Mufti Bela Tun M Tak Dosa Kalau Tak Tunai Janji




SHAH ALAM - Kegagalan kerajaan melaksanakan janji bukanlah satu dosa sekiranya mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.

Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria berkata, jika tidak berusaha dan hanya berjanji, barulah itu dikira berdosa.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengatakan kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 adalah kenyataan yang bersifat pengakuan bahawa beliau akan melaksanakan janjinya.

“Ini adalah satu kenyataan yang membuat pengakuan bahawa beliau (Dr Mahathir) akan melaksanakan janjinya, kalau beliau tidak melaksanakannya akan menanggung dosa.

“Dr Mahathir benar-benar mahu melaksanakan janjinya tetapi sekiranya tidak berjaya ia bukanlah satu dosa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, perlu dilihat dalam konteks usaha untuk merealisasikan janji yang dilafazkan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, harus diingat bahawa manusia hanya berusaha tetapi yang menentukan berjaya atau tidak itu bukan di tangan mereka.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dalam Islam apabila berjanji harus tunaikan, tetapi sekiranya tidak mampu menunaikan janji apa boleh buat kerana ia di luar kemampuan batas manusia.

Katanya, dalam Islam dijelaskan juga apa yang berada di luar kemampuan seseorang manusia itu tidak dikira sebagai dosa.

“Kita sudah usahakan yang terbaik, memanglah asalnya janji mesti ditepati sedaya upaya tetapi setelah dicuba untuk menunaikan janji dan didapati tidak semua janji dapat ditunaikan dengan sebab yang tidak dijangka.

“ALLAH tahu bahawa manusia ada kelemahan dan pasti ada sebab kenapa manusia itu tidak mampu menunaikan janji itu,” katanya.

Menurutnya, serahkan pada ALLAH dan semoga Dia mengampunkan dosa di samping memberi jalan kepada kita supaya dapat usahakan lagi untuk menunaikan janji tersebut.

Beliau berkata, apa yang diharapkan setelah berusaha, ALLAH tidak akan mengatakan kita ini bersalah.

“Walaupun kita janji pada asalnya, tetapi kerana kita tidak jangka janji itu tidak dapat dilaksanakan dan mungkin ketika itu tidak nampak lagi masalah yang menghalang untuk menunaikan janji.

“Tiba-tiba ada benda yang menghalang. Minta ampun dengan ALLAH dan rakyat pun takkan tidak memahami apa yang telah diusahakan kerajaan untuk melaksanakan janji itu,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata, kerajaan bersedia menanggung dosa sekira gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 lalu.

Katanya, kerajaan sedar bahawa ada banyak rintangan yang menyukarkan usaha untuk melaksanakan janji itu.

Menurutnya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji tersebut telah dilaksanakan, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksanakan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglistpolitik.blogspot.com/2018/07/mufti-bela-tun-m-tak-dosa-kalau-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pohon Maaf Terbuka Ph Ptptn Gagal Tunai Janji Lidah Bercabang

Pohon Maaf Terbuka Ph Ptptn Gagal Tunai Janji Lidah Bercabang

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 485 hits
WAN Saiful ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Wilayah Persekutuan 2018 di ASWARA hari ini NSTP Mahzir Mat Isaterbuka Pengerusi PTPTN mohon maaf gagal tunai janjiKUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasion...
Gagal Tunai Janji Tangguh Bayaran Balik Pengerusi Ptptn Minta Maaf

Gagal Tunai Janji Tangguh Bayaran Balik Pengerusi Ptptn Minta Maaf

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 378 hits
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional memohon maaf kerana gagal tunaikan janji untuk menangguh bayaran balik kepada peminjam bergaji bawah RM4 000 Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan dibuat ekoran hutang negara yang tinggi...
Terkini Gagal Tunai Janji Adam Adli Tuntut Menteri Pendidikan Mohon Maaf Isu Ptptn

Terkini Gagal Tunai Janji Adam Adli Tuntut Menteri Pendidikan Mohon Maaf Isu Ptptn

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 415 hits
TERKINI Gagal tunai janji Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf ISU PTPTNTERKINI Gagal tunai janji Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf ISU PTPTN
60 Saat Apa Lagi Selepas Gagal Tunai Janji Ptptn

60 Saat Apa Lagi Selepas Gagal Tunai Janji Ptptn

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 343 hits
Apa lagi selepas gagal tunai janji PTPTN 60Saat SinarTV SinarHarian
Ph Patut Fokus Tunai Janji Bukan Pemilihan Pkr Rafizi

Ph Patut Fokus Tunai Janji Bukan Pemilihan Pkr Rafizi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 300 hits
Rafizi Ramli yang tewas dalam persaingan timbalan presiden PKR berpendapat majlis presiden Pakatan Harapan mempunyai perkara yang lebih penting untuk dibincangkan berbanding urusan dalaman PKR Kami menghormati satu sama lain dalam PH bahawa...
Mahasiswa Desak Ph Tunai Janji Ptptn

Mahasiswa Desak Ph Tunai Janji Ptptn

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 304 hits
Lebih 300 mahasiswa hari ini berarak ke Ibu Pejabat Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi bagi membantah keputusan Pakatan Harapan berkaitan pembayaran semula pinjaman dalam Bajet 2019 Exco Politik Gabungan Mahasiswa Islam Yazid Khairul Azman b...
P Pinang Berjaya Tunai 36 Janji Pru 14

P Pinang Berjaya Tunai 36 Janji Pru 14

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 299 hits
P Pinang berjaya tunai 36 janji PRU 14Posted By on November 19 2018Pulau Pinang berjanji akan menunaikan 68 janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan dalam tempoh lima tahun mendatang Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata setakat ini ...
Rakyat Menyesal Dr Mahathir Gagal Tunai Janji Kata Tengku Razaleigh

Rakyat Menyesal Dr Mahathir Gagal Tunai Janji Kata Tengku Razaleigh

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 339 hits
Tengku Razaleigh dan Tun Dr Mahathir Foto Minaq Jinggo Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata pemimpin kerajaan Pakatan Harapan belum dapat menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah di mana ada sesetengah pemimpinnya beranggapa...
Jho Low Punca Kami Tak Dapat Tunai Janji Ptptn Lim Guan Eng

Jho Low Punca Kami Tak Dapat Tunai Janji Ptptn Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 416 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendakwa Low Taek Jho individu utama dalam skandal 1MDB sebagai punca kerajaan gagal menunaikan janji dalam isu pembayaran semula hutang PTPTN Jika Jhow Low tidak melarikan RM50 bilion tentunya ia bole...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pallas Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu

Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman