Mufti Perlis Persoal Penahanan Anak Murid Zakir Naik


Yasmin Ramlan Diterbitkan Hari ini 8:37 malam

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan penahanan polis terhadap anak murid kepada pendakwah kontroversi Zakir Naik, iaitu Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Mohd Asri mempertikaikan mengapa ceramah disampaikan Zamri di masjid yang menceritakan pengalaman peribadinya memilih agama Islam menjadi sebab penahanan itu.

“Apakah fakta beliau palsu? Apakah beliau menghina atau sekadar kisah dirinya sendiri? Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan peristiwa tragedi antara kuil dan pihak bomba?

“Tidak pula mereka itu ditangkap? Bagaimana dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik dari agama lain yang sering menimbulkan permusuhan dengan masyarakat Islam?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsikan pandangan pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memuat naik status berhubung penahanan itu.

Terdahulu, Zamri yang juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Perlis ditahan polis awal pagi semalam atas tuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni berkaitan agama.
Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad, pendakwah berumur 34 tahun itu didakwa memuat naik kenyataan dalam akaun Facebooknya menghina agama lain, yang dibimbangi menyebabkan ketegangan antara kaum.

Tangkapan terhadap Zamri itu dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

'Islam tak selamat di bawah pentadbiran hari ini'

Dalam hantarannya, Mohd Asri turut membandingkan tindakan pihak berkuasa hanya memanggil untuk memberikan keterangan terhadap ramai pihak yang menghina nabi Muhammad dan mempersendakan ajaran Islam.

Jelasnya, beliau sama sekali tidak menuding jari kepada pihak polis, tetapi menyifatkan keadaan ini berlaku berikutan realiti politik yang membiarkan umat Islam dibuli.

“Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini, melainkan jumlah kecil.

“Apakah ini satu keadilan? Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” katanya.

Terdahulu hari ini, beliau turut memuatnaik hantaran yang berpendapat bahawa ramai pihak merasakan Islam semakin terancam di bawah pentadbiran sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa yang diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd Asri itu berkata, beliau belum melihat tulisan mufti berkenaan dan enggan mengulasnya.

“Saya hanya menganggap apa yang orang komen itu, kalau ia suatu perkara yang boleh membantu kita menjadi lebih baik, saya terima sebagai komen positif.

“Tapi saya juga tak boleh halang orang daripada memberi pandangan kepada Islam. Sebab itu dasar rahmatan itu sangat penting,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/mufti-perlis-persoal-penahanan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penahanan Zamri Mufti Perlis Sifatkan Islam Terancam Dibawah Kerajaan Ph

Penahanan Zamri Mufti Perlis Sifatkan Islam Terancam Dibawah Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 485 hits
Terima saudara Firdaus Inilah realiti yang kelihatan pada hari ini Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina Umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum mereka hanya dipanggil unt...
Islam Dibuli Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan Ph Mufti Perlis

Islam Dibuli Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan Ph Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 643 hits
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran keraja...
Mufti Perlis Pekak Mahathir

Mufti Perlis Pekak Mahathir

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 530 hits
Mufti Perlis pekak dakwa kerajaan PH tidak pertahankan Islam Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai pekak kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam Perdana Menteri...
Perlis Mufti Questions Preacher S Arrest For Allegedly Insulting Hinduism

Perlis Mufti Questions Preacher S Arrest For Allegedly Insulting Hinduism

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 346 hits
Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has questioned the of independent preacher Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu for allegedly insulting Hinduism in a sermon which was uploaded on the internet This is the reality we are seeing today All kind...
Pertembungan Tun Mahathir Dan Mufti Perlis Semakin Panas

Pertembungan Tun Mahathir Dan Mufti Perlis Semakin Panas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 606 hits
Nampaknya pertembungan diantara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Abidin semakin panas apabila hubungan mereka yang dulu dilihat baik dan rapat kini menjadi sebalinya Ini bermula apabila Mohd Asr...
Perdana Menteri Mufti Perlis Dr Asri Pekak

Perdana Menteri Mufti Perlis Dr Asri Pekak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 574 hits
BILA MUFTI PERLIS DIPANGGIL PEKAK OLEH PERDANA MENTERI Ramai yang tahu hubungan rapat antara Mufti Perlis Dr Maza dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Dr Maza sendiri pernah mendedahkan beliau kenal secara dekat dengan Tun M sejak tahun 2007...
Our Most Inspiring Zakir Naik And Terrorism Issues

Our Most Inspiring Zakir Naik And Terrorism Issues

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 311 hits
Hate preacher Zakir Naik was fingerpointed by the Indian government as inspiring the men involved in a terror attack which left 28 people dead in Bangladesh Zakir Naik was alleged to have influenced the terrorists through his hate speech to...
Zakir Naik Tuduh India Tekan Interpol Lapor Media

Zakir Naik Tuduh India Tekan Interpol Lapor Media

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 303 hits
Zakir Naik tuduh India tekan Interpol lapor media Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Apr 2019 9 38AM
Jangan Hantar Zakir Naik Pulang

Jangan Hantar Zakir Naik Pulang

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 389 hits
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berucap sempena Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 anjuran Pembela Ummah di hadapan Kompleks Sogo Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINALKUALA LUMPUR Jangan hantar pendakwah terkenal Dr Zakir Na...
Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Mercun Terbakar Kereta Hangus

Di Sana Tolak Ansur Di Sini Tolak Tersungkur Dr Maza

Doa Ramadan Agar Ramadan Diisi Dengan Amalan Soleh

Last Johor Relief Centre Closed As Flood Waters Recede

Pm Datuk Seri Anwar Ibrahim Ucap Terima Kasih Kepada Pelajar

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Google Pixel 9a Spesifikasi Varian Harga Kamera Bateri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

Siapkan Bahan Bahan Nak Masak Petang Raya