Putrajaya

Kerajaan Terenggamu Umum Akan Guna Logo Amp Tema Hari Kebangsaan Putrajaya

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 205 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan diperkenalkan Putrajaya bukan seperti dicadangkan Pemuda Perikatan Nasional kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Samsuri berkata pihaknya ...
Cadang Guna Tema Dan Logo Berbeza Khianati Prinsip Federalisme

Cadang Guna Tema Dan Logo Berbeza Khianati Prinsip Federalisme

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 194 hits
Mujibu Abd Muis menyeru kemungkinan guna tema dan logo berbeza di Perlis Kedah Kelantan dan Terengganu dipertimbang kerana mampu renggang hubungan kerajaan pusat KUALA LUMPUR Cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari meng...
Kempen Calon Lawan Banyak Guna Dana Di Mana Akta Kesalahan Pilihanraya

Kempen Calon Lawan Banyak Guna Dana Di Mana Akta Kesalahan Pilihanraya

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 261 hits
Penggunaan dana yang berleluasa oleh calon lawan terutamanya saingan Pakatan Harapan dan BN dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu menjadi salah satu punca sokongan beralih kepada pembangkang di beberapa negeri Menurut Ketua Penerangan...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord