Mufti Pm Jamin Menteri Baharu Lepas Tapisan Sprm Tidak Guna Sijil Palsu


OLEH MUHAMMAD YUSUF IBRAHIM
Ahad, 08 Mac 2020 06:58 PM MYT

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin bergambar bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin. ― Foto ihsan Facebook/DrMaza
KUALA LUMPUR, 8 Mac — Mufti Perlis memaklumkan kunjungannya ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam atas jemputan Perdana Menteri.

Dalam pertemuan itu, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin diberitahu tentang senarai anggota menteri Kabinet yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu Asri turut diberitahu bahawa mereka yang menganggotai kabinet beliau tidak membuat dakwaan palsu tentang sijil akademik.

“Setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang dia perolehi.

“Saya memberitahu beliau, saya percaya jika anggota Kabinet terdiri daripada kalangan mereka yang bersih daripada korupsi dan berkualiti, Insya Allah itu adalah hujah yang kuat untuk beliau,” tulis Asri di Instagram hari ini.

Asri turut menyeru Muhyiddin agar bertawakal kepada Allah dan sentiasa memohon petunjuk kepada-Nya.

Justeru, Asri menyatakan sokongan kepada kerajaan yang baik demi kepentingan agama dan negara.

“Rakyat inginkan kerajaan yang dianggotai oleh mereka yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara-perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat.

“Rakyat memerlukan kehidupan yang aman, ekonomi yang baik dan persekitaran yang selesa untuk meneruskan kehidupan.”

Tambah Asri, beliau dan rakyat akan terus menyokong selagi kerajaan tidak lari daripada landasan.

“Saya bersama-sama rakyat marhaen yang lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Juga saya bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku,” kata Asri.

Sejam dimuat naik, hantaran Asri bergambar dengan Muhyiddin di meja makan dengan hidangan manggis mendapat 4,142 tanda suka di kalangan pengikut Instagram.

Reaksi pelbagai diberikan pengikutnya, ada yang menyokong dan juga menggesa agar mufti berkenaan mengingatkan tentang janji yang perlu ditunaikan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/mufti-pm-jamin-menteri-baharu-lepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kabinet Muhyiddin Melalui Tapisan Sprm Pdrm Mufti Perlis

Senarai Kabinet Muhyiddin Melalui Tapisan Sprm Pdrm Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 464 hits
KUALA LUMPUR Barisan menteri Kabinet yang akan dilantik oleh Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin merupakan mereka yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Polis Diraja Malaysia Bayangan sedemikian dimaklumkan Muhyiddin ke...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 672 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Jam 5 00 petang tadi Tan Sri M...
Sprm Tahan 12 Anggota Polis Di Pulau Pinang Yang Terima Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

Sprm Tahan 12 Anggota Polis Di Pulau Pinang Yang Terima Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 461 hits
KUALA LUMPUR Seramai 12 pegawai polis dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana dipercayai melindungi pemandu lori lebih muatan Sebelas daripada mereka ditahan di sek...
Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 410 hits
Enam pemimpin dari Sabah dilantik bagi menyandang dua jawatan Menteri dan empat lagi Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Jabatan Perdana Ment...
Pengumuman Pelantikan Jemaah Menteri Baharu

Pengumuman Pelantikan Jemaah Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1077 hits
Pengumuman Pelantikan Jemaah Menteri Baharu tahun 2020 dijadualkan diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia pada petang ini 9 Mac 2020 jam 5 00 petang Ini merujuk kepada satu siaran media oleh Jabatan Perdana Menteri Pengumuman Pelantikan Jem...
Dr Maza Kongsi Pm Akan Lantik Ahli Kabinet Yang Lepasi Tapisan Sprm Pdrm

Dr Maza Kongsi Pm Akan Lantik Ahli Kabinet Yang Lepasi Tapisan Sprm Pdrm

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 389 hits
MUFTI Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin optimis pelantikan ahli kabinet di bawah Perdana Menteri baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah daripada kalangan anggota yang bersih Dalam satu kenyataannya di Facebook hari ini berkata kepercayaanny...
Doa Dan Bantulah Saya Dr Zulkifli Terus Ke Masjid Lepas Dilantik Jadi Menteri

Doa Dan Bantulah Saya Dr Zulkifli Terus Ke Masjid Lepas Dilantik Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 516 hits
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri meminta doa seluruh rakyat Malaysia dalam memikul tangungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli tur...
Terkini Senarai Menteri Kabinet Yang Baharu Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 8

Terkini Senarai Menteri Kabinet Yang Baharu Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 626 hits
Kini secara rasmi kerajaan melalui Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai menteri kabinet yg baharu bg mengurus tadbiran negara Malaysia Segala
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik