Mudahnya Buat Pulut Serunding Kelapa Yang Sangat Lembut Dan Sedap


As Salam,
Pulut Serunding Kelapa Yang Sangat Lembut Dan Sedap- Saya dan Encik Suami merupakan peminat pulut kukus yang boleh tahan jugak tegarnya.haha.Apa sahaja makanan, yang berasaskan pulut, haruslah kami mencubanya.Cuma sejak saya jadi mak-mak ni, kalau nak cuba, dah tak boleh tunjuk sahaja, kenalah belajar membuat sendiri di rumah.Barulah berbaloi untuk keluarga

Pulut serunding kelapa antara kuih warisan masyarakat Jawa yang biasa di temui di Johor dan Selangor. Tapi sekarang ni, kat mana-mana pun boleh jumpa pulut serunding,kat Nogori pasir berdengung ni pun banyak

Time vitamin R tengah over dose ni, bolehlah cakap macam tu kann.hiks.Biasanya kalau hari bekerja, saya pun tak rajin nak menelaah resepi dan menyediakan kuih untuk minum petang.Tapi untuk berbuka puasa kali ini, saya ada buat pulut serunding kelapa selain hidangan utama yang lain

Bila buat sendiri di rumah, saya suka buat saiz bulat kecil-kecil macam ni supaya anak-anak senang nak makan dan ngap terus.hehe

Kuih ini agak nostalgia bagi saya sebab time sekolah rendah dulu, saya suka beli pulut serunding ni yang dijual dikantin sekolah dengan harga cuma 20 sen seketul.Tapi masa tu, sangat puas hati.Makcik kantin tu punya bulat dan besar dia buat pulut serunding, memang berbaloi bayar 20 sen.haha

Resepi Pulut Serunding Kelapa yang SedapSumber Asal resepi serunding : Amie KitchenOlahan Resepi : Cik MataharikuBahan-bahan Pulut KukusBeras Pulut 1 cawanSantan Cair 1 1/2 cawanGaram 1/2 sudu tehSedikit minyak ( disapu pada loyang )
pulut yang sudah dikukus.Saya memag suka akan pulut yang lembut begini.Rasa pulut yang lembut akan menyebabkan pulut serunding ini lebih enak:)
Cara Menyediakan Pulut KukusRendam beras pulut dalam 30 minit- 1 jamToskan air.Sapu loyang dengan sedikit minyak.Larutkan garam dalam santan cair.Masukkan pulut dalam loyang dan santan cair bersama larutan garam dalam beras pulut.Kacau hingga sebati.Kukus beras pulut sekitar 25-30 minit atau sehingga beras pulut benar-benar tanak.Angkat loyang dari pengukus, sejukkan pulut sebentar sebelum kita kepal atau bentukkan bulat dan golek-golek dalam serunding kelapa.Sedia untuk dihidang:)Serunding kelapa dengan gabungan udang kering, bawang, ketumbar serta cili dan serai membuatkan aroma serunding kelapa ini sangat sedap untuk dimakan bersama pulut

Bahan-bahan Untuk Serunding kelapa
1/2 biji kelapa parut1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar ( saya blend)5  biji cili kering - kisar ( saya guna 3 sudu makan cili kering blend)2  ulas bawang putih - kisar3 biji bawang merah - kisar2 batang serai  - hiris halus – kisar1 sudu kecil serbuk kunyit2 sudu besar minyaksatu sudu makan ketumbar ( saya tambah)Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan Serunding KelapaPanaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan kelapa parut, gula dan garam
Kacau serunding hingga kering dan sedia diangkat

Cara Menyediakan Pulut Serunding Kelapa Bahan kisar sedang dimasak dalam kuali.Bahan kisar ini termasuklah udang kering, cili kering blend, bawang merah dan putih, serai dan serbuk ketumbar

 Kelapa parut sudah dimasukkan dalam bahan kisar tadi. Sebelum itu, pastikan bahan kisar tadi sudah terbit minyak, barulah kita masukkan kelapa parut ya

Serunding kelapa yang sudah kering dan sedia untuk digaul bersama pulut 
 Pulut dan serunding kelapa sedia untuk dibentuk dan menjadi bebola pulut yang enak

 Dah namanya cikgu kot, saya memang tak reti buat kerja kalau takde SOP.haha. saya bentukkan saiz bulat-bulat dulu pulut tu, barulah saya golek atas serunding kelapa.Tujuannya supaya tangan saya pun tak comot dengan serunding bagai. Saya guna sarung tangan plastik time bentukkan pulut tu.Maklumlah kalau tidak melekit-lekit tangan kita.Mana nak ambik photo lagi.Eh..itulah sebabnya yg sebenar! sambil buat kerja sambil nak ambik photo.kiki

 Bolehlah ni kann.Nak bagi senang anak-anak kat rumah n anak-anak jiran nak ngap nanti:) Dengan resepi ini saya dapat hasilkan 22 ketul pulut serunding.Separuh untuk ahli rumah berbuka, separuh untuk jiran depan rumah yang sangat baik kepada kami sekeluarga:)
Alhamdulillah.Happy sangat dapat berbuka puasa dengan menu Pulut Serunding kelapa ni.At least mengubat kerinduan saya pada kampung halaman..huhu

Selamat mencuba semua:)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/mudahnya-buat-pulut-serunding-kelapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apam Solo Berinti Kelapa Tersangat Lembut Gerenti Sedap Sekali Makan Nak Lagi

Apam Solo Berinti Kelapa Tersangat Lembut Gerenti Sedap Sekali Makan Nak Lagi

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 657 hits
Kuih apam walaupun dalam kategori kuih tradisional tetapi sehingga kini masih ada penggemar sendiri Ini kerana teksturnya yang lembut boleh di makan begitu saja atau pun dicicah dengan kelapa parut Biasanya apam nasi atau apam kampung yang ...
Resepi Kuih Ketayap Ringkas Tapi Sedap Sangat

Resepi Kuih Ketayap Ringkas Tapi Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1038 hits
Kuih ketayap ringkas Resepi Kuih Ketayap yang akan saya kongsi kali ini lebih mudah dan cepat menyediakannya Lagipun membuat kuih Ketayap tak memerlukan kita memiliki kepakaran membuat kuih pun asal pandai buat lempeng cukuplah hihi Kuih ke...
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1095 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap

Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 803 hits
Masa kecil kecil dulu tak suka sangat bila kena mengisar beras Berat pengisar batu tu Saya pula kurus cekeding jer Bila penat saya mula mengelat dengan letak air banyak banyak jadi laju jer batu pengisar tu tapi hasilnya beras kisar jadi ka...
Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sangat Sedap

Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1099 hits
Hai guys kali ni saya nak share menu sambal sotong campur petai Saya suka makan petai especially campur dengan sambal Memang sedap kan Boleh menambah nasi dibuatnya Nasi panas panas pastu letak kicap wahhh kena sangat dengan sambal sotong p...
Talam Gula Merah Persis Air Tangan Ibu Lembut Cukup Berlemak Sedap

Talam Gula Merah Persis Air Tangan Ibu Lembut Cukup Berlemak Sedap

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 679 hits
Ketika bulan puasa inilah kita sudah mula merindui masakan ibu di kampung Kuih muih yang saban hari ibu sediakan setiap kali berbuka seolah olah sudah terasa di tekak Cabar diri sendiri kali ini untuk menyediakan pula sentuhan kuih tradisio...
Cantik Sangat Onde Onde Bunga Telang Kukus Sekejap Kelapa Parut Kalau Nak Onde Onde Tahan Lama

Cantik Sangat Onde Onde Bunga Telang Kukus Sekejap Kelapa Parut Kalau Nak Onde Onde Tahan Lama

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 818 hits
Kuih onde onde kuih tradisi kesukaan ramai kerana rasanya yang manis dan luarnya yang kenyal menambahkan lagi keenakan juadah ini Baca Kebiasaanya warna kuih onde onde bewarna hijau dari air perahan daun pandan Namun resipi kali ini sedikit...
Parfaits Dessert Menggunakan Anchor Whipping Cream Sedap Sangat

Parfaits Dessert Menggunakan Anchor Whipping Cream Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1444 hits
hai assalammualaikumParfaits Dessert Menggunakan Anchor Whipping Cream Waktu kuanrantin dekat rumah ni la macam macam resepi kek dan dessert orang kongsi ye Bila dah orang kongsi mestila kita nak cuba Contoh macam Kali ni nad buat Parfaits ...
Resepi Mango Cheesecake Gebu Lembut Makan Sekali Pasti Nak Lagi Sedap

Resepi Mango Cheesecake Gebu Lembut Makan Sekali Pasti Nak Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 502 hits
Kek merupakan salah satu pemanis mulut yang digemari ramai Selain rasanya yang manis dan berlemak kek juga boleh diviarasikan dalam pelbagai jenis perisa seperti kek keju mangga strawberry coklat dan sebagainya Kami ingin berkongsi dengan a...
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Raya Gaya Kita

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower