Mudahnya Dengan Serbuk Puding Ros Bandung Brand Nona
Mudahnya Dengan Serbuk Puding Ros Bandung Brand Nona!|| Alhamdulillah. Masih bernyawa. Harini nak share tentang serbuk puding yang sangat senang dimasak dan best dimakan bersama seisi keluarga di waktu lapang. Hihi..Senang cakap, ianya salah satu dessert mudah dan pantas disediakan! Anytime and anywhere selagi ada tempat dan bahan yang cukup..Gituh!
Semalam kan 14 Februari, penuh timeline tentang Valentine's Day. Maka aku dengan bahagianya pun sediakan dessert berwarna pink..Tanda cintaa gituh..Haha..Memang simbolik cinta mesti kaler merah atau pink je ek? Lol..
Ok, caranya paling senang, lebih mudah berbanding masak maggi.. Sapa pernah guna serbuk puding brand Nona nih? Nice lah jugak woo!
Cara cara menggunakannya ada disertakan pada kotak puding ni.
1. Letak air 400mL ke dalam periuk2. Didihkan ia
3. Tuang serbuk puding sewaktu air sedang mendidih dan gaul sekejap jer agar tak berketul 4. Tutup api dan gaul sebati sehingga tiada buih kelihatan
Untuk point tiga, sebab air dah memang tengah mendidih, so aku gaul sikit tiga empat kali sahaja pastu tutup api
Nyum! Puding Ros Bandung Cinta Sayang Khas Untuk kesayangan saya...
Acah acah letak biskut (Rindu food review lah pulak)
Mak aku suka, sebab memang sedap. Tak terlalu manis dan sesuai dihidangkan sewaktu berkumpul bersama family...Menyelerakan gituh.
Lagi lagi kalau cuaca panas, alahai..selera tau..Sedap je rasa kat tekak..
Suka tengok kejadiannyaa..Elokkk kau
Tak perlu tambah santan atau sebagainya..Ni kira paling pantas dan simple..Bahahaa..Nona memang..Malas aje..Errr....Benda dah dimudahkan, mengapa perlu saya complicated kan lagi...Huhu.
Ada yang pernah guna serbuk puding keluaran Nona ni? Dessert mudah dan pantas tau
Notahati: Next nak buat puding durian pulak.Hehe.
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/02/mudahnya-dengan-serbuk-puding-ros-brand.html