Mudahnya Berzakat Dan Bersedekah Dengan Applikasi Sujood


Solat adalah perbuatan yang wajib dilakukan oleh umat Islam. Menjadi rukun Islam kedua selepas mengucap kalimah sahadah membuktikan amalan ini penting. Amalan yang mula mula dihisab adalah solat. Solat adalah tiang agama, jika tidak sembahyang maka runtuhlah tiang agama. Solat sangat penting dalam menjaga benteng kemaksiatan  daripada kita melakukannya. Solat adalah wajib ditunaikan dalam 5  kali sehari. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Solat mempunyai 13 rukun dan solat terbatal sekiranya tertinggal rukun atau tidak sempurna. Ibu bapa mesti mewajibkan anak solat sedari usia 7 tahun lagi. Ibu bapa perlu biasakan anak untuk melakukan solat agar solat nya terpelihara. Solat yang berpahala lebih 27 kali ganda sekiranya kita melakukan secara berjemaah. Solat boleh dilakukan dimana mana sahaja tetapi dianjurkan orang lelaki untuk berjemaah di masjid. Setiap pusat kampung, taman perumahan dan bandar pasti akan ada surau dan masjid dibina. mengimarahkan masjid ada fardhu kifayah kepada semua manusia. Wajib ada jemaah didalam satu satu mukim.
Jadi untuk mewujudkan masjid dan surau disesuatu kawasan adalah daripada dana kerajaan atau dana orang ramai. Kutipan derma yang hampir setiap hari diadakan untuk menjayakan masjid di sesuatu kawasan boleh kita lihat di media massa dan medis sosial. Bagi masjid yang sudah ada, biasanya orang yang datang mengimarahkan, akan menderma melalui tabung masjid. Manakala bagi masjid yang dalam pembinaan, dana yang tidak mencukupi akan diiklankan bersama sama dengan no akaun masjid. Pihak Sujood terpanggil untuk membina satu aplikasi yang lebih telus dalam kutipan derma ini. Aplikasi Sujood adalah satu aplikasi bertujuan untuk memudahkan pihak masjid untuk melancarkan kutipan derma kepada orang ramai. Kutipan derma menjadi lebih bersasar dan tersusun dengan menggunakan aplikasi ini. Pihak masjid boleh menjadikan aplikasi Sujood sebagai platform untuk mendapat kutipan daripada orang ramai tidak kira ahli qariah ataupun orang lain. Pihak masjid tidak perlu lagi bergantung dengan cara yang lama iaitu menyediakan tabung di masjid. Boleh sediakan tabung untuk orang yang berkunjung tetapi kelemahan yang ada adalah terdedah kepada risiko jenayah seperti kecurian dan sebagainya. Dunia sekarang juga adalah dunia cashless. Orang sudah jarang berurus niaga dengan menggunakan wang tunai cash. Kemungkinan tiada cash yang dibawa ke dalam masjid. Dengan adanya aplikasi Sujood ini, orang ramai boleh menderma melalui online sahaja. Pihak masjid boleh menampal QR code untuk imbasan orang ramai untuk menderma.Majoriti orang akan ada satu telefon bimbit yang dibawa kemana mana sahaja.ini akan memudahkan Orang ramai untuk menderma dan sasaran kutipan yang masjid tetapkan akan cepat terkumpul.


Applikasi Sujood
Kita sebagai pengguna Sujood boleh menderma ke masjid di setiap negeri di Malaysia. Selain itu, selepas menderma kita boleh kongsikan link derma kepada rakan-rakan , ahli keluarga dan orang ramai. Asbab kita kongsi link tersebut, kutipan derma menjadi lebih cepat dan sasaran tercapai. Saham akhirat kita juga berpanjangan. Kita boleh muat naik aplikasi Sujood melalui peranti kita. Hanya sekali daftar sahaja, kita boleh mula menderma kepada masjid. Sekali sahaja kita isi maklumat, untuk derma yang seterusnya kita tak perlu lagi isi. Bagi orang yang menderma melalui link, terdapat butang hamba Allah . Butang ini bertujuan untuk merahsiakan maklumat kita yang menderma. Boleh dikatakan derma tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui..

Tabung Digital utk semua..
Kita boleh menderma ke masjid yang berdaftar melalui Sujood. Sebagai contoh masjid di Langkawi ini


https://masjidalamankgyooilangkawi.sujood.net


Masjid di Langkawi ini dalam proses mengutip dana untuk membina masjid yang baru. Kita boleh menderma untuk pembinaan masjid tersebut tanpa perlu pergi sendiri ke Langkawi. Pulau Langkawi adalah Pulau yang indah , bebas cukai dan berada di negeri Kedah. Langkawi adalah permata bagi negeri Kedah. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke pulau ini. Terdapat dua jalan yang boleh sampai ke Langkawi. Laluan udara melalui kapal terbang hanya perlu 1 jam sahaja perjalanan dari KLIA. Laluan laut pula melalui feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Tugu di pulau langkawi adalah helang yang terdapat di Kuah. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Langkawi, antaranya adalah Pantai Chenang, Pulau monyet, Padang mat sirat dan sebagainya. Pulau Langkawi juga popular dengan jualan coklat yang murah. pengunjung tidak akan lepaskan peluang untuk membawa pulang coklat daripada Langkawi. Terdapat banyak penginapan yang ada di Langkawi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Langkawi sangat popular dengan pertunjukan LIMA yang memaparkan asset udara dan laut tentera. Le tour de Langkawi juga telah melonjakkan nama Langkawi sebagai destinasi pelancongan diMalaysia ini.
Lebih mudah menderma dengan applikasi Sujood

Terdapat beberapa fungsi lain selain derma didalam aplikasi Sujood ini. Antaranya adalah Artikel tazkirah daripada ustaz, pensyarah dan pejabat mufti di negara ini. Artikel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai dan dengan harapan ilmu ini dapat disebarkan kepada orang lain juga. Aplikasi Sujood juga menyediakan platform link yang menghubungkan kepada pejabat zakat diseluruh negara. Zakat fitrah dan harta boleh dibayar melalui aplikasi sujood mengikut negeri masing-masing. Bayaran zakat adalah wajib bagi umat Islam kerana termasuk dalam rukun Islam yang ke empat. Kutipan zakat ini digunakan dan diserahkan asnaf yang layak seperti fakir miskin dan anak yatim. Mengeluarkan zakat dapat menyucikan harta kita. Melahirkan rasa syukur dapat berkongsi dengan orang lain dan meringankan beban orang lain juga. Dengan berzakat dapat menzahirkan rasa insaf dan bersyukur keatas Allah taala.


Hikmah berzakat adalah dapat melahirkan diri menjadi insan yang pemurah dan tidak kedekut. Rasulullah pernah bersabda mafhumnya, zakat tidak akan mengurangkan harta yang sedia ada. maka berzakatlah nescaya tidak berkurang sedikit pun harta tetapi menambahkan harta. Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain. Zakat dapat mengurangkan pengangguran. Orang miskin yang tidak mampu boleh mula berniaga dengan modalnya disuntik melalui zakat. Amalan ini dapat menyempurnakan iman dan menenangkan hati pemberi dan penerima. Hikmahnya berzakat ini kepada semua tidak hanya kepada penerima sahaja.


Dengan applikasi Sujood, duit derma / sedekah kepada masjid akan di urus dengan sebaiknya. 

Sujood app ini berfaedah kerana  dapat membantu pihak masjid berkongsi makluman derma kepada orang ramai dan sampai kepada orang ramai secepat mungkin. Terdapat banyak sebab untuk orang masjid melancarkan derma seperti keperluan sound system, karpet dan program imarah masjid. Dengan cara ini kutipan derma menjadi lebih cepat dan meluas sampai kepada semua orang. Pihak pemberi pula dapat beramal bersedekah kepada semua masjid di setiap masjid Malaysia ini. Ketelusan aplikasi Sujood tanpa lalu orang tengah akan meyakinkan orang ramai untuk menderma ke masjid melalui aplikasi ini. Kutipan masjid tidak terbatas kepada tabung sahaja. Meluas kepada semua penduduk di Malaysia ini. Orang ramai dapat menderma beberapa kali, tidak hanya kepada satu masjid sahaja tetapi kepada masjid yang lain juga. Orang Perlis boleh menderma untuk masjid di negeri Sabah. Orang Sabah juga boleh menderma untuk masjid di semenanjung Malaysia.


Orang akan mula mengambil berat berkenaan keperluan masjid disebabkan paparan yang ada didalam aplikasi Sujood ini. Penyatuan antara orang ramai dan masjid juga berjaya disatukan dengan aplikasi Sujood ini. Orang luar menjadi semakin dekat dengan masjid tanpa ada rasa segan silu. Kebiasaannya orang segan silu hendak ke masjid kerana ada terdapat jurang dikalangan orang ramai dan orang masjid. Kekuatan ummah akan menjadi semakin kuat sekiranya orang luar dan masjid teguh erat bersama. Simbol kekuatan ini menjadi Islam semakin teguh dan digeruni. Orang bukan Islam akan menghormati agama Islam. Kehidupan menjadi semakin harmoni sekiranya masjid dan orang ramai menjadi rapat.


Dunia dihujung jari ini jika dimanfaatkan sebaiknya menjadi faedah dan amat berguna kepada semua. Pihak masjid dapat memanfaatkan untuk mengimarahkan masjid manakala orang ramai pula dapat melakukan amal jariah tanpa sempadan. Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah. Jelas membuktikan orang yang memberi adalah orang yang mulia dan tinggi disisi Allah. Jelas aplikasi Sujood ini menjadi jambatan kepada orang ramai dan masjid. Setiap derma yang kita lakukan walaupun seringgit akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Walaupun seringgit nilai yang kecil, tetapi amat bermakna kepada penerima. Penerima bersyukur dengan pemberian yang diberikan dan akan menggunakan derma tersebut dengan sebaik baiknya.


Orang yang bersedekah akan mempunyai kelebihan yang Allah sudah janjikan. Allah tidak akan mengurangkan rezeki pun sekiranya manusia itu rajin bersedekah. Nikmat orang yang bersedekah ini akan berasa puas sekiranya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh sesiapa sahaja. Sesungguhnya orang yang bersedekah ini Allah akan menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi. Seterusnya amalan sedekah ini berpahala. Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu bersedekah kepada mereka yang memerlukan.Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang lain.


Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.


Amalan sedekah ini dapat memadamkan kepanasan dalam kubur. Amalan ini juga akan membuatkan kita mendapat naungan di akhirat kelak. Sedekah dapat menjauhkan kita daripada bersifat kedekut dan memanjangkan umur kita. Dengan amalan sedekah yang kita buat akan dapat menenangkan hati kerana kita telah pun membantu orang lain. Dengan amalan sedekah juga dapat mengelakkan diri kita dari dalam bahaya.
Banyak features dalam Sujood ni. 

Jom sama sama kita muat naik aplikasi ini dan daftar untuk mula menderma ke masjid masjid.Aplikasi ini percuma dan jimat masa untuk derma. semudah ABC sahaja. Berguna untuk masjid dan berguna untuk orang ramai. Masjid dapat mengiklankan keperluan dan sasaran yang diperlukan manakala orang ramai dapat menyalurkan derma di saluran yang betul. Ini sangat penting kerana dunia yang maju ini, terdapat ramai scammer yang ingin mengambil kesempatan dengan menipu duit orang ramai. Jom kita guna Sujood app.


Download aplikasi ini di Google Playstore atau Apple App Store dan dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang mereka: https://sujood.net/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2023/07/solat-adalah-perbuatan-yang-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sujud Ke Sujood Tabung Masjid Digital

Sujud Ke Sujood Tabung Masjid Digital

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 164 hits
Manusia yang taat kepada perintah tuhan paling kurang mesti akan sujud 5 kali sehari Sujud dalam bahasa arab sajada membawa maksud perbuatan meletakkan dahi hidung kedua du a telapak tangan kedua dua lutut dan kedua dua anak jari jari kaki ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h