Muhyiddin Annuar Musa Yg Berani Menegur
Norman.

PAS takut org Melayu tahu bahaya dosa fitnah?
KHATIB TAKUT BACA TEKS TENTANG FITNAH
Tarik nafas saya bila mendengar dalil Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin mendakwa dakwaan Razman Zakaria Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempunyai kaitan dgn keluarga pengasas Kumpulan YTL dianggap kes terpencil.
FITNAH dianggap kes terpencil? Ini kah ajaran Islam sdgkan dlm Al Quran Allah beritahu kita… “fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”
Patutlah begitu ramai pemimpin2 PAS disaman fitnah dan sehingga kini PAS telah membayar lebih RM 2 juta utk membayar saman FITNAH.
Betul lah apa yg dikata oleh org ramai, ‘FITNAH DGN PAS BERPISAH TIADA’ . Anda tidak berasa pelik… Presiden PAS sendiri tidak pernah menegur secara terbuka kpd mana2 pemimpin partinya yg begitu galak memfitnah.
Jawapan yg kita terima dari Presiden PAS, “Wajib bohong demi jaga maslahat.” Dalil atau analogi yg diberikan dlm ulasannya itu tidak ada kena mengena dgn isu membabitkan Nik Abduh ketika itu.
Jumaat lepas kita dikejutkan apabila teks khutbah Jumaat tidak mahu dibaca oleh khatib di sebuah Masjid di Perak. Jelas khatib tersebut derhaka kpd Sultan sebagai Ketua Agama negeri Perak.
Anda tahu apa tajuk teks khutbah tersebut? Teks dikeluarkan JAIPk utk dibacakan di semua masjid adalah bertajuk "Keburukan Fitnah Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki" yg menyenaraikan lima pengajaran daripada peristiwa al-Ifki.
Antaranya keburukan fitnah dan pentingnya menyelidiki maklumat yg diterima serta sabar dan tawakal ketika menghadapi fitnah. Isu kenapa khatib takut baca isu pasal fitnah.
Sdgkan teks itu tidak menyebut nama pemimpin PAS dan ia umum tentang bahaya fitnah. Ini kes siapa makan cili dia terasa pedas. Nampak saudara… bahaya fahaman atau ajaran Islam yg didoktrin dgn salah.
Saya melihat pemimpin PN bukan di kalangan PAS tahu bahaya cara PAS mendoktrinkan pengikutnya. Presiden atau pimpinan tertinggi PAS tidak akn menegur fitnah2 jahat yg dilakukan oleh pimpinan apatah lagi pengikut.
Anda pernah baca ketika kes Siti Mastura mana2 pemimpin PAS menegur MP Kepala Batas ini. Samada menyuruh minta atau sekurang kurangnya tarik balik kenyataan fitnahnya itu.
Dibiarkan sahaja fitnah itu supaya org Melayu percaya dan benci org Cina. Akhirnya disaman dan pengikut juga diminta utk menderma. Tak berapa lama fitnah bersiri Razman pula muncul bercerita keturunan Hannah Yeoh kononnya anak tauke YTL.
Ada pemimpin2 kanan PAS nasihat Razman Zakaria apa kepentingan menyebut keturunan Hannah Yeoh? Sekali lagi saman menyusul jika Razman tewas sekali lagi tin Milo diaktifkan.
Akhirnya bukan dari Presiden atau pimpinan tertinggi, mahupun Dewan Ulama PAS tetapi dtg dari Muhyiddin Yassin yg pernah menggelar PAS sebagai parti ajaran sesat.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan berikutan kenyataan Razman dlm ceramahnya baru2 ini.
Satu lagi betapa hipokritnya PAS menunggang isu Palestin. Bawa org Melayu berarak sepertimana RUU355 dahulu kononnya mereka lah terpaling Palestin.
Apabila PMX ingin bangunkan semula masjid, sekolah dan hospital utk penduduk Palestin kerana segalanya kemudahan hancur, PAS tidak menunjukkan sokongan.
Malah bila PMX dikecam oleh org Melayu dan bukan Melayu pemimpin PAS yg menjerit ‘Free Palestin, Free Palestin, Free Palestin disambut dgn takbir diam membisu… nampak sgt mereka bukan berjuang atas nama Tuhan tetapi atas nama PAS.
Akhirnya Annuar Musa yg bersuara mempertahankan PMX. Beliau menegaskan, semua pihak perlu bersikap adil dan tidak menolak sesuatu hanya kerana perbezaan politik.
"Jangan kerana kita tidak sukakan kerajaan atau pemimpin, maka kita mesti menolak semua perkara.
"Apa salahnya yg baik kita kata baik, yg buruk kita katakan buruk. Kebencian mesti ada batasnya," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Saya dpt rasakan di hati Muhyiddin dan Annuar Musa sedar bahaya ajaran PAS utk umat Islam. Hingga keduanya dgn berani menegur pemimpin2 PN terutama dari PAS isu FITNAH dan BANTUAN PALESTIN.
Muhyiddin dan Annuar Musa rasanya mulai sedar bahawa ajaran esktrim PAS ini bahaya jika ia berkembang. Hingga isu bantuan Palestin ditentang kerana kebencian mereka kpd PMX yg ditanam oleh PAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/muhyiddin-annuar-musa-yg-berani-menegur.html