Mudahnya Menulis By Umi Kalthum Ngah


Mudahnya Menulis, terbitan Iman Publication (2014), karya Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Elektronik.

Gaya penulisan dan bahasa yang ringkas, membumi dan sarat hikmah. Sesuai untuk pembaca umum. Tidak bersifat teknikal atau akademik.

Buku ini membongkar mitos-mitos dalam dunia penulisan, seperti keperluan memiliki bakat semula jadi, kemahiran bahasa yang tinggi, atau latar pendidikan sastera. Sebaliknya, penulis menegaskan bahawa menulis adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja.

Antara topik yang dibincangkan termasuk mencari ilham menulis, menetapkan niat dan tujuan, menghasilkan draf pertama, proses ‘memeram’ dan menyunting karya, serta membina disiplin mental seorang penulis. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menjadikan penulisan sebagai medium muhasabah, ekspresi diri, atau jalan dakwah.
Nota Untuk Diri – Dari Mudahnya Menulis"Ikatlah ilmu dengan menulis."
"Sekiranya mahu jadi penulis, kita perlu menyelami hati kita sedalam-dalamnya. Bermuhasabah diri. Hati akan jadi lebih hidup."

Kadang-kadang aku rasa aku menulis bukan sebab yakin — tapi sebab aku tengah cari sesuatu dalam diri sendiri. Ada hari aku tulis, tapi tak puas. Apa yang keluar tak sama macam yang aku fikirkan. Macam ada jurang antara bahasa hati dan bahasa kertas.

Menulis itu sendiri bukan hasil akhir — ia adalah proses menyelami dan bermuhasabah. Kalau tulisan aku tak sempurna, itu bukan kegagalan. Itu tanda aku tengah menyelami.

Ada beberapa petika yang membuatkan aku termenung panjang.

"Sekali-kali jangan menoktahkan kebolehan kita atau meletakkan sempadan bagi potensi diri kita masing-masing. Cuba dahulu, kemungkinan besar kita mempunyai kebolehan."

Percaya pada kebolehan diri sendiri — bukan benda yang automatik. Aku selalu tunggu “bukti” aku boleh, sebelum nak teruskan. Tapi mungkin, percaya tu datang selepas kita mula, bukan sebelum.


"Kita perlu menulis dengan sikap suka menulis sebab mencintainya (for the love of writing)"
Aku tahu aku cintakan menulis. Tapi kadang cinta ini buat aku penat. Sebab bila hati dah sayang sesuatu, aku rasa nak buat dengan sepenuh hati — dan bila tak menjadi, akhirnya aku kecewa.
Mungkin aku perlu belajar cintai proses, bukan hanya hasilnya.

Bagaimana kalau aku menulis, bukan untuk sempurna — tapi untuk hidupkan hati aku semula? Mungkin selama ini bukan tulisan aku yang salah, tapi ekspektasi aku yang terlalu ketat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/08/mudahnya-menulis-by-umi-kalthum-ngah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Nak Menulis

Rindu Nak Menulis

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum hai semua Rindu Nak Menulis Lama betul Kak Sue cuti menulis kat sini Tak tau lah apa yang di sibuk kan Rutin macam biasa ja selesai kan kerja kerja rumah dan bila ada masa lapang lebih banyak ikut luangkan masa dengan keluar...
Apa Yang Berubah Sejak Aku Kali Terakhir Menulis

Apa Yang Berubah Sejak Aku Kali Terakhir Menulis

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum dan haluu Kali terakhir aku menulis di blog ini aku masih seorang yang sedang mencari rentak dalam hidup dalam kerja dan dalam diri sendiri Sekarang bila aku baca semula entri entri lama aku sedar satu perkara penting Aku da...
Menulis Blog Dengan Bantuan Ai

Menulis Blog Dengan Bantuan Ai

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 133 hits
Beberapa tulisan blog saya terakhir ini dibantu oleh AI terutama yang berkaitan dengan proses saya experiment dengan mikrokontroller seperti ESP dan Arduino Tulisan yang bersifat step by step atau tutorial sangat terbantu dengan bantuan AI ...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Merungkai Segenap Dimensi Paku Langsuyar Botani Sosial Dan Nilai Ekonomi

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ambil Report Card

Domain Extension Startup Guide

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ikuti Saya Di Media Sosial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Influencer Cantik Mati Dikelar

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One